Hanya satu

0 comments
SAYA ada seorang anak lelaki yang buah zakarnya hanya satu. Yang menjadi kebimbangan saya, bolehkah anak saya mendapat zuriat apabila berkahwin nanti?

BAPA PRIHATIN

Shah Alam


Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dan kedua-duanya terletak di dalam kerandut buah zakar. Ada keadaan lelaki tiada buah zakar kerana buah zakar tidak menjadi atau kedua-dua buah zakarnya tersangkut di dalam perut atau ada sebelah saja iaitu satu tidak menjadi atau tersangkut di dalam perut atau mempunyai buah zakar yang terletak di luar kerandut, seperti di bahagian tundun atau kelengkang.

Jika mengalami masalah seperti itu, perlu diperiksa doktor untuk kepastian dan mendapat rawatan sewajarnya. Jadi mustahak untuk masalah itu dikenal pasti dari peringkat kanak-kanak lagi kerana jika dibiarkan, kemungkinan ia tidak dapat dipulihkan untuk buah zakar itu berfungsi supaya dapat menghasilkan benih.

Memang pertanyaan mengenai anak anda yang hanya ada satu buah zakar, sama ada dia masih mampu menghasilkan benih itu sangat relevan kerana memikirkan masa depannya dan keluarganya.

Jika dia ada satu buah zakar dan ia berfungsi dengan baik serta dapat menghasilkan benih, dia mampu memberi zuriat kepada pasangannya jika pasangannya juga sihat dan subur.

Jika buah zakar yang satu itu tidak berfungsi dengan baik dan tidak dapat menghasilkan sperma atau sperma yang dihasilkan itu tidak mempunyai kualiti dan kuantiti mencukupi, sukar untuk dia mendapat zuriat secara semula jadi, sebaliknya mungkin melalui rawatan canggih seperti penyemaian mani atau melalui bayi tabung uji.

Rujuk doktor sebaik menyedari anak anda mempunyai satu buah zakar saja sebelum umurnya dua tahun ada kemungkinan melalui pembedahan, buah zakar yang tersangkut itu dapat dibawa ke dalam kerandut.

Jika umur lebih dua tahun, kemungkinan buah zakar itu tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Hanya satu"

Catat Ulasan