Posted by The Author in
SAYA ingin bertanya, apakah cara mudah untuk menghilangkan jambang? Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai jambang yang lebat dan terlalu cepat tumbuh. Bolehkah doktor beri cadangan?INGIN TAHU
Bangi, Selangor Satu ketika dulu ramai lelaki suka simpan jambang. Jika tidak penuh, mereka melukisnya supaya nampak jelas. Keadaan itu sudah berubah, namun masih ramai lelaki kelihatan menyimpan jambang.
Yang tidak ada jambang kini boleh ‘tatu’ atau mewarnakan kulit dengan pewarna jenis kekal, seperti sesetengah wanita tatukan kening dan kelopak untuk menonjolkan mata.
Jika anda tidak suka menyimpan jambang, cukurlah ikut suka hati anda. Jika masih kelihatan, cukur lagi, tetapi jika anda mahu hapuskan jambang dengan cara tetap, anda boleh menjalani proses ‘electrolysis’ (membakar akar rambut jambang) yang menyakitkan atau menjalani terapi laser.
Kedua-dua kaedah itu agak mahal. Kadangkala anda perlu menjalani prosedur itu beberapa kali jika ada rambut yang masih kekal.
No Response to "Electrolysis tak jamin lenyapkan jambang"
Catat Ulasan