Memaparkan catatan dengan label hubungan seks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hubungan seks. Papar semua catatan

Sukar lakukan hubungan kelamin

0 comments
SAYA berusia 26 tahun dan baru berkahwin lebih sebulan. Masalahnya, saya tidak seronok ketika membuat hubungan kelamin dan ini menyebabkan saya tidak mendapat klimaks. Saya tidak pernah mengeluarkan air mani sejak kami berkahwin.

Baru-baru ini saya hadapi masalah baru apabila kemaluan tegang kerana ghairah tetapi apabila ingin bersama dengan isteri dan ketika hendak ‘bersama’ tiba-tiba zakar saya mengendur kembali.

Saya mempunyai nafsu terhadap isteri tetapi saya tidak faham mengapa kemaluan saya mengendur ketika hendak bersama.

IKHWAN

Negeri Sembilan


Sememangnya ketika melakukan hubungan keintiman seksual, pasangan itu akan mengecapi nikmat rangsangan seksual yang ketara hingga boleh mencetuskan klimaks.

Jadi masalah anda tidak mencapai klimaks memang kejadian yang tak mustahil kerana anda tidak seronok dan tidak teruja ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Dalam keadaan itu anda tidak sampai kemuncak kerana tiada apa rangsangan yang membina untuk membuatkan anda mencapai kemuncak!

Jadi apa sebenarnya dalam hubungan seksual dengan pasangan yang boleh membuatkan anda seronok dan mencetuskan kemuncak untuk anda?

Mungkin selama ini sebelum berkahwin anda mengamalkan onani, melakukan rangsangan seks tersendiri yang luar biasa seperti baring di atas katil secara meniarap dan menggeselkan anggota sulit anda kepada tilam atau melakukan pelbagai cara tersendiri yang dapat mencetuskan klimaks.

Jadi tidak hairan jika anda tidak dapat mencapai kemuncak dengan pasangan. Mungkin juga anda mempunyai naluri seksual yang rendah dan tidak dapat membangkitkan perasaan syahwat untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan walaupun anda ada minat dengannya.

Dalam keadaan begitu, ereksi awal yang anda dapat itu tidak kekal dan anda mengalami masalah untuk melakukan seksdengannya.

Anda tahu yang hubungan keintiman seksual memberi keyakinan diri dan kebahagiaan rumah tangga dan anda gagal memberi kepuasan serta nafkah batin kepada isteri. Anda tidak boleh mendiamkan diri dan mengalah.

Masalah naluri seksual rendah dan gangguan atau disfungsi seksual yang anda alami boleh dirawati melalui rawatan moden. Jika anda ketagih dengan amalan melancap dan masih mengekalkannya, anda perlu mendapat bimbingan untuk melebihkan hubungan keintiman seksual atau fizikal dengan pasangan supaya dapat berkongsi nikmat seksual bersama daripada seronok secara sendiri.

Masalah gangguan seksual dan disfungsi seksual ada rawatan moden. Jangan bazirkan masa dan duit berubat cara tradisional atau merawat secara sendiri.

Sila dapatkan rujukan doktor pakar jika doktor keluarga tak dapat membantu anda.

Hubungan kelamin ketika isteri hamil

0 comments
SOALAN

SAYA mendirikan rumah tangga enam bulan lalu dan kini isteri saya disahkan hamil dua bulan. Soalan saya, bolehkah kami melakukan hubungan kelamin untuk hari seterusnya? Apakah kesan yang timbul nanti?, terutama jika saya melepaskan air mani ke dalam farajnya?

EZAM
Sungai Buloh


JAWAPAN


Tahniah kerana isteri anda berbadan dua dalam masa yang cepat. Anda perlu tahu yang kehamilan itu biasa dan wanita yang hamil tidak perlu buat apa-apa perkara khusus semata-mata untuk menjaga kehamilannya.

Anda boleh melakukannya mengikut keselesaan isteri. Jika berlaku pendarahan atau tompok coklat keluar daripada faraj, itu petanda gangguan kepada janin dan anda perlu berhenti melakukan hubungan kelamin untuk sementara waktu dan meneruskannya selepas doktor sahkan janin dalam kandungan itu selamat.

Anda perlu bawa isteri ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan. Sebenarnya ia jarang berlaku dan tidak semua suami tahu cara mengendalikannya.

Pernah terdengar suami tidak bertimbang rasa yang masih melakukan hubungan seks dengan isteri walaupun isteri ada tanda coklat atau darah keluar dari faraj selepas melakukan seks.

Ada juga isteri yang kesudahannya mengalami pendarahan yang banyak dan mengalami keguguran janin. Seperti yang saya nyatakan tadi, ini jarang berlaku.

Anda boleh melakukan hubungan seks sampai isteri sarat melahirkan bayi dan itu pun ikut keadaan kesihatannya dan juga keselesaannya!