Posted by The Author in
0
comments
MASALAH kesuburan bukan pelik. Malah, kebanyakan pasangan baru berkahwin mengalami masalah ini, di mana mereka sukar mendapat zuriat. Namun, ia boleh berlaku kepada mereka yang lama berkahwin atau ada anak.
Seorang wanita pernah memberitahu dia berusaha mendapatkan anak ketiga namun masih gagal selepas empat tahun mencuba.
Ini menunjukkan ia boleh terjadi kepada sesiapa, tidak kira jika pada awalnya mereka ‘subur’ dan berjaya mendapatkan anak.
Pendek kata, kesuburan manusia tidak kekal selama-lamanya.
Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya berisiko menghadapi masalah ini.
Bagi lelaki, sperma dalam air mani boleh berkurangan atau tidak aktif selepas beberapa tahun meskipun sebelum itu ia aktif. Adakala,...