Dilema mati putik

0 comments
KESIHATAN fizikal, mental dan sosial perlu untuk kesempurnaan hubungan seksual. Hubungan mesra antara pasangan dapat mengeratkan silaturahim dan mencetuskan perasaan keinginan untuk hubungan intim secara seksual.

Wanita yang satu ketika dulu tiada masalah untuk melakukan hubungan seksual dan selepas bersalin pula sukar melakukannya mungkin mengalami tekanan yang menyebabkannya berkeadaan demikian. Selepas bersalin, isteri perlu lalui pelbagai tanggungjawab baru dan mencabar. Jadi mereka mudah letih, lebih-lebih lagi jika anak meragam. Mungkin jika suami sekali sekala membantu meringankan tugas penjagaan anak, ia dapat membuka hati isteri untuk memberi masa kualiti untuk bermesra dan melakukan hubungan intim dengan suami. Sebilangan wanita yang bersalin anak sulung terpaksa menjalani proses kelahiran mencabar seperti faraj perlu dipotong (pembedahan episiotomi) untuk memberi ruang luas ketika kelahiran anak dan selepas itu bahagian yang dipotong kerap terasa sakit. Ada juga wanita mengalami kecederaan pada anggota kelamin ketika melahirkan anak dan bahagian yang luka menjadi parut yang menyakitkan. Jadi dalam keadaan sedemikian, hubungan kelamin dilakukan mengganggu parut atau tempat yang terluka dulu dan sudah tentu ia memberi kesakitan atau ketidakselesaan, sekali gus menghilangkan ‘mood’ untuk bersetubuh. Masalah ini dikenali sebagai ‘dispareunia’ atau sakit ketika hendak bersetubuh. Jika perkara ini berlaku, mustahak untuk wanita dan pasangannya berjumpa doktor untuk menjalani bimbingan dan pemeriksaan.

Perasaan tidak ghairah yang dialami wanita ketika bercumbu untuk memulakan hubungan seksual tidak akan mencetuskan rangsangan seksual. Secara langsung perjalanan darah tidak lancar ke anggota sulit dan kemaluan tidak mengembang serta menggebu. Corong faraj juga akan menjadi sempit dan tiada lelehan cecair pelicin. Situasi ini dikenali sebagai ‘mati putik’ (mati pucuk istilah yang digunakan kepada lelaki yang mengalami masalah sama). Jika hubungan penetratif dipaksa, perempuan itu akan berasa sakit dan ini akan menambah tekanan jika ingin melakukan hubungan seksual kemudian hari.

Kesan kerap guna sarung

0 comments
Sebahagian besar lelaki yang mendapati menggunakan kondom sebagai kaedah merancang keluarga dapat meningkat atau melambatkan masa bersama, akan kekal menggunakannya walaupun tiada hajat untuk merancang keluarga.

Jika ini berlaku, ia menjadi cabaran untuk mereka, iaitu kedua-dua pasangan suami isteri, terutama apabila ingin menambah bilangan anak.

Selain itu, tiada apa-apa masalah dengan penggunaan kondom. `Minyak' yang dimaksudkan itu bukan minyak, sebaliknya ia pelicin `silikon' yang memudahkan gerakan kondom ke dalam kelamin wanita, selain mengelak alahan kepada pemakai dan pasangan.
Bagi yang ingin kekalkan kesan kondom untuk melewatkan ejakulasi, anda boleh menggunakan cincin penambat kelamin lelaki atau `penile ring' yang kini banyak di pasaran. Anda boleh sarungkan cincin berkenaan ketika ereksi dan cengkaman cincin itu boleh menghalang pancutan air mani terlalu cepat.

Selalu sakit lutut

0 comments
SAYA mengalami masalah sakit lutut selepas melakukan onani.
Adakah sakit lutut ini berpunca daripada perbuatan saya melakukan onani?

ALAN,
Pendang, Kedah


Amalan merangsang anggota sulit dan mendapat keseronokan daripada onani sukar dihentikan, kecuali jika pengamalnya mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan seperti bengkak anggota sulit atau pening kepala setiap kali klimaks atau sakit badan, sakit lutut atau sakit anggota sulit.

Kepada yang memang mendapat keseronokan, mereka sebenarnya ketagih amalan itu tanpa disedari. Apabila tidak onani, mereka kurang selesa dan mesti membuatnya walaupun tiada sebab untuk melakukannya.

Sehubungan itu, tidak menghairankan jika mereka mendapati sukar menghentikan amalan berkenaan walaupun sudah berumahtangga.

Masalah tidak selesa ketika melakukan onani seperti sakit lutut berlaku akibat tekanan otot paha yang kejang ketika ejakulasi. Ia bukan kerana ‘air’ dalam kepala lutut kering!

Jika tidak selesa, perbuatan itu perlu dihentikan segera kerana banyak lagi kesan negatif boleh berlaku seperti ketagihan kepada onani, cepat klimaks dan mati pucuk.

Punca sakit pangkal perut

0 comments
SAYA menghadapi kesakitan ketika melakukan perhubungan seks.
Adakah kesakitan yang dirasakan pada pangkal tepi perut kerana menahan mengeluarkan air mani boleh mendatangkan kesan kepada alat kelamin?

REMY,Kuala Lumpur


Apabila lelaki terangsang, perjalanan darah kepada zakar meningkat dan anggota berkenaan menegang. Otot badan terutama sekali otot pinggang, perut, paha dan punggung dalam keadaan tegang ketika klimaks.

Ketika seseorang itu dalam keadaan terangsang, otot badannya dalam keadaan separa mencengkam apatah lagi jika mengawal daripada klimaks. Dia terpaksa menahan otot perut dan mungkin mengemut supaya proses permulaan ejakulasi terencat.

Dengan menggunakan daya yang tinggi untuk mengawal ejakulasi, sudah tentu otot terasa tidak selesa dan mungkin sakit atau lenguh. Perkara ini akan dialami setiap kali berkelakuan sedemikian.

Jika mampu menerima keadaan tidak selesa itu, perkara tadi bukan masalah untuknya tetapi sekiranya berasa tidak selesa apa yang harus dilakukan ialah menghentikannya.

Perasaan berbeza

0 comments
MANUSIA dianugerahkan Tuhan naluri dan nafsu syahwat yang tercetus sejak peringkat janin di dalam rahim ibu lagi. Ia kemudian berkembang dan semakin mantap di peringkat baligh remaja, dewasa dan kekal ke akhir hayat.
Bayi di dalam perut ibu mendapat pemantapan sistem syahwat melalui hormon syahwat yang dikeluarkan oleh ibu. Hormon ibu mempengaruhi pembentukan anggota syahwat dan sistem urat saraf berkenaan.

Proses orientasi seks pula bermula dengan fasa ‘oral’ atau mulut dan bayi mendapat keselesaan serta ketenangan melalui rangsangan bahagian ini.
Perkembangan kemudian beralih kepada fasa ‘anal’ atau lubang najis dan ‘urethral’ atau lubang kencing.

Proses orientasi seksual berterusan sehingga dewasa dan peringkat lanjut usia. Tidak menghairankan jika penghayatan seks untuk individu berubah-ubah, daripada tiada penghayatan kepada ada penghayatan, remaja, dewasa tetapi menurun apabila usia semakin tua.

Bagi individu yang menjalani proses pengenalan diri atau seksualiti, dia akan menikmati perasaan syahwat yang berubah-ubah mengikut mood dan emosinya.

Oleh itu, situasi biasa jika seseorang itu berasa tidak seronok dalam keadaan tertentu ketika berdampingan dengan pasangan, tetapi seronok yang tidak terhingga dalam keadaan berbeza.

Ia sama seperti penghayatan rangsangan syahwat yang juga berbeza ketika usia muda dan lebih dewasa, juga sebelum melahirkan anak serta selepas melahirkan anak.

Ada juga keadaan yang dapat meningkatkan berahi atau mencetuskan syahwat seperti tempat, pakaian, bauan, objek serta keadaan tertentu.

Fenomena ini dikenali sebagai ‘fetishes’ atau ‘fetishesme’ yang juga boleh berubah-ubah dalam penghayatan rangsangan syahwat.

Sememangnya proses penghayatan syahwat berubah-ubah dan biasanya perubahan itu positif atau kepada yang lebih seronok. Namun, kadangkala ia negatif iaitu tidak menyeronokkan.

Jika perubahan negatif ini berlaku, tentu ia mendatangkan masalah kepada pasangan dan perlu dipulihkan sama ada secara perbincangan bersama, dengan doktor atau pembimbing seks.

Penghayatan seks atau hubungan intim pada usia muda membabitkan individu yang masih ‘mentah’ itu belum tahu atau mengenali seksualitinya tidak akan berjalan lancar, kecuali selepas mula membuka minda, mempelajari, memahami dan menerokai hubungan yang terjalin.

Sentuhan dan belaian adalah sebahagian daripada hubungan intim. Jika selesa, pasangan perlu teruskan kepada tindakan lebih intim.

Kajian menunjukkan keseronokan syahwat dan keintiman seksual menyegarkan kesihatan pasangan, meningkatkan tahap kesihatan ke paras tinggi dengan peningkatan sistem kawalan penyakit atau imuniti, selain mencegah serangan sakit jantung dan kawalan darah tinggi. Ia juga mengawal kesihatan mental dan proses penuaan.

Risau lebihan kulit jejas prestasi

0 comments
KEMALUAN saya mempunyai lebihan kulit yang bergumpal di bahagian bawah takuk. Saya ingin bertanya adakah situasi ini akan memberi kesan kepada prestasi seks saya? Ini kerana saya dapati bahagian tersebut sangat sensitif kepada sentuhan.
INGIN TAHU,
Ipoh, Perak



Kulit yang berkumpul dan berkedut di bawah takuk kemaluan ialah bahagian yang dikenali sebagai 'frenum' dan ia permulaan cantuman kulit dari bawah takuk yang merentasi kemaluan itu sendiri, kerandut dan lubang najis yang dikenali sebagai 'septum'.

Frenum dan septum mengandungi banyak urat saraf dan jika bahagian itu dirangsang, maka lelaki itu boleh teruja seksual dan klimaks. Jadi tidak hairan bahagian itu sensitif dan jika anda menggesel bahagian itu anda akan cepat teruja dan klimaks.

Jika anda mahu elakkan menggesel bahagian itu, ketika anda bersetubuh gesel kan bahagian atas pangkal kemaluan dan bukan menggeselkan penghujungnya atau bahagian frenum itu.

Jarang sekali kulit frenum tercerut kerana terdapat parutan, bekas berkhatan dan ini akan buatkan kepala zakar terjungkit ke bawah ketika ereksi.

Jika hubungan kelamin dilakukan maka ia akan menyakitkan kerana tekanan parutan. Apabila parutan ini dilegakan maka keadaan akan menjadi seperti sedia kala.

Pantang tengok kaki wanita

0 comments
SAYA berusia awal 20-an dan sangat mudah terangsang apabila melihat kaki wanita, lebih-lebih lagi yang cantik dan gebu.
Saya mengalami perasaan ini sejak sebelum akil baligh lagi. Namun saya tetap terangsang dengan alat sulit wanita yang lain. Adakah ini perkara yang ganjil atau kelebihan buat saya?

JEJAKA KELIRU,
Johor Bahru, Johor



Syukur, anda mempunyai minat kepada perempuan dan anda mudah terangsang dengan kaki perempuan. Jadi, daripada aspek tubuh badan wanita yang sangat mengghairahkan anda, anda memilih kaki wanita yang gebu dan cantik, maka anda dikategorikan sebagai ‘leg man’.

Untuk lelaki lain yang sangat teruja dengan payudara, mereka digelar ‘breast man’ dan lelaki yang teruja dengan punggung perempuan digelar ‘buttocks man’.

Ada situasi yang mana lelaki itu hanya dapat klimaks dengan menyentuh kaki perempuan dan mereka dikatakan mengalami ‘fetishes’ kepada kaki perempuan.

Maksud saya, lelaki itu dapat mencapai ereksi dan klimaks apabila menyentuh dan meraba kaki perempuan. Anda pula hanya teruja dengan melihat kaki perempuan. Itu bukan ganjil dan ia pilihan sanubari anda daripada aspek perasaan syahwat anda.

Cara hilang daki

0 comments
SAYA ingin tahu bagaimana boleh membersihkan kesan daki yang amat gelap di celah kangkang saya sejak 10 tahun yang lalu?
REMY,
Petaling Jaya, Selangor



Kulit di bahagian kelangkang dan berdekatan anggota kelamin ialah kulit yang berjenis lembut, licin dan mengandungi banyak tisu elastik dan pepundi peluh serta pelembap.

Jika kebetulan individu itu gempal dan kulit kelangkangnya bergesel antara satu dengan yang lain, tisu kulit akan mengalami radang. Kulit akan hilang kelicinan dan kering.

Bahagian lapisan kulit bergelar lapisan malphigian akan menjadi lebih gelap. Kegelapan, kekeringan dan penebalan kulit akibat keradangan yang kronik ini bukan daki!

Apabila keradangan kulit reda dan kulit lembap dan segar maka kulit akan jadi lebih cerah. Jarang sekali berlaku kemelecetan kulit akibat digaru dan ini akan mendedahkan kulit itu kepada kulat atau kuman.

Jangkitan kulat di kelangkang perlu dirawat supaya kegatalan tidak ketara yang boleh membuatkan kegelapan itu itu menjadi lebih ketara. Anda boleh gunakan krim yang boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi sebagai pelembap dan sabun untuk mencuci kelangkang. Jika dalam dua minggu tiada sebarang perubahan, anda boleh rujuk kepada pakar kulit untuk rawatan lanjut.

Bukan lelaki saja

0 comments
SAYA ingin berkongsi satu masalah yang diajukan kepada saya oleh pasangan sudah lama berkahwin iaitu sudah 12 tahun berkahwin tetapi tidak pernah kecapi keseronokan dalam hubungan seksual.

Agak malang dan sungguh kasihan kepada pasangan yang berdepan masalah seperti itu. Nasihat saya, pasangan terbabit serta yang menghadapi masalah serupa perlu membuka minda kerana hubungan seksual bukan untuk lelaki saja, wanita juga berhak menikmatinya.

Kebiasaannya, ketika wanita mengalami rangsangan seksual, tindak balas semula jadi yang berlaku ialah perjalanan darah yang banyak ke anggota kelaminnya.

Pepundi di bahagian antara dua bibir kecil yang dikenali sebagai `vestibule' akan mengembang dan menghasilkan cecair dikenali sebagai mukosa kelamin wanita. Dalam keadaan terangsang dan bersedia, mudah untuk wanita itu merenggangkan kemaluannya supaya penetrasi dilakukan dengan kemas dan selesa untuk kedua-dua pihak.

Cara yang bijak untuk mengelakkan perasaan tidak selesa kepada wanita ketika melakukan hubungan seksual penetratif ialah wanita itu sendiri yang menyalurkan kemaluan lelaki ke dalam farajnya. Pasangan juga perlu banyakkan sentuhan dan belaian sebelum memulakan seks penetratif.

Wanita perlu memandu pasangan melakukan sentuhan keintiman yang diminatinya supaya dia rasa seronok dan ghairah dan mudah menghayati rangsangan seksual yang akan memberikannya keselesaan serta kelegaan dengan pengeluaran kelembapan yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual penetratif.

Anggota seksual wanita lembut, mengandungi tisu elastik dan tidak mudah cedera jika sentuhan dilakukan dengan cermat dan selesa untuknya.

Tidak salah untuk wanita itu membantu mencapai rangsangan dengan menyentuh kemaluannya yang sensitif dan secara tidak langsung mempercepatkan kelembapan supaya hubungan seks penetratif dapat dilakukan dengan lebih selesa.

Semua ini akan dapat membantu memberi keselesaan ketika bersetubuh dan dalam keadaan selesa dapatlah dia menikmati rangsangan dan mencapai kepuasan rangsangan atau klimaks. Sekurang-kurangnya wanita akan dapat menikmati sentuhan intim yang padu dan mengikut keselesaannya.

Ada sesetengah wanita mengalami masalah kesihatan yang mengakibatkan masalah mati putik sekunder dan sebahagian penyakit ini ialah kencing manis, tekanan darah tinggi atau kesan sampingan ubat darah tinggi.

Jika ini berlaku mustahak untuk wanita itu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang sewajar.

Dengan memasukkan darah yang banyak anggota sulit menjadi segar, faraj lembap dan mudah untuk hubungan seksual penetratif dilakukan. Paling mustahak, jumpa doktor terlebih dahulu.

Syahwat janin

0 comments
SEMUA individu dianugerahkan Tuhan dengan nafsu syahwat. Naluri itu tercetus sejak peringkat janin di dalam rahim ibu lagi dan kemudian berkembang dan semakin mantap ketika di peringkat baligh remaja, dewasa dan kekal ke akhir hayat.
Bayi di dalam perut ibu mendapat pemantapan sistem syahwat melalui hormon syahwat yang dikeluarkan oleh ibu. Hormon ibu akan mempengaruhi pembentukan anggota syahwat dan sistem urat saraf berkenaan.

Proses orientasi seks pula bermula dengan fasa ‘oral’ atau mulut dan bayi mendapat keselesaan serta ketenangan melalui rangsangan bahagian ini. Perkembangan kemudian beralih kepada fasa ‘anal’ atau lubang najis dan ‘urethral’ atau lubang kencing.

Proses orientasi seksual berterusan sehingga dewasa dan ke peringkat lanjut usia. Tidak menghairankan jika penghayatan seks untuk individu berubah-ubah, daripada tiada penghayatan kepada ada penghayatan, remaja, dewasa tetapi menurun apabila usia semakin tua.

Bagi individu yang menjalani proses pengenalan diri atau seksualitinya, dia akan menikmati perasaan syahwat yang berubah-ubah mengikut ‘mood’ dan emosinya.

Oleh itu, adalah biasa jika seseorang itu berasa tidak seronok dalam keadaan tertentu ketika berdampingan dengan pasangan, tetapi seronok yang tidak terhingga dalam keadaan berbeza.

Ia sama seperti penghayatan rangsangan syahwat yang juga berbeza ketika usia muda dan lebih dewasa, juga sebelum melahirkan anak serta selepas melahirkan anak.

Ada juga keadaan yang dapat meningkatkan berahi atau mencetuskan syahwat seperti tempat, pakaian, bauan, objek serta keadaan tertentu.

Fenomena ini dikenali sebagai ‘fetishes’ atau ‘fetishesme’ yang juga boleh berubah-ubah dalam penghayatan rangsangan syahwat.

Sememangnya proses penghayatan syahwat berubah-ubah dan biasanya perubahan itu positif atau kepada yang lebih seronok. Namun, kadangkala ia negatif iaitu tidak menyeronokkan.

Jika ini berlaku, ia mendatangkan masalah kepada pasangan dan perlu dipulihkan sama ada secara perbincangan bersama, dengan doktor atau pembimbing seks.
Penghayatan seks atau hubungan intim pada usia muda membabitkan individu yang masih ‘mentah’ itu belum tahu atau mengenali seksualitinya tidak akan berjalan lancar, kecuali selepas mula membuka minda, mempelajari, memahami dan menerokai hubungan yang terjalin.

Sentuhan dan belaian adalah sebahagian daripada hubungan intim. Jika selesa, pasangan perlu teruskan kepada tindakan lebih intim.

Kajian menunjukkan keseronokan syahwat dan keintiman seksual menyegarkan kesihatan pasangan, meningkatkan tahap kesihatan ke paras tinggi dengan peningkatan sistem kawalan penyakit atau imuniti, selain mencegah serangan sakit jantung dan kawalan darah tinggi. Ia juga mengawal kesihatan mental dan proses penuaan.

Electrolysis tak jamin lenyapkan jambang

0 comments
SAYA ingin bertanya, apakah cara mudah untuk menghilangkan jambang? Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai jambang yang lebat dan terlalu cepat tumbuh. Bolehkah doktor beri cadangan?
INGIN TAHU
Bangi, Selangor Satu ketika dulu ramai lelaki suka simpan jambang. Jika tidak penuh, mereka melukisnya supaya nampak jelas. Keadaan itu sudah berubah, namun masih ramai lelaki kelihatan menyimpan jambang.

Yang tidak ada jambang kini boleh ‘tatu’ atau mewarnakan kulit dengan pewarna jenis kekal, seperti sesetengah wanita tatukan kening dan kelopak untuk menonjolkan mata.

Jika anda tidak suka menyimpan jambang, cukurlah ikut suka hati anda. Jika masih kelihatan, cukur lagi, tetapi jika anda mahu hapuskan jambang dengan cara tetap, anda boleh menjalani proses ‘electrolysis’ (membakar akar rambut jambang) yang menyakitkan atau menjalani terapi laser.

Kedua-dua kaedah itu agak mahal. Kadangkala anda perlu menjalani prosedur itu beberapa kali jika ada rambut yang masih kekal.

Ketulan hitam tumbuh pada alat kelamin

0 comments
SEJAK akhir-akhir ini saya perasan ada bintik ketulan hitam timbul sekitar bulu di tepi alat kelamin. Biji hitam itu lebih kurang macam tahi lalat tetapi ia kelihatan lebih menonjol. Keadaan itu merisaukan saya, apa sebenarnya berlaku dan adakah ia mendatangkan kesan tidak baik pada masa depan?
KHAIRUL
Kuantan, Pahang Kulit anggota kelamin lelaki dan wanita daripada jenis kulit yang halus dan tiada lapisan lemak, sebaliknya hanya lapisan tisu pengembang. Jika kulit itu radang akibat geselan, lebihan kulit atau ‘kutil’ boleh muncul.

Kadangkala lebihan kulit itu timbul akibat tekanan kuman virus ketuat dan apabila kuman virus tak aktif lagi, kutil ketuat tertanggal atau hilang.

Ketumbuhan kutil itu ada beberapa jenis, jika dekat tundun, ia lebih kepada ketuat leper atau ‘flat wart’ dan jika ia seperti gentel dan kelihatan seperti daging atau ‘cauliflower’ ia jenis jangkitan kelamin ‘genital wart’.

Apa yang saya terangkan ini hanya maklumat semata-mata dan saya tidak tahu jika anda ada jangkitan ketuat atau kutil biasa. Jadi mustahak untuk anda berjumpa doktor untuk diperiksa atau dirujuk kepada pakar kulit.

Jangkitan kulit anggota kelamin oleh virus ketuat boleh berlaku pada bila-bila masa dan ada pelbagai jenis kuman virus ketuat.

Jarang berlaku perubahan prakanser akibat tekanan virus ketuat kepada kulit anggota kelamin lelaki walaupun perkara itu pernah dilaporkan.

Secara umumnya kulit anggota kelamin lelaki tidak mudah berubah dengan ketara, tidak seperti kulit pangkal rahim wanita yang boleh berubah kepada prakanser jika terkena jangkitan kuman ketuat untuk jangka masa lama.

Bagi wanita yang mahu mengelak terkena jangkitan virus ketuat hingga boleh menyebabkan kanser itu, kini ada suntikan pelalian untuk mencegahnya.

Kemaluan mengecil selepas berkhatan

0 comments
SAYA ada kemusykilan mengenai kemaluan anak lelaki saya. Dia berusia 10 tahun dan berkhatan dua tahun lalu. Saya ingin tahu, mengapa kemaluannya semakin mengecil selepas berkhatan? Sebelum berkhatan, kemaluan anak saya tidak sekecil itu. Apakah tindakan yang harus saya lakukan?
MIJI
Pasir Puteh, Kelantan Anggota kelamin lelaki yang belum baligh memang kecil jika tidak tegang. Ereksi boleh berlaku secara spontan dan ketika kanak-kanak itu teruja atau pada waktu pagi ketika mahu buang air kecil.

Jika anak anda gemuk atau badannya berisi termasuk perut dan tundunnya, sudah tentu sebahagian besar pangkal alat kelaminnya akan terbenam.

Jika anda tolak lemak tundun di keliling alat kelaminnya, anda akan dapati alat kelaminnya ada batang dan bentuk. Apabila dia mula baligh, akan ada bulu roma halus di pangkal alat kelamin dan pada waktu sama lemak tundun mula susut dan badannya mula membesar dan perubahan suara menjadi lebih jelas.

Ereksi menjadi lebih kerap dan apabila ini berlaku tisu pengembang alat kelamin itu menambah, sekali gus menjadikan alat kelaminnya membesar.

Tidak salah jika anda bertanya kepadanya dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan ketumbesaran anggota kelaminnya. Jika berasa tidak selesa dengan saiznya, anda boleh membawanya bertemu doktor untuk penelitian.

Awas bila putik tidak berbunga

0 comments
ISU hubungan seksual suami isteri sukar ditangani apabila kedua-dua pihak kurang pengetahuan mengenainya. Oleh itu pasangan berkahwin perlu tahu fungsi dan keadaan alat kelamin mereka supaya setiap hubungan yang berlaku memberi keselesaan kepada kedua-dua pihak.
Dalam isu ini saya mahu menyampaikan maklumat mengenai alat kelamin wanita bukan hanya kepada si isteri, tetapi juga kepada suami yang perlu mendapatkan maklumat tepat.

Buat pengetahuan semua, alat kelamin wanita mengembang ketika dalam keadaan ‘teruja’ dengan keseluruhan bahagiannya seperti bibir besar, bibir kecil dan klitoris kelihatan mengembang dan menonjol, termasuk pembukaan antara bibir kecil yang juga teruja dan lembap.

Faraj mudah dilegakan dengan mukosanya lembap serta basah. Keadaan ini paling sesuai untuk hubungan penetratif kerana anggota kelamin wanita itu sudah bersedia.

Ia adalah respons rangsangan seksual wanita. Ibarat putik menjadi bunga tapi jika keadaan sebegini tidak berlaku, wanita itu dianggarkan mengalami ‘mati putik’! Ini boleh disamakan dengan lelaki yang mengalami ‘mati pucuk’! Jika hubungan seksual terus dilakukan, ia seperti dipaksa, dan wanita itu akan mengalami kesakitan kerana keadaannya kesat dan juga kerana anggota kelamin bahagian luarnya tidak gebu dan menyakitkan apabila anggota kelamin lelaki memasukinya.

Saya ingin nasihatkan juga, bagi suami yang berdepan isteri ‘mati putik’, sebaik-baiknya perlu meningkatkan adegan ‘pemanasan’ supaya anggota kelamin pasangan mencapai keadaan teruja dan bersedia untuk adegan penembusan.

Jika alat kelamin isteri masih kurang kelembapan, elok guna bahan pelicin seperti dijual di pasaran.

Yang pasti, bagi menghayati hubungan seksual mantap, sebaik-baiknya lakukan penembusan apabila pasangan bersedia dan sama-sama memberi maklum balas ketika sesatu posisi dilakukan atas persetujuan bersama iaitu melakukan hubungan atas panduan bersama.

Dengan keadaan itu, sesuatu hubungan intim menjadi lebih seronok dan mengghairahkan. Jika keadaan tidak berubah, sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar bimbingan seks.

Bau tidak semestinya menaikkan syahwat wanita

0 comments
SAYA menerima maklumat mengenai ‘pheromones’. Adakah benar ia berfungsi untuk mengeluarkan bau kelelakian bagi mengghairahkan pasangan kita?
JAHA
Sentul, Kuala Lumpur
Banyak syarikat penjual ubat kuat dan ubat ghairah seks memperkatakan mengenai pheromones yang kononnya dapat mengghairahkan lelaki atau wanita yang baunya dikatakan menaikkan syahwat.

Mengikut pendapat dan pengetahuan saya, ia mengarut kerana kajian yang pernah dilakukan mengenai pheromones ialah terhadap binatang.

Bahan kimia semula jadi ini dihasilkan melalui peluh atau cecair daripada anggota sulit, najis atau air kencing yang dapat memberi ‘signal’ atau tanda tertentu kepada binatang lain yang sama spesies bagi memahami keadaan tertentu.

Sebagai contoh, anjing kencing di merata kawasan untuk memberitahu anjing lain bahawa itu kawasannya. Jika anjing betina hendak memberitahu ia dalam keadaan subur yang mana telurnya akan keluar, ia mengeluarkan cairan dari bahagian berdekatan anggota seksnya.

Lelaki kononnya mengeluarkan bauan badan spesifik daripada peluh ketiak yang dapat menggelorakan perasaan syahwat wanita yang terhidu atau sengaja menghidu pakaiannya yang dibasahi peluh.

Mungkin ini boleh berlaku jika minda wanita itu terbuka untuk membuat begitu. Jika tidak, ia tidak berlaku.

Sehubungan itu, jangan fikir minyak wangi mengandungi pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat isteri jika mindanya tidak terbuka untuk tujuan itu.

Risau cadar ada kesan darah

0 comments
SAYA dan isteri melakukan hubungan seks pada satu malam. Apabila saya lihat cadar katil pada esoknya, didapati ada kesan darah mungkin bersama air mani saya.
Adakah darah itu bersama air mani saya atau ketika saya memasukkan alat sulit ke dalam alat sulit isteri? Untuk pengetahuan doktor, pada malam itu isteri menyatakan dia terasa bengkak pada alat sulitnya, tetapi selepas itu dia tidak lagi berasa sakit pada alat sulitnya ketika alat sulit saya masuk ke dalam kemaluannya.
FIKRI
Petaling Jaya, Selangor
Anggota kelamin mengandungi tisu lembut yang mudah mengembang apabila individu itu dalam keadaan teruja seksual. Alat sulit yang kecil dan kecut ketika lelaki itu terangsang menjadi keras macam kayu apabila darah masuk dengan banyak.

Dalam keadaan itu, kulit alat sulit lelaki menjadi tegang dan padat dan mudah tersiat apabila ditekan dengan kuat dan lebih lagi apabila alat sulit wanita kesat.

Untuk perempuan pula, apabila teruja secara seksual anggota kelamin menjadi gebu dan kembang apabila darah masuk dengan banyak dan pembukaan alat sulit mudah meluas, lembap dengan cairan yang keluar dari mukosa dan kulitnya menjadi lembut dan elastik.

Namun, dalam keadaan tidak teruja atau belum bersedia dan apabila alat sulit lelaki yang keras disorong masuk secara paksa, kulit pembukaan alat sulit wanita dan bekas selaput dara yang tertinggal dulu boleh tertekan dan menyebabkan luka atau terguris, sekali gus mengakibatkan pendarahan ringan.

Ia juga boleh menyebabkan mukosa pembukaan alat sulit wanita yang sempit kerana anggota kelamin itu belum bergelora lagi membuatkan kulit mukosa melecet apabila ereksi yang keras ditusuk secara kuat. Keadaan itu boleh menyebabkan pendarahan berlaku dan wanita itu mungkin tidak terasa apa-apa.

Jarang sekali geselan kepala alat sulit lelaki ke bahagian pangkal rahim yang kulit permukaannya kebetulan kesat itu membuatkan kulit pangkal rahim melecet dan menyebabkan darah keluar dari kulit yang melecet.

Bagaimanapun, jika perkara itu berulang, jika mahu tahu sebab sebenar, anda dan pasangan perlu berjumpa doktor.

Doktor boleh lakukan pemeriksaan ‘vulva’ (anggota kelamin bahagian luar perempuan) dan pemeriksaan ‘pelvik’ (pemeriksaan bahagian dalam menggunakan alat pembuka) untuk meneliti anggota kelamin perempuan untuk mengesan luka atau radang yang mungkin petanda pendarahan berlaku.

Jika perlu, doktor akan cadangkan anda buat ujian air mani untuk pastikan jika darah itu datang daripada ejakulasi.

Cara buat ujian air mani

0 comments
SAYA dan suami merancang mendapatkan anak kedua. Namun selepas tujuh bulan mencuba, tiada tanda positif saya hamil. Saya ingin mencadangkan suami melakukan ujian air mani tetapi dia ragu-ragu. Bagaimanakah prosedur ujian air mani dilakukan dan di manakah tempat sesuai untuk menjalani ujian itu?
AIDA
Kemaman, Terengganu
Setiap pasangan yang pernah mendapat cahaya mata dan merancang tambah bilangan anak tetapi tiada apa-apa perkembangan positif dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.

Bagi suami, pemeriksaan fizikal dan buah zakar serta ujian air mani dilakukan manakala bagi si isteri, pemeriksaan kepastian kemampuan menghasilkan telur dan ujian X-ray salur reproduksi iaitu rahim dan salur telur untuk menentukan sama ada wujud masalah atau sebaliknya.

Jika semua ujian normal, mungkin mereka berdua boleh mencuba kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi seperti penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI. Jika masih tiada apa-apa hasil, cuba kaedah bayi tabung uji atau IVF.

Tiada jaminan kehamilan akan berlaku kerana itu kuasa Tuhan. Yang mustahak, pasangan itu berusaha dan bukan sekadar mendiamkan diri atau tidak mahu buat apa-apa kerana ego.

Ujian air mani perlu dilakukan di makmal dan atas rujukan doktor. Jadi, suami perlu jumpa doktor terlebih dulu dan mendapatkan borang melakukan ujian air mani di makmal yang disyorkan doktor. Puan juga perlu menjalani pemeriksaan seperti saya senaraikan di atas.

Kadar kehamilan untuk wanita menurun sebanyak 80 peratus selepas umur 40 tahun. Lelaki berumur lebih 40 tahun pula banyak menghasilkan sperma kurang aktif dan berbentuk tidak normal.

Kekal klimaks

0 comments
TIDAK semua lelaki mampu klimaks secara normal. Ada yang terpaksa menggunakan tangan untuk mengurut alat sulitnya beberapa minit dan memasukkannya semula ke dalam alat sulit wanita, ‘mendayung’ beberapa ketika sebelum akhirnya mencapai ejakulasi.
Proses ereksi dan ejakulasi atau klimaks tidak sama. Ereksi boleh berlaku kepada mana-mana lelaki yang mempunyai sistem urat saraf serta perjalanan darah sihat yang membolehkannya mengalami rangsangan seksual ketika dalam perasaan ghairah.

Apabila perasaan ghairah reda, rangsangan seksual juga tiada lagi. Ereksi yang berlaku pula hilang tenaganya sebelum layu tanpa ejakulasi.

Ejakulasi berlaku apabila tiba kemuncak lelaki menghayati rangsangan sentuhan terhadap alat sulit.

Dalam keadaan biasa apabila lelaki bercumbu bersama pasangan dengan hajat melakukan seks penetratif, dia menusuk alat sulitnya ke dalam alat sulit isteri ketika ereksinya padat.

Ia dilakukan dalam keadaan pasangan bersedia menerima kemasukan ereksi dan seterusnya lelaki mempercepatkan tusukan bagi menikmati rangsangan sehingga kemuncaknya mencapai ejakulasi.

Bagi yang menggunakan tangan, ia dilakukan bagi membina rangsangan seksual sebelum memindah atau melakukan tusukan.

Lelaki itu mungkin perlukan sentuhan kasar terhadap alat sulitnya menggunakan tangan sebelum mampu sampai kemuncak dan ketika itu baru dia menyambung pergerakan tusukan lembut ke dalam alat sulit isteri.

Ia mungkin dilakukan secara sengaja kerana dengan cara memasukkan ereksi terus ke dalam alat sulit isteri, ia tidak dapat membantu meningkatkan rangsangan diperlukannya. Ia berlaku mungkin kerana kesan amalan onani yang pernah dipraktikkannya.

Jika lelaki berkenaan terikat dengan cara itu, sukar untuknya melakukan hubungan seks penetratif seperti lelaki normal lain yang lebih teruja dengan sentuhan kelembutan alat sulit isteri.

Mungkin wanita boleh cuba membantu dengan melakukan rangsangan alat sulit menggunakan tangan mengikut selera lelaki itu. Apabila lelaki terasa seperti hendak sampai kemuncak, wanita boleh alihkan ereksinya ke dalam alat sulitnya sambil mengemutkan alat sulit itu dengan padat.
Mungkin dengan perasaan seronok dialami daripada kemutan alat sulit isteri, lelaki itu boleh memberi masa lama ketika di dalam alat sulit isteri atau terus ke alat sulit berkenaan tanpa perlu mendapatkan rangsangan daripada tangan.

Jika semua itu dicuba tetapi tidak berkesan, saya berpendapat wanita tidak perlu melakukan apa-apa dan terima keadaan itu, asalkan pasangannya mampu memancutkan air mani ke dalam alat sulit isteri.

Itu sudah mencukupi kerana tanpa ejakulasi dalam alat sulit isteri, sukar untuk isteri hamil.

Isteri belum hamil

0 comments
SAYA baru berkahwin enam bulan. Mungkin ilmu kurang di dada atau belum berpengalaman. Isteri belum ada tanda kehamilan. Saya teringin sangat dan mengharap untuk mendapatkan zuriat.
Masalah saya ialah, apabila bersama isteri dan sewaktu sampai tahap klimaks, pancutan air mani ke dalam alat sulit isteri meleleh keluar beberapa minit kemudian.

Saya hairan kerana perkara ini berlaku setiap kali kami bersama. Pelbagai teknik saya buat tetapi masih tidak berhasil.

Mungkin sebab ini isteri saya tidak hamil kerana air mani tidak masuk ke dalam alat sulitnya. Apa masalah sebenarnya?

SUAMI BUNTU
Alor Setar, Kedah



Fenomena air mani melimpah keluar selepas selesai ejakulasi dalam alat sulit wanita selepas selesai bersama dikenali sebagai ‘effluvium feminis’, istilah perubatan yang bermaksud limpahan air mani dari alat sulit wanita.

Yang jelas ialah air mani masuk dan melimpah keluar kerana ruang alat sulit itu sempit. Limpahan itu dapat dikurangkan jika pasangan anda tidak menutup paha atau mengemut selepas selesai mengadakan hubungan.

Selain itu, si isteri tidak digalakkan bangkit dari katil atau mencuci anggota kelaminnya kerana perbuatan ini membuatkan air mani terkeluar dari tempat takungannya di penghujung pangkal rahim.

Mengikut kajian yang pernah dijalankan di KK Women and Children Hospital, Singapura, sebelum ini didapati sperma aktif dapat kelihatan di luar salur telur selepas setengah jam bersetubuh. Ini menandakan sperma yang normal aktif dan mudah sampai ke sasarannya.

Selain itu, anda tidak digalak menggunakan krim atau jeli pelincir dan kalau boleh jangan gunakan air liur. Kedua-duanya sedikit sebanyak mempengaruhi perjuangan hidup sperma.

Anda dan pasangan perlu terus berusaha. Jika dalam setahun tiada apa-apa tanda kehamilan, lebih baik mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan.

Anda dan pasangan perlu melakukan seks seberapa kerap pada waktu isteri subur iaitu apabila ada petanda awalnya ialah kemunculan lendir seperti hingus atau macam putih telur yang belum masak.

Amalan usia remaja

0 comments
SAYA berusia 25 tahun dan akan berkahwin tidak lama lagi. Di awal usia remaja, saya kerap melakukan onani tetapi dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini saya kurang melakukan perbuatan itu.
Masalah yang saya alami sekarang adalah apabila saya klimaks sewaktu melakukan onani didapati air mani yang keluar itu tidak memancut tetapi hanya meleleh, sedikit dan sangat pekat.

Adakah masalah ini akan menjejaskan peluang saya untuk mendapat zuriat apabila berkahwin nanti? Bagaimanakah caranya untuk selesaikan masalah ini?

BAKAL SUAMI
Kajang, Selangor



Sebilangan besar remaja lelaki dan perempuan pernah melakukan onani dan perkara ini menghantui mereka apabila sedar perbuatan itu mungkin boleh menjejaskan kesihatan apabila berkahwin. Nampaknya anda juga mengalami perkara sama.

Maklumat daripada beberapa laman seksual tidak menyatakan onani itu tidak baik, tetapi ada laman spiritual tidak menggalakkan amalan itu dan Islam mengutuk amalan itu.

Kajian mengenai seksual yang dilakukan beberapa pihak di luar negara melaporkan pengamal onani berkemungkinan mengalami masalah ketagihan, terikat dengan amalan itu dan tidak dapat melepaskan diri walaupun sudah berkahwin.

Ada juga laporan menyatakan sebilangan lelaki dan perempuan yang mengamalkan onani tidak dapat kebahagiaan seksual dengan pasangan kerana tidak mudah mencapai klimaks dengan pasangan.

Jika tidak klimaks lelaki tentu sukar menghamilkan pasangan kerana tanpa klimaks, tiada ejakulasi. Mungkin ini saja yang boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan pasangan, yang mana si suami tidak dapat ejakulasi melalui hubungan seksual dengan isteri kerana keghairahan tidak mencukupi dengan cara itu, tetapi mencukupi dengan cara onani.

Saya pernah mengendalikan beberapa kes sebegini, yang mana si suami tidak dapat ejakulasi melalui persetubuhan dengan isteri dan kesudahannya dia hanya dapat menghamilkan pasangan apabila air mani yang dikeluarkan melalui onani dikumpul dan disuntik ke dalam rahim pasangannya ketika isteri subur!

Sebilangan besar kes yang saya kendalikan berkaitan cepat klimaks mengakui mereka kerap melakukan onani. Termasuk juga kes mereka yang mengalami masalah mati pucuk, lebih 80 peratus memang kaki onani. Kata orang, bagaimana pokok boleh bergoyang jika tiada angin.

Sama juga dengan masalah seksual seperti cepat klimaks, mati pucuk, tidak mudah ejakulasi dengan pasangan yang dialami lelaki, tidak akan berlaku jika tidak mengamalkan onani. Mungkin perkara yang anda perlu lakukan ialah cuba hentikan amalan onani.

Elakkan aktiviti yang boleh mendorong anda melakukan amalan itu seperti berkhayal seorang diri, menonton video lucah atau melayari laman web lucah.
Amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan seimbang, melakukan senaman berkala, berhenti merokok dan henti minuman keras dan lakukan aktiviti sosial secara berkumpulan dengan interaksi minda.

Dengan cara sedemikian kesihatan seksual dan reproduktif anda akan membina dan masa depan anda untuk mempunyai keluarga dan rumah tangga yang sihat akan tercapai.

Rasa kurang sempurna

0 comments
SAYA mengalami masalah kemaluan kecil dan pendek, saya juga sering tiada ghairah untuk bersama isteri memandangkan keadaan saya yang kurang sempurna. Tiap kali bersama, hanya isteri yang melakukan aksi.
Apa harus saya lakukan demi mencapai kesempurnaan diri sebagai lelaki sempurna, adakah masalah ini masih boleh diatasi?

DUAN
Kuala Kangsar, Perak



Bukan anda seorang saja yang berasa anggota kelamin kecil. Malah lelaki yang mempunyai anggota sulit berbentuk normal dan saiz normal mengikut baka dan keturunannya juga rasa begitu.

Jadi tidak hairan jika ada pelbagai krim, kapsul ajaib dan kaedah urutan serta teknik suntikan yang kononnya khusus untuk menangani masalah saiz alat kelamin lelaki mendapat sambutan hangat tanpa mengira sama ada ia berkesan dan selamat.

Tidak hairan juga jika sebahagian besar lelaki yang mengamalkan kaedah itu merana dalam sepi kerana kesan sampingan dan kesan salah guna kaedah itu akan mensia-siakan dirinya.

Daripada keterangan yang anda beri, nampaknya pasangan anda sangat teruja dengan anda memandangkan dia kerap beraksi daripada anda. Ini keadaan yang positif, bukan sebaliknya.

Jika tidak puas dan tidak seronok, tentu dia tidak rancak melakukan hubungan intim dengan anda. Ini sebenarnya petanda yang anda lelaki sempurna.

Buang sikap negatif anda dan sama-sama menikmati keseronokan hidup bersama pasangan. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Bekerjasama dengan pasangan dan jika ada apa-apa yang kurang, dapatkan pandangannya dan sama-sama cuba mengatasinya.

Jika masalah dialami itu ada kaitan dengan kesihatan, jumpa doktor atau pakar berkaitan.

Kencing tidak lawas sengsara

1 comments


SAYA menerima banyak pertanyaan berkaitan masalah membuang air kecil, dan saya tertarik dengan satu soalan iaitu mengenai masalah kencing tidak lawas.

Dalam soalannya, individu berkenaan meluahkan masalahnya yang sudah lama menghadapi masalah kencing tidak lawas. Katanya, beberapa titisan air kencing keluar setiap kali selesai membuang air kecil.

Berdasarkan pengalaman saya, masalah kencing tidak lawas seperti dialaminya memang meruncing. Lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika seseorang mahu menunaikan solat, batuk atau ketawa.

Biasanya, selepas selesai membuang air kecil, seseorang itu akan membasuh alat kelamin serta keluar tandas. Kadangkala ada juga yang meneran sedikit atau melurutkan alat kelamin sambil mengemut beberapa kali supaya tiada bekas atau titisan kencing.

Individu yang was-was akan menunggu dan mengelap penghujung alat kelamin dengan tisu supaya tiada lagi kelembapan dan kemudian membasuhnya.

Keadaan ini biasanya dilakukan lelaki berumur untuk memastikan tiada titisan air kencing lagi selepas selesai kencing. Jika tidak berjaya, mereka akan melekatkan secebis kertas tisu ke penghujung alat kelamin sebelum bergerak.

Sebilangan lelaki muda juga mengalami masalah sebegitu hingga menyebabkan mereka mati akal dan tidak tahu cara mengatasinya.

Mungkin ada mencuba perkara yang saya jelaskan tadi dan mungkin mereka mahu cara lebih sempurna kerana titisan air kencing pasti menjadi masalah, terutama ketika mahu menunaikan solat.

Cara mudah untuk lelaki yang mengalami masalah sebegini adalah sebaik-baiknya mengelak membuang air kecil sebelum menunaikan solat.

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku, antaranya adalah berkemungkinan salur kencingnya sempit, sedikit air kencing mungkin tersekat dan terkeluar selepas selesai membuang air kecil.

Ada kemungkinan jika pundi prostatnya mengalami radang atau bengkak, sedikit air kencing boleh tersekat di salur kencing bahagian prostat dan terkeluar apabila lelaki itu selesai kencing dan ketika dia mengemut.

Ada juga sebilangan lelaki mempunyai takungan air kencing di belakang pembukaan salur kencing di tempat dikenali sebagai ‘lacuna mega’. Dalam keadaan sedemikian, air kencing mula bergerak keluar secara titisan selepas selesai membuang air kecil.

Cara rawatan bagi masalah demikian adalah bertemu doktor untuk pemeriksaan kepastian sama ada seseorang itu menghadapi masalah kencing kotor atau radang pundi kencing atau masalah pundi prostat.

Ujian lanjutan akan dilakukan doktor jika ada sesuatu yang perlu diselidik. Jika tiada apa-apa yang serius, cara mengelak solat terganggu ialah jangan buang air kecil sebelum solat.

Mantapkan stamina untuk bertahan lama

0 comments

SAYA berkahwin empat tahun dan ada seorang anak. Sejak berkahwin, saya tidak pernah dapat memuaskan isteri ketika melakukan hubungan. Saya dan isteri biasanya berasmara tidak sampai 10 minit. Saya tidak percaya pada ubat kuat kerana bimbang ia memberi kesan sampingan. Saya minta doktor memberikan cara untuk saya bertahan sehingga dapat memuaskan isteri.

JOE
Kota Bharu, Kelantan



Hubungan intim seksual antara suami isteri bukan permainan yang perlu ada kalah atau menang. Soal kalah tidak timbul kerana pasangan itu adalah pemenang!

Dalam sesuatu hubungan, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian, tak kira masa dan ia sememangnya memberi keseronokan, keceriaan dan kebahagiaan kerana dalam hubungan itu, tubuh badan pasangan bersentuhan menerusi pelukan (sentuhan antara kulit), kucupan (sentuhan antara kulit bibir dan lidah) dan hubungan penetrasi (sentuhan kulit antara anggota kelamin pasangan).

Dengan interaksi yang dibina itu, pasangan akan saling ‘memandu’ supaya hubungan intim seksual memberi keseronokan yang berkekalan.

Untuk menghayati hubungan intim seksual yang sempurna, anda dan pasangan perlu amalkan gaya hidup sihat. Mantapkan stamina dan kekuatan fizikal melalui senaman berkala dan jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala kerana kesihatan yang terganggu melemahkan kemampuan badan untuk melakukan hubungan intim.

Jika anda jenis sangat mudah terangsang dan tidak dapat mengawal klimaks atau klimaks cepat, anda perlu mengambil masa dan lebih banyak lakukan pemanasan badan supaya pasangan anda lebih hangat dan mudah tercapai klimaks apabila anda lakukan sentuhan penetratif.

Air mani keluar ketika kencing

0 comments
SAYA berkahwin dengan seorang duda setahun lalu tetapi belum ada anak. Suami mempunyai anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Masalahnya, apabila kami melakukan hubungan, dia tidak pernah mengeluarkan air mani. Katanya, air mani keluar bersama air kencing apabila dia membuang air kecil selepas kami bersama.
Suami sudah bertemu doktor dan diberikan ubat bagi mengeluarkan air mani tetapi kesannya negatif. Suami juga pergi berurut mengikut cara tradisional. Bolehkah masalah ini dipulihkan dan adakah saya berpeluang mempunyai anak?

ISTERI RESAH
Melaka



Suami anda sudah memberi jawapan mengenai masalah yang dia alami. Dalam ceritanya kepada anda, selepas melakukan seks dan mencapai klimaks tanpa ejakulasi, dia akan terasa mahu membuang air kecil dan ketika itu, air mani serta kencingnya keluar.

Masalah yang dia alami dikenali sebagai ‘Retrograde Ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang, iaitu ejakulasi ke dalam pundi kencing! Masalah ini sering berlaku kepada lelaki yang menghidap kencing manis kerana kerosakan urat saraf yang terbabit dengan sistem kawalan ejakulasi.

Ada juga lelaki mengalami masalah sama akibat kesan sampingan ubat tekanan darah tinggi jenis ‘Alpha-blockers’. Kini ubat itu jarang digunakan doktor. Ada lelaki yang pernah menjalani pembedahan prostat mengalami masalah sama.

Untuk semua lelaki yang mengalami masalah ini, cara berkesan untuk membuat isteri hamil ialah melalui kaedah menapis sperma aktif daripada air kencing dan membersihkannya sebelum disalurkan ke dalam rahim isteri ketika isteri subur.

Kaedah ini hanya boleh dilakukan oleh pusat perubatan yang ada khidmat itu. Anda boleh rujuk ke pusat perubatan terdekat untuk mengetahui sama ada mereka membekalkan kaedah yang saya jelaskan tadi.

Anda juga boleh mencuba cara yang saya cadangkan kepada anda. Anda boleh cadangkan suami anda cuba lakukan hubungan seksual dengan pundi kencing separa penuh (berasa seperti mahu buang air kecil tetapi boleh tahan).

Dalam keadaan berkenaan, jika berlaku klimaks, ejakulasi boleh berlaku dan ada sedikit kemungkinan air kencing akan tercicir sedikit! Kadangkala ubat yang merangsangkan saraf seperti ubat ‘Simpato Mimitic’ boleh membantu. Semua rawatan ini hanya diberi di klinik atau hospital.

Sakit belakang bukan faktor klimaks awal

0 comments
SAYA berusia 30 tahun berkahwin dua tahun lalu. Baru-baru ini saya dikesan mengalami sakit urat atau sakit belakang dan juga baru menghabiskan fisioterapi di hospital selama enam bulan.
Sejak itu didapati sakit belakang kian reda tetapi kadangkala ada terasa sakit sedikit. Soalan saya, adakah sakit belakang saya ini menyebabkan ejakulasi saya menjadi lebih awal daripada sebelumnya (hanya dua hingga tiga minit selepas ereksi).

Saya akan melakukan hubungan suami isteri untuk kali kedua bagi mencapai klimaks lebih lama. Namun, ia mungkin jadi seperti yang pertama. Apa harus dilakukan dan adakah ia membabitkan makanan dan minuman berais?

SUAMI TAK PUAS
Shah Alam, Selangor



Anda menyatakan mengalami masalah sakit belakang dan kini ia reda, tapi masalah cepat klimaks yang anda alami dan berlaku sejak berkahwin masih kekal.

Nampaknya sakit belakang anda tiada kaitan dengan masalah cepat klimaks. Secara kebetulan ketika anda sakit belakang, mungkin masalah cepat klimaks menjadi lebih ketara, sampai kali kedua anda lakukan seks masih cepat juga!

Mengikut istilah cepat klimaks, ia dikatakan berlaku apabila anda tidak dapat bertahan lebih seminit daripada masa ereksi anda masuk dalam faraj dan berdayung. Jika lebih seminit, ia bukan cepat klimaks!

Jika anda dan pasangan inginkan hubungan intim seksual yang lebih seronok, anda berdua patut mengambil lebih masa untuk proses pemanasan.

Selain itu, tidak salah jika anda mahu cuba menggunakan cincin penambat alat kelamin lelaki. Alat ini dijual di pasaran dan mudah mendapatkannya. Cincin itu dapat mengekalkan ereksi dengan padat dan mengalihkan fokus anda supaya tidak terpancut cepat. Jika sudah mencuba cadangan saya ketengahkan ini tapi masalah masih tak dapat diatasi, anda perlu jumpa doktor.

Jika mahu mendapatkan khidmat saya, boleh datang ke Damai Service Hospital di 109-119, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau layari, www.dsh.com.my.

Senam kemut kawal cecair

0 comments
SAYA pernah terdengar istilah ‘air wadi’ dan ‘air mazi’ digunakan tetapi tidak pasti sama ada kedua-duanya membawa maksud sama atau sebaliknya. Saya juga pasti kedua-duanya adalah najis.
Yang jelas dan pasti ialah air mani bukan najis. Daripada aspek perubatan, air mani keluar dalam mimpi, selalunya disebut ‘mimpi basah’ atau melalui ejakulasi ketika kemuncak rangsangan seksual, sama ada melalui hubungan seksual atau perbuatan onani.

Dalam keadaan teruja, air mazi boleh keluar dan untuk sesetengah lelaki, ia boleh keluar dengan banyak sehingga seluar dalam basah. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar!

Ketika meneran sewaktu buang air kecil atau air besar, cecair yang keluar itu pekat dan ada kalanya jernih. Ini boleh jadi cecair daripada pundi ‘Cowpers’ dan baunya hancing seperti air kencing!

Jika ia pekat dan tidak berbau seperti air kencing, ia mungkin cecair dari pundi prostat atau pundi seminal. Mungkin cecair ini yang dikatakan air wadi!
Ada sebilangan lelaki sangat mudah menghasilkan cecair jernih selepas selesai membuang air kecil dan ia mungkin cecair pundi ‘Cow- pers’ atau cecair daripada air kencing yang tercicir.

Kedua-dua cecair itu najis dan sesiapa yang mengalaminya perlu mencuci kembali, menukar pakaian dalam dan bagi yang mahu menunaikan solat serta sudah mengambil air sembahyang, perlu berbuat demikian sekali lagi.

Maka, cara bijak ialah jangan kencing sebelum bersolat. Sebaik-baiknya lakukan ia beberapa jam lebih awal dan jika was-was mengenai keciciran cecair, tukar saja pakaian dalam dan cuci sebelum ambil air sembahyang.

Bagi yang berdepan masalah sebegini, saya syorkan sebaik-baiknya anda amalkan cara memantapkan otot lantai pelvis (otot kemut) melalui senaman ‘Kegel’ atau senaman kemut, mungkin cara itu dapat mengawal keciciran cecair.


SAYA pernah terdengar istilah ‘air wadi’ dan ‘air mazi’ digunakan, tetapi tidak pasti sama ada kedua-duanya membawa maksud sama atau sebaliknya. Saya juga pasti kedua-duanya adalah najis.

Yang jelas dan pasti ialah, air mani bukan najis. Daripada aspek perubatan, air mani keluar dalam mimpi, sama ada ‘mimpi basah’ atau melalui ejakulasi ketika kemuncak rangsangan seksual, sama ada melalui hubungan seksual atau perbuatan onani.

Dalam keadaan teruja, air mazi boleh keluar dan untuk sesetengah lelaki, ia boleh keluar dengan banyak sehingga seluar dalam basah. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar!

Ketika meneran sewaktu buang air kecil atau air besar, cecair yang keluar itu pekat dan ada kalanya jernih. Ini boleh jadi cecair daripada pundi ‘Cowpers’ dan baunya hancing seperti air kencing!

Jika ia pekat dan tidak berbau seperti air kencing, ia mungkin cecair dari pundi prostat atau pundi seminal. Mungkin cecair ini yang dikatakan air wadi!

Ada sebilangan lelaki sangat mudah menghasilkan cecair jernih selepas selesai membuang air kecil dan ia mungkin cecair daripada pundi ‘Cowpers’ atau cecair daripada air kencing yang tercicir.

Kedua-dua cecair itu najis dan sesiapa yang mengalaminya perlu mencuci kembali, menukar pakaian dalam dan bagi yang mahu menunaikan solat serta sudah mengambil air sembahyang perlu berbuat demikian sekali lagi.

Jadi cara bijak ialah jangan kencing sebelum bersolat. Sebaik-baiknya lakukan ia beberapa jam sebelum itu dan jika was-was mengenai keciciran cecair, tukar saja pakaian dalam dan cuci sebelum ambil sembahyang.

Bagi yang berdepan masalah sebegini, saya syorkan sebaik-baiknya anda amalkan cara memantapkan otot lantai pelvis (otot kemut) melalui senaman ‘Kegel’ atau senaman kemut, mungkin cara itu dapat mengawal keciciran cecair.

Alat sulit kebas

0 comments
SAYA ingin tahu mengapa saya sentiasa berasa tidak selesa dengan alat sulit saya, terutama bahagian kanan testis atau kerandut. Terasa juga seperti kebas hingga menyebabkan tidak dapat duduk tenang, sama ada ketika membuat kerja di pejabat, memandu atau menonton wayang.
Saya tidak pasti sama ada ia juga menyebabkan kaki kanan terasa lenguh.
JOE
Melaka
Kedua-dua buah kerandut itu mempunyai saluran darah dan urat saraf tersendiri serta sistem berkenaan datang dari rangkaian lebih luas di dalam badan dan turut berkait dengan urat pinggang dan saraf kaki bahagian sama.

Justeru, tidak hairan jika anda terasa kebas di bahagian kanan buah kerandut, sambil mengalami perasaan sama di pinggang atau kaki bahagian sama.

Puncanya mungkin bermula dari buah kerandut yang boleh merebak ke bahagian lebih luas. Fenomena ini dikenali sebagai ‘referred pain’ atau kesakitan yang dihala ke tempat lain.

Fenomena ini boleh berlaku jika pembuluh darah anggota berkenaan mengembang atau ‘congested’ dan menyebabkan perasaan kurang selesa di tempat yang kembang dan juga rangkaian urat sarafnya.

Perasaan kurang selesa itu akan reda apabila jalanan darah menjadi biasa dan radang urat saraf menjadi lega. Jadi tidak hairan jika anda memang terasa sakit dan tidak selesa, tetapi bahagian yang ‘sakit’ itu kelihatan biasa.

Perasaan seperti itu boleh berlaku jika anda duduk untuk tempoh lama tanpa mengubah posisi. Anda akan berasa seperti anggota itu ‘tiada’. Keadaan yang anda alami itu ada situasi sebaliknya, iaitu perasaan sakit dan kurang selesa kepada satu anggota yang sebenarnya tiada.

Ia juga sama seperti kes lelaki tiada buah kerandut yang dibuang, masih dapat mengalami perasaan sakit dan kurang selesa. Ini fenomena ‘phantom testicle’.

Biasanya dalam hal ini tidak perlu buat apa-apa, kecuali elak diri daripada duduk terlalu lama.

Dilema hasil sperma

0 comments
SAYA ingin tahu, jika satu daripada dua buah kerandut dibuang, bolehkah ia menghasilkan sperma dengan baik?
INGIN TAHU
Klang, Selangor
Buah kerandut atau testis memang berfungsi menghasilkan sperma atau benih lelaki. Lelaki normal pasti dianugerahkan sepasang buah kerandut.

Ketika masih di dalam perut ibunya, kedua-dua buah kerandut itu berada dalam perut dan berdekatan buah pinggang dan selepas masuk usia lima bulan baru kedua-duanya turun ke dalam kerandut.

Ada juga ketika, satu daripada buah kerandut tersangkut dan tidak masuk ke dalam kerandutnya. Jarang sekali kedua-dua buah kerandut tidak masuk ke dalam kerandutnya.

Selain itu ada situasi yang mana buah kerandut tidak menjadi dan lelaki itu tidak mempunyainya.

Oleh itu, jika lelaki itu mempunyai satu buah kerandut ketika menjalani tumbesaran yang normal, ia mampu menghasilkan sperma.

Untuk kepastian, tidak salah untuk lelaki yang mempunyai satu buah kerandut menjalani pemeriksaan (untuk menyukat jika saiznya normal) dan menjalani ujian air mani bagi mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma.

Anda juga perlu berbuat demikian jika was-was mengenai kesuburan. Anda perlu bertemu doktor untuk menyatakan masalah dan boleh lakukan ujian air mani di makmal.

Isteri mengadu sakit

0 comments

SAYA berkahwin sembilan bulan lalu. Malangnya saya selalu gagal menembusi faraj isteri. Isteri saya selalu mengadu sakit dan dia selalu menolak badan saya ketika saya ingin memasukkan kelamin.

Berat badan isteri saya hanya 38 kilogram (kg). Alat kelamin saya menegang secara normal dan air mani juga boleh keluar seperti biasa. Adakah masalah ini berpunca daripada saya atau disebabkan oleh badan isteri yang terlalu kecil?

LELAKI RESAH
Putrajaya

Masalah yang anda dan pasangan alami bukan perkara baru. Ini berlaku kerana kejahilan mengenai fungsi anggota kelamin dan hubungan intim seksual.

Anda mungkin sedar dan tahu fungsi anggota kelamin seperti yang anda jelaskan, mungkin juga isteri anda kurang faham mengenai fungsi anggota kelaminnya.

Sewajarnya dia perlu tahu yang dia mengawal sistem anggota kelaminnya dan ini termasuk pembukaan kelaminnya.

Dalam keadaan seriau, dia mencengkam paha dan otot yang mengawal pembukaannya dan keadaan itu dikenali sebagai ‘vaginismus’.

Dia mungkin tidak tahu yang dia perlu melegakan pembukaan kelaminnya sebelum dia halakan ereksi anda ke pintu kelaminnya. Untuk menyenangkan kemasukan ereksi ke dalam kelaminnya, dia perlu meluaskan ruang pembukaannya dengan tidak mengemut.

Jika dia berasa kesat atau perjalanan ke ruang kelaminnya kurang lembap, dia boleh gunakan pelicin untuk disapu ke pembukaan pintu kelamin dan hujung ereksi anda.

Dengan kerjasama yang anda dapati, anda juga boleh kuatkan ereksi dengan mengemut dan menyorong ereksi secara lembut. Jika pasangan memadatkan pembukaan kelaminnya, sudah tentu dia terasa sakit.

Ini tindak balas semula jadi untuk semua wanita yang akan mengemut apabila terasa terancam. Sudah tentu ia menyakitkan bahagian itu, terutama jika pasangan memaksa.

Saya syorkan anda dan pasangan dapatkan bimbingan dan pemeriksaan doktor, jika masih gagal melakukan hubungan, anda boleh dapatkan cakera padat video (VCD) saya bertajuk ‘Cinta, Perkahwinan & Kesihatan Seksual’ dan juga ‘Perempuan, Isteri dan Rahsia Seksual’ sebagai panduan.

Tidak perlu cuba sebelum kahwin

0 comments
SEMEMANGNYA nafsu seks dan naluri syahwat itu fitrah semula jadi semua makhluk Tuhan. Tuhan menganugerahkan tubuh badan yang lengkap dan dapat berfungsi dengan sempurna untuk menunaikan fungsi reproduksi.
Manusia diberi akal supaya dapat menggunakannya dengan bijak untuk menjalankan tanggungjawab dalam kehidupan, termasuk menghasilkan zuriat dengan pasangan pilihan.

Sistem reproduksi mula aktif apabila manusia sudah akil baligh. Jika hubungan seksual dilakukan dalam usia muda, kemungkinan kehamilan berlaku sangat tinggi memandangkan ketika itu proses pembangunan reproduktif sungguh mantap.

Justeru, tidak hairan jika kita dengar perempuan yang baru saja baligh dan berusia sembilan tahun pun boleh hamil dengan pasangan lelaki yang juga muda seawal usia 12 tahun.

Ini berlaku kerana nak mencuba. Bayangkan anda menjadi bapa pada usia sedemikian, apa agak rasanya? Bagaimana pula dengan tanggungjawab yang perlu dijalankan.

Sudah tentu buntu. Mungkin ketika itu mereka tidak terfikir perkara seperti itu boleh berlaku dan mungkin mereka tidak tahu dan tidak pernah diberi tahu kerana umur yang muda.

Jika mereka berdua dapat sedikit maklumat mengenai kehidupan, gaya hidup dan tanggungjawab kepada diri dan orang yang disayangi, tentu mereka tidak akan buat perkara itu dan tidak akan mudah terpengaruh untuk mencuba.

Sebab itu ingin saya katakan, lebih baik seseorang itu mendirikan rumah tangga dan seterusnya menjalin hubungan seks dengan isteri apabila dewasa kerana sudah matang dan lengkap dengan pendidikan dan pelajaran.

Seseorang itu tidak perlu mencuba (lakukan hubungan seks luar nikah) untuk mengetahui sama ada fungsi seksnya normal atau sebaliknya.

Ingin saya nasihatkan, jika badan sihat, mencapai ereksi waktu awal pagi yang kekal dan mengalami mimpi basah (ejakulasi dalam mimpi) atau ejakulasi ketika merangsang anggota kelamin, seseorang itu pasti mempunyai fungsi syahwat dan ereksi yang sihat.

Mungkin cabaran jika masih lagi ‘teruna’, pastinya ketika berdampingan dengan pasangan, sama ada dapat melakukan hubungan seksual bersamanya atau tidak. Sedangkan lelaki yang pernah menjadi ‘hero’ pun gagal kerana tidak tahu menjalankan fungsi.
Yang mustahak adalah keyakinan diri dan kerjasama antara pasangan untuk menjayakan hubungan intim. Jika kedua-duanya gagal, mereka perlu berjumpa pakar.

Terasa pedih

0 comments
SAYA menghadapi masalah sejak kebelakangan ini apabila testikel saya berasa sakit seperti bengkak sebelah di bahagian kanan.

Apabila saya pegang bahagian itu terasa pedih. Ketika dalam keadaan duduk juga ia terasa sakit, begitu juga bahagian pinggang saya.

Saya harap doktor dapat menerangkan apa sebenarnya berlaku, adakah ia normal atau tidak?



FADLI

Sabak Bernam, Selangor




Sakit buah zakar jarang berlaku. Jika ia berlaku, biasanya ada sebab tertentu dan perlu dirujuk kepada doktor.

Keadaan itu sangat jarang berlaku kepada buah zakar dalam situasi tertentu seperti pakai seluar dalam ketat atau seluar ketat atau ketika duduk buah zakar tertekan.

Jarang juga keadaan sebegitu akibat cengkaman pembuluh darah bergumpal yang dikenal sebagai varikosel. Keadaan itu hanya terasa sekali sekala dan tidak membimbangkan. Bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor untuk kepastian.

Sakit buah zakar yang ketara berlaku apabila buah zakar tercedera atau ‘trauma’ seperti tertendang atau terpukul.

Bengkak boleh berlaku dan darah boleh terkumpul atau ‘hematocele’. Untuk kurangkan berasa sakit, buah zakar boleh ditekap dengan ais dan perlu dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Jarang juga berlaku buah zakar terpulas atau ‘torsion’. Jika berpulas secara separa berlaku, ia tidak berbahaya tetapi keadaannya perlu diperbetulkan.

Jika berpulas secara ketara pula, jalanan darah boleh tersekat dan buah zakar boleh ‘mati’ atau kilang buah zakar boleh rosak.

Rasa sakit buah zakar itu akibat radang buah zakar atau orkitis atau keradangan pundi epididimis atau ‘epididimitis’ atau kedua sekali iaitu radang buah zakar dan pundi epididimis atau ‘epididymorchitis’.

Ada juga lelaki yang menghidap batu karang mengalami sakit buah zakar. Contohnya sakit buah zakar kanan apabila batu karang bergerak ke dalam salur kencing kanan.

Pelbagai masalah menyebabkan perasaan sakit buah zakar dan jika lelaki itu tidak buat apa-apa, sudah tentu masalah menjadi serius dan jika sebabnya serius, buah zakar boleh rosak selama-lamanya!

Namun sangat jarang sakit buah zakar akibat ketumbuhan atau kanser. Jadi jangan mendiamkan diri. Jika masih sakit dan kesakitan itu berterusan, cepat jumpa doktor dan jangan cuba rawatan sendiri atau jumpa tukang urut, nanti padah!

Rabun, cepat tua

0 comments
SESETENGAH ulama mendakwa persetubuhan yang kerap boleh menyebabkan penglihatan menjadi rabun, cepat tua dan sebagainya, tetapi apa pula kesannya daripada segi kajian saintifik?


D’ZULQARNAIN

Kuching, Sarawak




Satu ketika dulu, Rasulullah SAW pernah ditanya sahabat mengenai gaya persetubuhan dari belakang yang kononnya mengikut ulama terdahulu boleh menyebabkan anak yang dilahirkan macam keldai.

Jawapan Rasulullah ialah cara itu harus dan jalanannya melalui faraj saja, malah ada banyak lagi perkara yang satu ketika dulu dianggap janggal didapati sebenarnya disalah tafsirkan seperti perkara yang anda ketengahkan mengenai persetubuhan.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa persetubuhan sangat digalakkan dalam Islam. Ia ibadah dan pahalanya sangat tinggi. Pasangan itu perlu dalam keadaan bersih, yakin dan melakukannya secara tertib serta beradab seperti kita melakukan solat.

Persetubuhan dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan dan merapatkan sanubari dan keintiman sepanjang hayat.

Mengikut kajian saintifik, ketika bersetubuh dan pasangan dalam keadaan seronok, hormon ‘oxitocin’ keluar dan ini mengeratkan silaturahim antara mereka.

Pengeluaran hormon ‘vasopressin’ merapatkan sanubari kedua-dua mereka sehingga hanya perasaan gembira antara mereka berdua!

Jadi anda boleh bayangkan perkara yang anda nyatakan itu tidak tepat, malah bercanggah dengan kefahaman sebenar Islam dan juga saintifik.

Kesan darah di cadar

0 comments
SAYA dan isteri melakukan hubungan seks pada satu malam. Apabila saya lihat cadar katil pada esoknya, didapati ada kesan darah mungkin bersama air mani saya.

Adakah darah itu bersama air mani saya atau ketika saya memasukkan zakar ke dalam faraj isteri?

Untuk pengetahuan doktor, pada malam itu isteri saya menyatakan dia terasa bengkak pada kemaluannya, tetapi selepas itu dia tidak lagi berasa sakit pada kemaluannya ketika zakar saya masuk ke dalam kemaluannya.



MOHD HAFIZ

Baling, Kedah




Anggota kelamin mengandungi tisu lembut yang mudah mengembang apabila individu itu dalam keadaan teruja seksual. Zakar yang kecil dan kecut ketika lelaki itu terangsang menjadi keras macam kayu apabila darah masuk dengan banyak.

Dalam keadaan itu, kulit zakar menjadi tegang dan padat dan mudah tersiat apabila ditekan dengan kuat dan lebih lagi apabila faraj kesat.

Untuk perempuan pula, apabila teruja secara seksual anggota kelamin menjadi gebu dan kembang apabila darah masuk dengan banyak dan pembukaan faraj mudah meluas, lembap dengan cairan yang keluar dari mukosa dan kulitnya menjadi lebut dan elastik.

Namun, dalam keadaan tidak teruja atau belum bersedia dan apabila zakar yang keras disorong masuk secara paksa, kulit pembukaan faraj dan bekas selaput dara yang tertinggal dulu boleh tertekan dan menyebabkan luka atau terguris, sekali gus mengakibatkan pendarahan ringan.

Ia juga boleh menyebabkan mukosa pembukaan faraj yang sempit kerana anggota kelamin itu belum bergelora lagi membuatkan kulit mukosa melecet apabila ereksi yang keras macam kayu itu ditusuk secara kuat. Keadaan itu boleh menyebabkan pendarahan berlaku dan perempuan itu mungkin tidak terasa apa-apa.

Jarang sekali geselan kepala zakar ke bahagian pangkal rahim yang kulit permukaannya kebetulan kesat itu membuatkan kulit pangkal rahim melecet dan menyebabkan darah keluar dari kulit yang melecet itu.

Bagaimanapun jika perkara itu berulang, jika mahu tahu sebab sebenar, anda dan pasangan perlu berjumpa doktor.

Doktor boleh lakukan pemeriksaan ‘vulva’ (anggota kelamin bahagian luar perempuan) dan pemeriksaan ‘pelvik’ (pemeriksaan bahagian dalam anggota kelamin iaitu faraj melalui alat pembuka faraj) untuk meneliti anggota kelamin perempuan untuk mengesan luka atau radang yang mungkin petanda pendarahan yang berlaku.

Jika perlu, doktor akan cadangkan anda buat ujian air mani untuk pastikan jika darah itu datang dari ejakulasi.

Tahap upaya

0 comments
SETIAP orang dewasa ada keinginan dan nafsu. Apabila nafsu syahwat mula membuak, itu antara tanda sampai masanya untuk seseorang itu berkahwin. Keadaan itu normal bagi seseorang individu dan ia sebahagian putaran kehidupan.

Bagaimanapun, cuba bayangkan jika seseorang itu, terutama lelaki, dilahirkan sebagai seorang yang ‘istimewa’ seperti kekurangan dalam aspek intelektualnya. Lalu, dia diaturkan berkahwin oleh keluarganya.

Mungkin ramai akan tertanya-tanya mengenai keinginan syahwatnya dan timbul persoalan adakah dia mampu memberi nafkah batin kepada isteri secukupnya. Ini kerana, daripada segi pemikiran dia tidak dapat bertindak seperti orang normal.

Individu seperti itu juga mungkin tidak dapat membawa dirinya sebagai suami dalam erti kata sebenarnya, termasuk keperluan batin isteri.

Sebelum berkahwin, insan istimewa ini juga mungkin tidak pernah terfikir mengenai hubungan seks antara suami isteri dan kepentingannya. Ia mungkin berlanjutan selepas perkahwinan kerana tidak tahu mengenai tanggungjawabnya sebagai suami.

Kemungkinan suami tidak tahu melakukan hubungan seksual atau mengalami mati pucuk prima boleh menyebabkan si isteri kecewa dan perkahwinan itu berkemungkinan berakhir dengan perceraian.

Ini kerana sejak berkahwin suami tidak pernah melakukan persetubuhan, mungkin hanya sentuhan.

Bagaimanapun, insan istimewa itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mungkin sepanjang hidupnya dia tidak pernah mencapai ereksi secara spontan atau tidak pernah mengenali apa itu ereksi.

Dia mungkin hanya tahu zakarnya kadangkala membesar, terutama waktu bangun tidur. Mungkin keluarganya dapat melihat ereksinya ketika dia nyenyak tidur dan menganggap perkara itu petanda dia sihat.

Namun, ereksi itu ialah ‘ereksi refleksi’ ketika lelaki tidur nyenyak yang menandakan fungsi zakar sihat. Untuk menggunakan zakar ketika bersetubuh, minda perlu terangsang dan mesej perlu sampai ke zakar supaya salur darah otot zakar mengembang.

Jadi macam mana hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan, sedangkan dia tidak pernah mencapai ereksi. Jika ini berterusan dan tiada tindakan diambil, lambat laun hubungan suami isteri menjadi hambar.

Saya pernah memeriksa lelaki yang lembap mentalnya dan berkahwin atas pilihan keluarganya, tetapi pandai memainkan tanggungjawab sebagai suami penyayang.

Selepas berkahwin dua tahun, si isteri mengadu kepada ibu mentua yang suaminya tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya pegang dan pelukan intim. Perkara itu dimaklumkan kepada bapa suami yang akhirnya membuat temujanji dengan saya kerana mengesyaki anaknya mati pucuk.

Mengikut isterinya, suaminya tidak pernah mencapai ereksi sewaktu bersentuhan badan, tetapi ketika tidur ereksi spontan kerap berlaku. Bagaimanapun, setiap kali suami tersedar ereksi terputus begitu saja.

Pemeriksaan awal menunjukkan dia gemar perempuan dan kasih kepada isterinya. Dia diberi tunjuk ajar cara menggunakan ereksi untuk bersetubuh. Akhirnya dia berjaya mengatasi masalah itu dan kini memperoleh anak.

Kesimpulannya, mungkin mereka sebenarnya mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami kepada isteri, tetapi perlu diberikan bimbingan.

Hubungan timbulkan kesakitan

0 comments
SAYA berusia 25 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Masalah saya ialah zakar saya yang berbulu dan ia menyebabkan isteri saya kurang selesa kerana menimbulkan kesakitan pada alat sulitnya ketika melakukan hubungan seksual. Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah saya?


MUS

Kemanan, Terengganu




Ada lelaki mempunyai bulu roma di sekitar kulit permulaan atau pangkal zakar. Ini berlaku secara semula jadi dan paling biasa berlaku kepada lelaki keturunan India, Pakistan atau Arab, walaupun ada juga kes di kalangan lelaki bangsa lain.

Namun, ada juga keadaan yang mana kulit bahagian tundun tertarik ketika ereksi berlaku sehingga memenuhi setengah atau satu inci pangkal zakar dan menyebabkan pangkal zakar berbulu dan boleh memberi perasaan kurang selesa kepada pasangan perempuan ketika mereka bersetubuh.

Situasi sedemikian mungkin berlaku apabila ketika berkhatan, kulit kulup zakar terpotong berlebihan sehingga kulit tundun tertarik ke pangkal zakar ketika ereksi.

Cara baik untuk mengelak keadaan tidak selesa itu ialah dengan lelaki berkenaan mencukur bulu roma setiap hari sambil menyapu krim pelembap supaya kulit tidak menggerutu.

Ada juga cara lain seperti memotong kulit dan menampal kulit tanpa bulu roma boleh juga dilakukan, tetapi jika boleh dielakkan, lagi baik disebabkan jenis kulit yang berbeza selain kemungkinan kerosakan urat saraf.

Guna cara selit, gesel

0 comments
BIASANYA lelaki bujang melakukan onani untuk puaskan nafsunya, namun berbeza dengan saya kerana saya menyelitkan zakar pada celah kangkang dan menggeselnya pada paha sambil membayangkan saya melakukan seks.

Beberapa saat selepas itu saya berasa puas seperti melakukan onani, namun saya tidak mengeluarkan air mani seperti kebiasaan lelaki yang melakukan onani.

Saya ingin bertanya doktor, adakah ini memberi kesan sampingan pada diri saya?



KAMA

Muar, Johor




Memang tidak dinafikan, aktiviti merangsang anggota sulit untuk mendapat kepuasan atau onani adalah amalan lelaki dan wanita.

Jika perkara itu dilakukan untuk mengelak persetubuhan atau seks rambang, mungkin ini satu pilihan yang boleh diterima jika tiada cara lain.

Namun, jika cara itu dipilih untuk melepaskan perasaan syahwat, elok cara merangsangkan anggota sulit itu dilakukan dengan sempurna tanpa menjejaskan kesihatan anggota berkenaan seperti menggesel penghujung zakar dengan menggunakan krim supaya kulit tidak melecet atau membengkak.

Melakukan dengan cara luar biasa seperti anda lakukan akan menimbulkan kesulitan kerana anda mungkin hilang seronok dengan cara biasa iaitu kemasukan zakar ke dalam faraj.

Ini kerana geselan penghujung zakar pada faraj dapat memberi kepuasan sama dengan cara yang anda lakukan sekarang.

Jika anda menahan pengeluaran air mani, kemungkinan perkara itu berlaku apabila bersama pasangan kelak. Jika tiada pengeluaran air mani atau ejakulasi, tentu pasangan anda tidak dapat mencapai kehamilan.

Cara onani yang anda lakukan termasuk dalam amalan onani songsang yang dikenali sebagai Traumatic Masturbatory Syndrome. Usah lakukan amalan ini lagi.

Selain itu, jangan menahan ejakulasi. Lakukan onani hanya jika tiada cara lain dapat melegakan tekanan syahwat anda.

Cuba jangan duduk berseorangan atau membaca buku serta menonton bahan lucah kerana anda terdedah kepada onani. Amalan hidup sihat ialah menghindari rokok, minuman keras dan onani songsang.

Senggama dalam kereta

0 comments
SAYA perempuan berusia 31 tahun dan selalu berjumpa dengan kekasih sebaya. Ketika berjumpa, kami tidak dapat menahan diri daripada menyentuh kemaluan masing-masing sewaktu berdua-duaan dalam kereta. Perkara yang selalu bermain di fikiran saya adalah saiz zakarnya yang kecil kerana dia berbadan sederhana besar.

Setiap kali hendak memulakan sentuhan pada zakarnya, saya dapati saiz dan ukurannya tetap sama, lembik, pendek serta kecil molek.

Saya berasa tidak puas hati melihat dan memiliki kekasih yang mempunyai zakar kecil tetapi kerana saya sangat sayang padanya, saya tetap menerima dia seadanya.

Kadangkala zakarnya sukar dan tidak dapat menegang apabila saya membuat kuluman dengan mulut, malah hanya seketika ia menegang dan mengeluarkan sedikit air mani.

Selepas menegang, ia serta merta cepat kendur dan mengecil, hanya kepala zakarnya yang tertinggal. Selama ini saya tidak pernah bertanya mengenai keadaan kesihatan zakarnya kerana saya takut dia kecil hati.

Apakah semua itu adalah tanda masalah serius pada zakarnya dan apakah cara terbaik supaya ia sentiasa kelihatan besar dan panjang?

Dan apakah kesan buruk jika kekasih saya berterusan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan saya? Saya dapati, setiap kali dia melakukannya, kemaluan saya tidak berasa sakit dan saya dapat merasai kepuasan, ghairah, fikiran menjadi lapang, badan menjadi ringan dan bertambah bersemangat untuk buat kerja selepas itu.

Apabila kekasih saya sering masukkan jarinya dalam kemaluan saya, adakah saya sudah dianggap hilang dara?



RIN

Alor Setar, Kedah




Melakukan hubungan kelamin dalam keadaan tidak sempurna seperti dalam kenderaan atau semak mendedahkan anda dan pasangan anda kepada risiko kecederaan atau ditangkap pegawai mencegah maksiat! Lebih-lebih lagi kerana anda dan pasangan belum bernikah.

Elok kawal diri dan cegah daripada perbuatan sumbang itu. Mengenai keadaan anggota kelamin pasangan, jika kekasih anda berbadan gempal, memang biasa untuk lelaki gempal mempunyai banyak lemak di paras tundun dan akan mempunyai anggota kelamin yang terbenam ke dalam lemak.

Kemungkinan juga anggota kelamin pasangan anda kecil mengikut ukuran kebiasaan anggota kelamin lelaki Asia.

Jika ini suatu isu bagi anda, boleh dicadangkan supaya dia berjumpa doktor untuk mencari jalan membesarkan anggota kelaminnya kerana kini ada pelbagai kaedah tanpa pembedahan dan selamat dan juga saintifik yang membantu menambah perincian ereksi dengan peralatan penarik zakar.

Anda belum lagi melakukan seks penetratif dengan pasangan. Jadi mengikut pandangan kasar, anda masih lagi dara, walaupun anda sudah lakukan seks penetratif dengan ‘jari’.

Jika lebih satu jari digunakan untuk menembusi faraj, selaput dara yang sedia ada mungkin sudah pecah.

Tentu jantina

0 comments
SETIAP pasangan yang berkahwin tentu menginginkan anak sebagai penghubung kasih sayang mereka. Ada pasangan merancang untuk menentukan jantina anak mereka, terutama yang pertama.

Ada yang berpendapat lebih baik mendapat anak lelaki sebagai anak sulung kerana boleh memikul tanggung jawab berat apabila dewasa, dan ada juga inginkan anak perempuan dengan alasan lebih senang dididik bagi menguruskan keluarga.

Berikutan itu, wujud unsur mengikut kepercayaan agama dan budaya masing-masing hingga terjadinya perbuatan tidak masuk akal dalam menentukan jantina anak.

Ada juga kita dengar, ada pasangan sanggup tidur bersama pedang atau senjata yang menjadi lambang lelaki untuk mendapat anak lelaki.

Ada juga pasangan melakukan hubungan kelamin di kawasan terbuka seperti ladang dengan pancaran cahaya bulan terang, kononnya akan dianugerahkan anak lelaki.

Masyarakat Cina purba pula percaya, melakukan hubungan kelamin pada hari dan waktu tertentu akan dianugerahkan anak lelaki sehingga mereka sanggup tidur berasingan beberapa minggu supaya hasrat termakbul.

Di samping itu, pernah juga ada masyarakat purba Asia percaya jika pasangan wanita mengiring ke kanan selepas bersetubuh akan menghasilkan anak lelaki dan jika mengiring ke kiri pula dapat anak perempuan.

Mengikut pandangan perubatan dan kesihatan, merancang jantina anak untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit baka perlu dilakukan jika ada kemudahan dan kepakaran.

Mengikut pandangan pakar kependudukan pula, penentuan jantina boleh memberi kesan ketidakseimbangan antara wanita dan lelaki dan sudah tentu akan mempengaruhi taburan penduduk masa depan.

Sebenarnya, memang ada teori dalam menentukan jantina anak sebelum kelahirannya seperti Kaedah Shettles. Mengikut kajian Dr Shettles, jika benih X lelaki bercantum dengan telur perempuan yang semuanya X, anak itu jantinanya perempuan dan jika sperma Y bercantum dengan telur X, jantina anak itu lelaki.

Mengikut Dr Shettles, hubungan kelamin yang mana wanita mencapai kemuncak menggalakkan pencapaian anak lelaki dan sebaliknya untuk anak perempuan.

Makan makanan yang banyak kalsium daripada sodium (garam) juga menggalakkan anak perempuan dan sebaliknya mungkin anak lelaki.

Bagaimanapun, kaedah itu tidak lagi digunakan kerana cara lebih berkesan seperti penyemaian benih dalam rahim ketika wanita subur.

Penyemaian benih dilakukan dengan menapis benih untuk memastikan hanya benih yang membawa baka Y (untuk anak lelaki) dan benih X (untuk anak perempuan) mengikut pilihan pasangan kelamin itu.

Kini, ada banyak teknik penapisan sperma yang lebih berkesan, termasuk kaedah bayi tabung uji untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan mendapat dan memilih jantina anak.

Menerusi kaedah itu, ia dilakukan ketika telur dibiarkan bercantum dengan sperma lelaki, janin yang terjadi boleh dikenal pasti jantinanya dengan mengambil satu sel dari embrio untuk diperiksa baka seksnya.

Jika embrio itu dikenal pasti dari baka seks pilihan, ia dimasukkan ke dalam rahim supaya embrio itu menginap kepada enometrium dan terus berkembang.

Apa juga kaedah yang dicuba dan juga jantina anak yang diingini, harus diingat dan paling penting adalah sentiasa bersyukur dan terima apa saja jantina anak dianugerah Allah SWT.

Campur air kencing

0 comments
APABILA saya melakukan hubungan penetratif selepas mencapai klimaks, air mani yang keluar dari zakar saya terkeluar sekali dengan air kencing. Bagaimana cara untuk mengatasi dan apakah ada kesannya jika termasuk dalam rahim isteri saya.


RADUAN

Sintok, Kedah




Biasanya, apabila lelaki mencapai klimaks, sistem pancutan air mani menjadi aktif dengan cetusan air mani yang keluar secara dinamik melalui salur ejakulasi dan salur kencing bahagian pundi prostat dan terus menghala ke depan untuk keluar melalui salur kencing bahagian zakar.

Ketika air mani merentasi salur kencing bahagian pundi prostat, sistem komunikasi antara salur kencing bahagian pundi prostat dan pundi kencing tertutup. Ini membuatkan air kencing tidak terkeluar atau terhalang daripada tercicir keluar.

Jika sistem ini tergendala, iaitu sistem ‘komunikasi’ antara pundi kencing bahagian pundi prostat dan pundi kencing tergendala, air kencing boleh tercicir keluar bersama air mani ketika ejakulasi berlaku.

Kerosakan ini boleh berlaku akibat kecederaan kepada sistem itu seperti menyumbatkan penyalur besi dalam salur kencing ke pembukaan pundi kencing untuk melegakan pembukaan pundi kencing.

Perkara sama juga boleh berlaku apabila kawalan sistem komunikasi itu tergendala seperti penyakit urat saraf atau keradangan saraf yang mengawal sistem itu seperti yang berlaku kepada lelaki yang menghidap penyakit kencing manis ketara.

Sudah tentu dalam kedua-dua keadaan ini, air mani akan bercampur air kencing dan jika air kencing itu berasid, sperma akan mati.

Mungkin untuk tujuan kehamilan, jika lelaki itu mengamalkan minum cecair ‘alkali’ seperti soda sebelum bersetubuh, air mani yang keluar itu jika bercampur air kencing tidak akan menjejaskan sperma kerana air kencing itu beralkali (tidak berasid lagi).

Ibarat perempuan

0 comments
SAYA pelajar lelaki berumur 17 tahun. Masalah saya ialah saya mempunyai buah dada yang besar dan saiznya hampir sama dengan perempuan. Saya sangat runsing dan saya juga selalu diejek kawan.

Ia mula membesar sejak saya di tingkatan satu. Saya tidaklah gemuk sangat dan berat badan saya 70 kilogram. Saya lihat kawan yang lebih gemuk daripada saya tidak mempunyai buah dada sebesar saya.

Diharapkan doktor boleh beritahu dengan terperinci sebab terjadinya perkara ini kepada saya dan cara mengatasinya supaya buah dada saya tidak besar dan kelihatan seperti lelaki lain.



RUNSING

Kuala Lumpur




Anda mempunyai buah dada yang besar dan situasi ini dikenali sebagai ‘gynecomastia’ atau ‘gynecomazia’. Perkara ini biasa berlaku kepada lelaki yang mempunyai tubuh badan besar atau gempal.

Saiz dan bentuk buah dada dipengaruhi pundi susu dan lemak. Lelaki mempunyai pundi susu yang tidak membina walaupun pada peringkat awal baligh ia mengembang dan radang akibat tindak balas hormon.

Jika saiz buah dada anda besar dan kebetulan anda gemuk, punca utama ialah kandungan lemak yang banyak dalam buah dada.

Jika kebetulan tompok coklat atau ‘areolar’ anda besar, buah dada anda akan kelihatan seperti buah dada perempuan.

Sebilangan lelaki memang mempunyai buah dada besar walaupun dia tidak gemuk, tetapi lemak dalam buah dada lebih daripada biasa. Sebahagian lelaki mendapati buah dadanya membesar apabila dia mula melakukan pembinaan badan seperti mengangkat besi dan makan protin serta menjalani terapi suntikan hormon anabolik untuk ketumbesaran otot.

Hormon itu boleh bertukar menjadi hormon perempuan dan secara langsung mengakibatkan buah dadanya membesar. Tiada cara berkesan untuk mengurangkan saiz buah dada kecuali melalui pembedahan pembuangan lemak dan tisu buah dada.

Kaedah menambat buah dada membalut dengan kain tebal hanya menyakitkan dada dan apabila kain itu ditanggalkan, buah dada menonjol kembali. Sama juga dengan pengambilan hormon lelaki atau hormon testosterone.

Ia tidak akan mengecilkan buah dada, malah membesarkan saiznya. Jika anda dapat terima keadaan mempunyai buah dada besar, anda tidak perlu khuatir kerana keadaan ini bukan penyakit dan tidak mengakibatkan apa-apa masalah.

Di Jepun, banyak lelaki mempunyai buah dada besar kerana mereka membina badan untuk menjadi ahli gusti sumo. Mereka berasa bangga dengan saiz buah dada mereka dan mereka juga membeli baju dalam yang dibuat khas untuk mereka!

Jika anda tidak dapat terima keadaan ini, anda boleh jumpa doktor untuk menjalani pembedahan pembuangan lemah dan tisu buah dada.

Obesiti bukan penghalang

0 comments
SAYA berkahwin dua tahun lalu dan mengalami dua masalah. Pertama, saya dan isteri mempunyai bentuk badan yang besar dan berperut buncit. Sehingga kini saya masih gagal memberikan zuriat buat isteri, sedangkan keinginan seks kami tinggi.

Adakah permasalahan bentuk badan mempengaruhi peluang untuk saya mendapatkan zuriat? Jika saya hendak mendapatkan zakar yang panjang juga besar dan mantap, apakah rawatan yang boleh saya terima dab berpadakah kosnya?



AZWAN

Rompin, Pahang




Untuk pasangan yang merancang mendapat anak tetapi isteri masih gagal hamil walaupun mencuba lebih setahun, adalah mustahak mereka berdua berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan awal kesuburan atau ‘fertility workup’.

Soal merancang untuk mendapat anak itu bermaksud pasangan itu kerap melakukan hubungan seksual, isteri tahu waktu subur dan lebih mengaturkan hubungan seksual pada waktu itu manakala suami memberi kerjasama sepenuhnya.

Jika anda dan pasangan membuat semua itu dan masih lagi tiada hasil, anda berdua perlu berjumpa doktor.

Pemeriksaan awal yang biasa disyorkan doktor ialah ujian air mani untuk suami dan ujian darah untuk menyukat tahap hormon kesuburan isteri untuk kepastian sama ada isteri mampu menghasilkan telur.

Jika benih dan telur normal, pemeriksaan seterusnya ialah ujian x-ray rahim yang dikenali sebagai HSG atau prosedur pembedahan kecil untuk meneliti sistem reproduksi isteri yang dikenali sebagai ‘laparoskopi’.

Melalui ujian itu doktor akan dapat tahu jika rahim itu sihat dan salur telur sempurna dan tidak tersumbat, selain mengesan penyakit dalam rongga pelvik seperti jangkitan (PID) atau ‘endometriosis’.

Anda dan pasangan anda perlu rujuk kepada doktor untuk ‘fertility workup’ dan bukan mencari punca yang tidak tentu dalam minda.

Tiada sebab mengapa wanita yang obesiti tidak mampu hamil jika dia mempunyai putaran haid yang regular, kecuali si suami mengalami masalah sperma.

Sama juga dengan lelaki obesiti, tidak semestinya lelaki itu mengalami masalah kesuburan jika dia mempunyai buah zakar dan profil sperma yang normal.