Memaparkan catatan dengan label buah zakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah zakar. Papar semua catatan

Tiba-tiba kendur

0 comments
SOALAN

SAYA berusia 26 tahun manakala isteri pula 21 tahun. Kami berkahwin hampir setahun yang lalu.

Yang menjadi masalah kepada saya adalah kami sentiasa tidak puas melakukan hubungan kelamin. Ini kerana setiap kali saya berhenti melakukan ‘kayuhan’ kerana kepenatan, secara tiba-tiba zakar mengendur.

Ia tetap berlaku walaupun saya tidak mengeluarkan zakar dari farajnya. Saya ingin tahu cara untuk mengatasinya. Adakan ia tanda awal kepada masalah mati pucuk?

PAK TAM
Puchong


JAWAPAN


Anda masih muda dan mudah mencapai ereksi apabila teruja seks. Darah dalam zakar anda kekal dalam liang otot zakar apabila pembuluh darah penuh dengan takungan darah dan menghalang darah tercicir keluar dan ini membuatkan ereksi anda kekal.

Selain itu otot pelvik atau otot kemut yang anda gunakan untuk memantapkan ereksi dan mendayung ereksi dalam faraj yang mencengkam itu juga mengawal darah dalam ereksi supaya kekal.

Namun dalam keadaan penat serta mendiamkan ereksi dalam faraj untuk seketika, ini akan membuatkan otot pelvik atau otot kemut kurang langsing kerana tiada daya dicengkam atau kurang kemut.

Oleh itu takungan darah yang padat dalam liang otot zakar tercicir keluar dan ereksi hilang. Ini yang berlaku kepada anda ketika tidak bergerak dalam faraj. Darah dalam otot zakar tercicir keluar dan ereksi anda menurun.

Ini boleh berlaku jika anda rasa letih dan tiada stamina untuk meneruskan gerakan zakar dalam faraj. Kadangkala memaksa diri melakukan seks dalam keadaan keletihan juga boleh mengakibatkan keadaan ini.

Jadi mustahak untuk lelaki mempunyai penuh perasaan teruja ketika ingin melakukan hubungan intim seksual.

Hanya satu

0 comments
SAYA ada seorang anak lelaki yang buah zakarnya hanya satu. Yang menjadi kebimbangan saya, bolehkah anak saya mendapat zuriat apabila berkahwin nanti?

BAPA PRIHATIN

Shah Alam


Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan kedua-duanya terletak di dalam kerandut buah zakar. Ada keadaan lelaki tiada buah zakar kerana buah zakar tidak menjadi atau kedua-dua buah zakarnya tersangkut di dalam perut atau ada sebelah saja iaitu satu tidak menjadi atau tersangkut di dalam perut atau mempunyai buah zakar yang terletak di luar kerandut, seperti di bahagian tundun atau kelengkang.

Jika mengalami masalah seperti itu, perlu diperiksa doktor untuk kepastian dan mendapat rawatan sewajarnya. Jadi mustahak untuk masalah itu dikenal pasti dari peringkat kanak-kanak lagi kerana jika dibiarkan, kemungkinan ia tidak dapat dipulihkan untuk buah zakar itu berfungsi supaya dapat menghasilkan benih.

Memang pertanyaan mengenai anak anda yang hanya ada satu buah zakar, sama ada dia masih mampu menghasilkan benih itu sangat relevan kerana memikirkan masa depannya dan keluarganya.

Jika dia ada satu buah zakar dan ia berfungsi dengan baik serta dapat menghasilkan benih, dia mampu memberi zuriat kepada pasangannya jika pasangannya juga sihat dan subur.

Jika buah zakar yang satu itu tidak berfungsi dengan baik dan tidak dapat menghasilkan sperma atau sperma yang dihasilkan itu tidak mempunyai kualiti dan kuantiti mencukupi, sukar untuk dia mendapat zuriat secara semula jadi, sebaliknya mungkin melalui rawatan canggih seperti penyemaian mani atau melalui bayi tabung uji.

Rujuk doktor sebaik menyedari anak anda mempunyai satu buah zakar saja sebelum umurnya dua tahun ada kemungkinan melalui pembedahan, buah zakar yang tersangkut itu dapat dibawa ke dalam kerandut.

Jika umur lebih dua tahun, kemungkinan buah zakar itu tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma.