Lelaki juga mandul

0 comments
MASALAH kesuburan bukan pelik. Malah, kebanyakan pasangan baru berkahwin mengalami masalah ini, di mana mereka sukar mendapat zuriat. Namun, ia boleh berlaku kepada mereka yang lama berkahwin atau ada anak.  Seorang wanita pernah memberitahu dia berusaha mendapatkan anak ketiga namun masih gagal selepas empat tahun mencuba. Ini menunjukkan ia boleh terjadi kepada sesiapa, tidak kira jika pada awalnya mereka ‘subur’ dan berjaya mendapatkan anak. Pendek kata, kesuburan manusia tidak kekal selama-lamanya. Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya berisiko menghadapi masalah ini.  Bagi lelaki, sperma dalam air mani boleh berkurangan atau tidak aktif selepas beberapa tahun meskipun sebelum itu ia aktif. Adakala,...

Sindrom zakar lebam

0 comments
SAYA berumur 20 tahun dan sering merasa sakit pada bahagian bawah tulang belakang. Kadangkala ketika ereksi, zakar saya bertahan berjam-jam, namun selepas empat atau lima jam, bahagian belakang, kantung buah zakar dan pangkal zakar terasa ngilu. Jika membuang air kecil, saya rasa sakit tersekat di salur air kencing. Namun jika berehat, baring dan tidur ia pulih serta-merta, tetapi bila zakar kembali tegang ia sakit semula. Apakah masalah sebenarnya? Saya ingin melangsungkan perkahwinan tetapi masalah ini membuatkan saya risau. MAT Gombak, Selangor  Anda menyatakan kerap mengalami ereksi untuk jangkamasa panjang ketika berasa ghairah dan lepas itu, ia masih dalam keadaan separa erek dan anda terasa sengal di bahagian...

Senaman kegel dapat membantu

0 comments
SAYA terlalu cepat klimaks. Saya mencuba pelbagai cara seperti memakan ubat dan meminum kopi termasuk tongkat ali, tetapi masih tidak berhasil. Adakah ia satu penyakit dan bolehkah ia dirawat? ZACK Selangor  Jika anda rujuk kepada laman Harian Metro on-line atau kolum Sakit Tuan, anda boleh teliti soal jawab mengenai tajuk sama. Mungkin anda boleh dapat beberapa tip untuk membantu anda meningkatkan lagi keseronokan hubungan intim bersama pasangan.  Istilah cepat klimaks digunakan jika lelaki mencapai ejakulasi kurang dari seminit dan ini dikira ereksi masuk ke faraj. Ada juga klimaks berlaku sebelum penetrasi dilakukan dan ada kalanya sebelum sempat menanggalkan pakaian!  Ereksi dan ejakulasi dua fenomena...

Mantapkan otot dada

0 comments
LELAKI memiliki buah dada besar yang seakan-akan wanita bukan perkara ganjil. Fakta turut menjelaskan, keadaan ini berlaku akibat penambahan hormon dalam badan. Ia dikenali sebagai ‘gynecomazia’ atau ‘male tits’. Ia biasanya berlaku kepada lelaki tanpa disedari. Namun, lebih ramai memiliki buah dada kerana memakan pil hormon wanita bagi menambah hormon terbabit dalam badan. Saya pernah menerima soalan pembaca mengatakan dia termakan pil hormon wanita dan dengan keadaan berat badan yang ketara, tidak hairan buah dadanya kelihatan menonjol. Pil hormon wanita yang dimakan mungkin tidak memberi perubahan ketara tetapi kepada lelaki obes, ia mudah menghasilkan hormon estrogen, oleh itu perubahan yang berlaku kepada buah dada...

Rawat kencing ‘kotor’

0 comments
SAYA lelaki berumur 18 tahun. Sejak akhir-akhir ini, saya berasa sakit di pinggang dan ia terasa sangat pedih. Tiga bulan lalu, saya membuat pemeriksaan di hospital kerana sukar membuang air kecil. Keputusannya, saya tidak mengalami apa-apa penyakit serius dan ia hanya disebabkan masalah air kencing kotor. Sejak itu, saya mula bimbang kerana air kencing berwarna kuning dan kuantitinya tidak seimbang (terlalu sedikit dan terlalu banyak). Saya juga kerap membuang air kecil dan perut menjadi keras. Apakah masalah sebenarnya yang saya hadapi? AZROY Muar, Johor Anda mengalami simptom sakit bahagian belakang berdekatan kawasan buah pinggang, kencing berwarna kuning dan kandungannya tidak menentu. Begitupun, anda sudah...

Rawatan laser antara kaedah buang kutil

0 comments
SAYA terbaca artikel bertajuk ‘kutil boleh dirawat’. Untuk pengetahuan doktor, saya turut mengalami masalah terbabit. Di pangkal zakar saya ada satu kutil seperti daging berjuntai dan beberapa biji gelembung seperti biji kecil di zakar. Ia berbeza dengan kutil atau daging berjuntai yang saya sebutkan tadi. Ia seperti bintik atau ketulan biji berwarna gelap. Kini saya berasa risau sama ada adakah saya terkena jangkitan HPV atau sebaliknya. Saya berkahwin dua tahun lalu dan pernah menjalani ujian darah untuk memeriksa STD. Dalam ujian itu saya didapati tidak dijangkiti HIV, VDRL dan herpes, tetapi positif bagi Chlamydia. Bagaimanapun, doktor yang merawat saya menjelaskan ia tidak berbahaya. Adakah masalah kutil dan biji...

Kesan jeli pengebas

0 comments
CEPAT klimaks adalah masalah yang membimbangkan lelaki dan pasangan wanita mereka. Jika berlaku setiap kali bersetubuh, ia masalah sepanjang hayat. Jika berlaku sekali sekala, ia dianggap masalah sekunder atau berlaku atas sebab tertentu seperti sudah lama tidak melakukan hubungan kelamin, menyebabkan lelaki sangat teruja dan cepat klimaks. Apabila pasangan kerap bersetubuh pula, masalah itu kurang atau tiada. Semua masalah disfungsi seksual lelaki, termasuk cepat klimaks, perlu dirujuk kepada doktor. Tips yang akan saya ketengahkan kali ini untuk mengukuhkan otot benteng zakar hanya untuk tujuan itu dan bukan sebagai rawatan untuk masalah cepat klimaks. Jika anda (lelaki) mempunyai penghujung zakar sensitif, ia menjadi...

Sakit ketika bersama

0 comments
SAYA berkahwin dua bulan lalu. Hubungan seks saya dan isteri adalah normal dan kadangkala kami melakukannya tiga hari berturut-turut. Masalahnya, bahagian kanan vagina isteri saya mengalami bengkak dan kadangkala dia terasa sakit ketika melakukan seks, di mana kedudukan zakar saya menujah ke sebelah kanannya. Saya risau dan memberhentikan aktiviti seks buat seketika. Saya harap doktor dapat menjelaskan apakah masalah ini supaya kami dapat mengatasinya. KARIL Shah Alam Anggota kelamin lelaki dan perempuan sememangnya direka untuk persetubuhan dan sepatutnya ia jadi tidak menyakitkan. Sakit ketika bersetubuh dikenali sebagai ‘dispareunia’. Isteri terasa sakit ketika anda lakukan tusukan menghala bahagian kanan faraj....

Urat kerandut bengkak

0 comments
SAYA mengalami masalah di mana urat di kerandut (testis) membengkak dan timbul, tetapi tidak berasa sakit. Saya juga dapati beberapa benjolan kecil pada buah kerandut mula tumbuh tetapi ia tidak gatal atau sakit. Apakah masalah saya dan adakah ia disebabkan urat yang berpintal atau tersimpul di dalam kerandut zakar? LIM Seremban Kantung buah zakar mengandungi sepasang buah zakar. Jika diperiksa dengan jari, anda akan berasa ketulan di belakang buah zakar yang sebenarnya pundi epididimis. Adakalanya ia boleh mengandungi ‘cista’ atau ketumbuhan kecil. Jika pemeriksaan dilakukan di atas buah zakar, anda akan terasa urat bergumpal seperti cacing di dalam kantung. Ini kemungkinan pembuluh darah yang berpintal, di mana keadaan...

Pastikan alat tulen

0 comments
TERLALU ramai tanya saya mengenai alat membesarkan anggota kelamin lelaki. Seperti mereka, saya juga tidak tahu mengenai kesahihan atau keberkesanan sesuatu produk digunakan untuk tujuan itu yang dijual di pasaran sekarang. Begitupun, untuk pengetahuan semua, saya mula tahu mengenai alat regangan otot zakar dipanggil ‘andropenis’ lebih kurang 23 tahun lalu di Eropah. Ketika itu saya menghadiri persidangan sakit tuan di Barcelona, Sepanyol. Alat ini kelihatan amat mudah penggunaannya dan penjelasan diberi pakar yang menciptanya boleh diterima. Kebetulan pula alat ini masih dalam kajian dan laporan awal menunjukkan ia selesa dipakai, mesra pengguna dan tidak memberi kesan negatif kepada anggota kelamin lelaki. Ketika itu,...

Sapu pelembap agar kulit selesa

0 comments
KANTUNG atau buah zakar saya mengalami kudis dan jerawat serta kulit menjadi kering dan bertukar warna. Kulit di kerandut zakar juga boleh tertanggal jika saya menggosoknya dan ia seolah-olah bersisik. Adakah masalah ini serius dan boleh memudaratkan kesihatan saya? HAMDI Sandakan, Sabah Masalah kulit yang anda alami dikenali sebagai ‘eczema’. Kulit kerandut buah zakar yang lembut dan mengandungi bulu roma serta pundi peluh dan pundi pelembap semula jadi ‘apokrin’ boleh meragam apabila ia kering dan tidak selesa dan akhirnya akan menjadi gatal. Menggaru akan membuatkan kulit kerandut menjadi radang dan secara tidak langsung membuatkan perasaan gatal itu lebih ketara. Jika kulit kerandut tercedera, kuman atau kulat...

Risau sering mimpi

0 comments
SAYA berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Adakah kemungkinan air mani boleh keluar tanpa mengalami mimpi melakukan hubungan seks? Saya pernah beberapa kali tersedar daripada tidur dan mendapati kesan seperti tompokan air mani kering. Baru-baru ini, saya mengalami perkara sama tetapi terjaga. Saya cuba menahan daripada mengeluarkan air mani, tetapi gagal. Saya tidak fikir ia air mazi kerana jumlahnya boleh dikatakan banyak. Perkara sama juga berlaku selepas saya membuang air kecil. BOB Johor Air mani ialah campuran cecair daripada pundi aksesori anggota reproduktif lelaki dengan benih lelaki yang keluar secara ejakulasi, sama ada akibat kemuncak syahwat atau mimpi. Pundi aksesori anggota reproduktif lelaki itu membabitkan...

Ejakulasi ke belakang

0 comments
SAYA menerima e-mel daripada beberapa pembaca mengenai kegagalan mengeluarkan air mani walaupun mencapai kepuasan dalam hubungan seks. Mereka terasa hendak membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks dan ketika itu, air mani serta kencingnya keluar sekali. Masalah ini dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation’ atau ejakulasi ke belakang iaitu ejakulasi ke dalam pundi kencing. Ia sering berlaku kepada lelaki yang menghidap kencing manis kerana kerosakan urat saraf yang terbabit dengan sistem kawalan ejakulasi. Bagi lelaki yang mengalami masalah ini, apabila pintu yang membuka ruang salur kencing dari kawasan pundi prostat tidak terbuka ketika ejakulasi, air mani terus masuk ke dalam pundi kencing, yang mana ketika...

Sperma tak bergerak

0 comments
BARU-BARU ini, saya menjalani ujian sperma dan keputusannya mendapati saya mempunyai sperma tetapi ia tidak bergerak. Adakah sperma itu mati dan tidak boleh lagi digunakan? Adakah ia juga berpunca akibat pengambilan ubat darah tinggi seperti amlodiphine dan perindopril? NICK Kuala Lumpur Sebenarnya anda tidak perlu melakukan ujian air mani jika belum berkahwin atau mengalami masalah kesuburan. Biasanya, pasangan yang belum mendapat anak selepas berkahwin lebih dua tahun perlu menjalani ujian kesuburan, di mana satu daripadanya ialah ujian air mani. Hasil ujian dijalankan, anda didapati memiliki sperma dan ia sampai ke penghujung salur sperma. Dalam kes anda, mungkin ketika proses ejakulasi berlaku, sperma bercampur...

Amal hidup sihat dan sisih tekanan

0 comments
SAYA berusia 27 tahun dan akan berkahwin tahun depan. Saya bimbang dengan prestasi seksual selepas terjebak dengan amalan onani sejak remaja. Saya risau amalan itu boleh menjejaskan hubungan seks saya dengan isteri. Saya terfikir untuk mengambil produk tertentu yang boleh meningkatkan prestasi seksual, terutama untuk beraksi lebih lama jika keadaan memaksa. KEN Kuala Lumpur Onani adalah tabiat biasa bagi kebanyakan lelaki sebaya anda iaitu satu cara melepaskan nafsu syahwat dan mengelak terjebak dengan maksiat. Anda pula tahu amalan itu boleh menyebabkan anda ketagih melakukannya. Jika itu berlaku, ia menyebabkan anda tertekan. Tekanan itu yang melemahkan tenaga batin, membuatkan anda lemah, kurang bertenaga, mudah...

Anak 2 jantina

0 comments
KELAHIRAN anak, sama ada lelaki atau perempuan, kadangkala bermasalah. Sama ada secara fizikal mahupun mental, setiap satunya memberi kesan kepada tumbesaran seseorang bayi itu. Masalah anggota kelamin seseorang bayi juga boleh terencat disebabkan faktor tertentu dan jika ia berlaku, ia dikenali sebagai Hipospadias dan Chordee. Jika anda mendapati bayi dilahirkan lelaki dan kebetulan anggota kelaminnya bermasalah seperti salur kencing terbuka di bawah kepala zakar, ia dikenali sebagai Hipospadias, manakala jika penghujung zakar melengkung ke bawah, ia dikenali sebagai Chordee. Jika masalah ini berlaku, saya pasti ramai akan beranggapan anak dilahirkan mengalami masalah kecelaruan jantina. Namun, jangan cepat melatah kerana...

Jauhi tabiat onani

0 comments
ZAKAR saya tidak keras dan susah menegang. Ia mungkin kesan daripada kekerapan saya melakukan onani satu masa dulu. Sehingga ini, saya masih dihantui masalah itu. KIMI Pahang Untuk lelaki, zakar satu-satunya organ yang sukar dikawal minda. Bayangkan, sejak di dalam perut ibu, zakar menunjukkan fungsinya apabila doktor mudah mengenal pasti jantina anak lelaki ketika janin yang cukup sifat mencapai ereksi. Ereksi janin lelaki kerap berlaku, lebih-lebih lagi ketika mahu membuang air kecil, dan proses ini kekal sehingga bayi lelaki itu mahu dilahirkan. Kanak-kanak lelaki mula mengenali ereksi apabila dia menyentuhnya. Sememangnya anggota itu sensitif kepada sentuhan dan apabila teruja, ia akan tegang. Proses akil baligh...

Testis terasa panas

0 comments
SAYA mengalami masalah keselesaan pada testis kiri. Ketika melakukan pemeriksaan kendiri, saya dapati tiada perubahan saiz tetapi ia terasa panas dan sakit. Perkara ini berlanjutan sehingga dua minggu dan kesannya, paha terasa lemah manakala bahagian bawah perut pula mengalami kesakitan. Keadaan ini mengganggu kehidupan saya. Adakah saya perlu melakukan CT Scan? JOHAN Sabah Masalah buah zakar atau testis selalu merisaukan lelaki kerana organ itu penting. Jika ada sesuatu yang tidak kena terhadapnya walaupun ia perkara normal, ia pasti mengganggu ketenteraman minda. Jika masalah dialami itu baru, ia perkara yang baru berlaku, namun jika sudah lama dialami dan kerap berlaku, ia adalah masalah kronik. Anda menyatakan...

Suami perlu tahan lama

0 comments
DALAM setiap perkahwinan, seks antara pelengkap kebahagiaan. Hubungan seks yang menyeronokkan membantu setiap pasangan menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Tidak dinafikan, kegagalan dalam hubungan seks mampu menjadikan rumah tangga berantakan hingga membawa kepada perceraian! Saya kerap dihujani pertanyaan daripada lelaki yang gagal dalam persetubuhan apabila ketegangan atau ereksi kemaluan tidak bertahan lama. Apabila mahu memasukkannya, ia mengendur! Ia berbeza jika mereka melakukan onani, di mana zakar dapat ereksi lebih lama. Masalah sedemikian boleh menyebabkan tekanan kepada suami kerana tidak dapat memuaskan isteri, manakala isteri pula pasti kecewa. Untuk mengatasi masalah itu, anda perlu memantapkan otot...

Jangan gelojoh

0 comments
BAGAIMANAKAH cara terbaik untuk melengahkan ejakulasi ketika bersetubuh? HAL Lumut, Perak Untuk melengahkan proses ejakulasi, pastikan pergerakan ketika bersetubuh itu terkawal. Gerakkan ereksi dengan kemutan dalam keadaan zakar padat yang berlaku akibat kemutan. Zakar yang bergerak dengan kekuatan dan sokongan otot kemutan dapat bertahan lama. Selain itu, anda perlu mengawal minda dan jangan terlalu gelojoh yang boleh menyebabkan ejakulasi berlaku aw...

Salur kencing radang punca sakit

0 comments
KETIKA membuang air kecil, hujung zakar saya terasa sakit, sengal dan ngilu sehingga terpaksa membuang air kecil dengan perlahan-lahan sambil menahan kesakitan. Adakah masalah yang saya alami berbahaya? NICK Seremban Rasa sakit atau ngilu di hujung zakar mungkin akibat keradangan atau bengkak yang berlaku kerana perbuatan rangsangan (misalnya onani) kepada bahagian itu. Apabila keradangan hilang, rasa sakit berkurangan dan lama-kelamaan akan pulih. Jika rangsangan kerap dilakukan, keradangan sukar hilang dan rasa sakit akan berterusan. Selain perkara diperjelaskan tadi yang menjadi penyebab masalah, keradangan salur kencing boleh mengakibatkan rasa sakit ketika mahu kencing. Jika hendakkan kepastian, sila jumpa doktor...

Usah keliru pada cairan

0 comments
AIR mani atau air mazi? Ini yang mengelirukan segelintir lelaki, terutama remaja yang merasakan mereka sudah klimaks walaupun tanpa melakukan hubungan seks atau onani. Kekeliruan ini timbul berikutan cairan yang keluar daripada zakar ketika dan sewaktu buang air kecil atau besar. Ini menyebabkan ada lelaki bimbang kerana menyangka mereka sudah klimaks walaupun ketika buang air besar atau kecil. Cairan berkenaan adalah air mazi yang biasanya keluar ketika lelaki dalam keadaan teruja seksual atau mengemut ketika membuang air besar atau air kecil. Sebenarnya, air mani hanya keluar secara ejakulasi ketika lelaki terbabit mencapai klimaks selepas melakukan hubungan seks atau beronani. Jika lelaki itu teruja ketika dalam khayalan...

Saiz bukan masalah

0 comments
SAYA berusia 16 tahun dan kerap melakukan onani. Namun ketika ejakulasi, air mani tidak terpancut, sebaliknya hanya meleleh. Untuk pengetahuan doktor, saya tinggal di asrama dan pernah melihat zakar rakan sebaya ketika kami mandi beramai-ramai. Namun saya pelik kerana saiz zakar saya tidak sama dengan mereka. Zakar saya seolah-olah tidak membesar kerana walaupun berusia 16 tahun, saiznya sama seperti tiga empat tahun lalu. REMAJA RUNSING Klang, Selangor Anda mungkin memiliki zakar yang saiznya kecil ketika tidak ereksi tetapi membesar dan memanjang ketika ereksi. Keadaan ini memang biasa bagi lelaki yang memiliki zakar jenis ‘grower’ atau boleh membesar dan berkemampuan membesar ketika ereksi. Jangan bandingkan dengan...

Tompok merah pada kemaluan

0 comments
SAYA berusia 34 tahun, sudah berkahwin dan ada dua anak. Yang merunsingkan saya ialah kewujudan beberapa tompok kemerahan di sekeliling kepala zakar. Walaupun tidak sakit atau gatal, ia tetap merisaukan saya, lebih-lebih lagi ia bertukar warna daripada merah kepada hitam. JOHN Besut, Terengganu Lapisan kulit kepala zakar atau ‘glans penis’ ialah jenis kulit mukosa iaitu lembut dan licin. Kulit jenis ini tidak mudah menggelupas jika berlaku radang dan hanya kelihatan kemerah-merahan sebelum bertukar menjadi hitam. Saya tidak pasti sama ada anda mengalami masalah begini kerana perubahan kulit hanya daripada segi warna. Ia juga berlaku akibat penggunaan krim atau jeli yang biasa diguna untuk membantu masalah cepat klimaks,...

Anda tidak keseorangan

0 comments
TIDAK dinafikan, masalah mati pucuk sangat ditakuti lelaki. Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan. Yang pasti, ia tamparan hebat buat lelaki dan membuatkannya hilang kejantanan. Percaya atau tidak, ini yang berada dalam kepala setiap lelaki. Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Mereka rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara menyeronokkan dan tidak hairan jika mereka mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif. Jarang lelaki muda mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin ada masalah kesihatan terselindung dan elok dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan...

Perlu keyakinan diri

0 comments
TAHUN lalu saya mengalami kemalangan kereta dan ia mendatangkan kesan kepada zakar saya apabila ia tidak mampu menegang atau ereksi. Namun, zakar saya boleh ereksi seperti biasa selepas saya pergi berurut. Bagaimanapun, selang beberapa bulan, masalah itu berulang semula. Ia tidak berlaku berterusan, tetapi sebanyak enam kali dalam jangka masa itu. Kini zakar saya kembali normal, tetapi saya bimbang jika ia berulang, terutama apabila saya berkahwin nanti. Adakah ini masalah pada peringkat awal mati pucuk? Apakah rawatan sesuai? MOOD Melaka Zakar mengandungi rangkaian urat saraf serta saluran darah yang sensitif. Ereksi atau ketegangan zakar terjadi apabila pusat kawalan perasaan syahwat terangsang dan mesej itu dihantar...

Kerap buang air kecil

0 comments
SAYA berusia 32 tahun dan mengalami masalah kerap membuang air kecil hingga merunsingkan saya. Masalah ini menyukarkan saya, terutama ketika menaiki bas atau komuter untuk ke tempat kerja atau menonton wayang. Selain itu, buah zakar sebelah kanan saya terletak ke bawah berbanding sebelah kiri. Adakah ia boleh mengganggu proses penghasilan sperma? BRAHIM Ampang, Selangor Proses pembuangan air kencing atau ‘urination’ berada dalam kawalan hormon ADH atau hormon yang mengurangkan kencing. Dalam keadaan gelisah dan gementar, ADH kurang keluar dan lelaki itu terasa hendak membuang air kecil. Kadangkala minum air banyak atau minum minuman yang merangsangkan perasaan untuk membuang air kecil akan mengakibatkan lelaki itu...

Puasa waktu hamil?

0 comments
RAMAI pasangan bimbang mengadakan hubungan kelamin ketika isteri hamil kerana kononnya boleh mengganggu janin. Terus terang saya katakan, ini pandangan sempit kerana kehamilan itu semula jadi dan bukan masalah. Kepada si suami yang sanggup ‘berpuasa’ dari awal kehamilan isteri hingga tamat tempoh berpantang selepas bersalin, anda suami malang kerana tidak mengadakan hubungan halal selama berbulan-bulan. Sebenarnya, kedudukan janin dalam rahim dan posisi rahim tidak sehala dengan faraj. Maka, tidak timbul kemungkinan ereksi suami mengganggu rahim. Hanya ada kemungkinan cengkaman boleh berlaku kepada rahim ketika isteri klimaks, ini pun pada awal kehamilan. Jika isteri tidak klimaks, keadaan ini tidak berlaku. Jarang...

Sukar capai ejakulasi

0 comments
SAYA baru berusia 21 tahun. Yang membimbangkan saya sekarang ialah, saya sukar mencapai ejakulasi. Kadangkala saya perlu berbaring untuk mencapai ejakulasi dan ia mengambil masa lebih setengah jam. Adakah ini satu penyakit dan bagaimana mahu merawatnya? Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengadakan hubungan seks dengan teman wanita serta kerap melakukan onani. Saya juga pernah menghidap sifilis tapi sudah sembuh. Masalah lambat ejakulasi dikesan selepas saya pulih daripada penyakit berkenaan. PUTERA Kuala Lumpur Memandangkan anda terbabit dalam aktiviti seks rambang sejak muda dan pernah dijangkiti penyakit kelamin, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga membawa penyakit kelamin lain walaupun dikatakan sembuh. Kajian...

Jahitan khatan kelihatan hodoh

0 comments
BOLEHKAH saya berkhatan buat kali kedua? Saya mahu lakukannya kerana kesan parut khatan pada zakar nampak ketara dan hodoh serta jahitan dilakukan doktor pada waktu itu tidak sempurna. MANAF Selangor Prosedur berkhatan untuk lelaki membabitkan pembedahan bagi memotong kulit yang menutup kepala zakar supaya bahagian itu dapat dilihat. Proses ini sebenarnya sangat mustahak kerana selain faktor kebersihan, ia menjadi rawatan untuk lelaki yang mengalami masalah kulit penghujung zakar tidak terbuka atau sempit yang turut dikenali sebagai ‘buta’ hingga menyukarkan kepala zakar keluar ketika ia ereksi. Yang saya faham, anda sudah menjalani prosedur berkhatan seperti mana lelaki Islam lain ketika kanak-kanak dulu dan sekarang,...

Dilema mati putik

0 comments
KESIHATAN fizikal, mental dan sosial perlu untuk kesempurnaan hubungan seksual. Hubungan mesra antara pasangan dapat mengeratkan silaturahim dan mencetuskan perasaan keinginan untuk hubungan intim secara seksual. Wanita yang satu ketika dulu tiada masalah untuk melakukan hubungan seksual dan selepas bersalin pula sukar melakukannya mungkin mengalami tekanan yang menyebabkannya berkeadaan demikian. Selepas bersalin, isteri perlu lalui pelbagai tanggungjawab baru dan mencabar. Jadi mereka mudah letih, lebih-lebih lagi jika anak meragam. Mungkin jika suami sekali sekala membantu meringankan tugas penjagaan anak, ia dapat membuka hati isteri untuk memberi masa kualiti untuk bermesra dan melakukan hubungan...

Kesan kerap guna sarung

0 comments
Sebahagian besar lelaki yang mendapati menggunakan kondom sebagai kaedah merancang keluarga dapat meningkat atau melambatkan masa bersama, akan kekal menggunakannya walaupun tiada hajat untuk merancang keluarga. Jika ini berlaku, ia menjadi cabaran untuk mereka, iaitu kedua-dua pasangan suami isteri, terutama apabila ingin menambah bilangan anak. Selain itu, tiada apa-apa masalah dengan penggunaan kondom. `Minyak' yang dimaksudkan itu bukan minyak, sebaliknya ia pelicin `silikon' yang memudahkan gerakan kondom ke dalam kelamin wanita, selain mengelak alahan kepada pemakai dan pasangan. Bagi yang ingin kekalkan kesan kondom untuk melewatkan ejakulasi, anda boleh menggunakan cincin penambat kelamin lelaki atau...

Selalu sakit lutut

0 comments
SAYA mengalami masalah sakit lutut selepas melakukan onani. Adakah sakit lutut ini berpunca daripada perbuatan saya melakukan onani? ALAN, Pendang, Kedah Amalan merangsang anggota sulit dan mendapat keseronokan daripada onani sukar dihentikan, kecuali jika pengamalnya mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan seperti bengkak anggota sulit atau pening kepala setiap kali klimaks atau sakit badan, sakit lutut atau sakit anggota sulit. Kepada yang memang mendapat keseronokan, mereka sebenarnya ketagih amalan itu tanpa disedari. Apabila tidak onani, mereka kurang selesa dan mesti membuatnya walaupun tiada sebab untuk melakukannya. Sehubungan itu, tidak menghairankan jika mereka mendapati sukar menghentikan...

Punca sakit pangkal perut

0 comments
SAYA menghadapi kesakitan ketika melakukan perhubungan seks. Adakah kesakitan yang dirasakan pada pangkal tepi perut kerana menahan mengeluarkan air mani boleh mendatangkan kesan kepada alat kelamin? REMY,Kuala Lumpur Apabila lelaki terangsang, perjalanan darah kepada zakar meningkat dan anggota berkenaan menegang. Otot badan terutama sekali otot pinggang, perut, paha dan punggung dalam keadaan tegang ketika klimaks. Ketika seseorang itu dalam keadaan terangsang, otot badannya dalam keadaan separa mencengkam apatah lagi jika mengawal daripada klimaks. Dia terpaksa menahan otot perut dan mungkin mengemut supaya proses permulaan ejakulasi terencat. Dengan menggunakan daya yang tinggi untuk mengawal...

Perasaan berbeza

0 comments
MANUSIA dianugerahkan Tuhan naluri dan nafsu syahwat yang tercetus sejak peringkat janin di dalam rahim ibu lagi. Ia kemudian berkembang dan semakin mantap di peringkat baligh remaja, dewasa dan kekal ke akhir hayat. Bayi di dalam perut ibu mendapat pemantapan sistem syahwat melalui hormon syahwat yang dikeluarkan oleh ibu. Hormon ibu mempengaruhi pembentukan anggota syahwat dan sistem urat saraf berkenaan. Proses orientasi seks pula bermula dengan fasa ‘oral’ atau mulut dan bayi mendapat keselesaan serta ketenangan melalui rangsangan bahagian ini. Perkembangan kemudian beralih kepada fasa ‘anal’ atau lubang najis dan ‘urethral’ atau lubang kencing. Proses orientasi seksual berterusan sehingga...

Risau lebihan kulit jejas prestasi

0 comments
KEMALUAN saya mempunyai lebihan kulit yang bergumpal di bahagian bawah takuk. Saya ingin bertanya adakah situasi ini akan memberi kesan kepada prestasi seks saya? Ini kerana saya dapati bahagian tersebut sangat sensitif kepada sentuhan. INGIN TAHU, Ipoh, Perak Kulit yang berkumpul dan berkedut di bawah takuk kemaluan ialah bahagian yang dikenali sebagai 'frenum' dan ia permulaan cantuman kulit dari bawah takuk yang merentasi kemaluan itu sendiri, kerandut dan lubang najis yang dikenali sebagai 'septum'. Frenum dan septum mengandungi banyak urat saraf dan jika bahagian itu dirangsang, maka lelaki itu boleh teruja seksual dan klimaks. Jadi tidak hairan bahagian itu sensitif dan jika anda menggesel...

Pantang tengok kaki wanita

0 comments
SAYA berusia awal 20-an dan sangat mudah terangsang apabila melihat kaki wanita, lebih-lebih lagi yang cantik dan gebu. Saya mengalami perasaan ini sejak sebelum akil baligh lagi. Namun saya tetap terangsang dengan alat sulit wanita yang lain. Adakah ini perkara yang ganjil atau kelebihan buat saya? JEJAKA KELIRU, Johor Bahru, Johor Syukur, anda mempunyai minat kepada perempuan dan anda mudah terangsang dengan kaki perempuan. Jadi, daripada aspek tubuh badan wanita yang sangat mengghairahkan anda, anda memilih kaki wanita yang gebu dan cantik, maka anda dikategorikan sebagai ‘leg man’. Untuk lelaki lain yang sangat teruja dengan payudara, mereka digelar ‘breast man’ dan lelaki yang teruja dengan...

Cara hilang daki

0 comments
SAYA ingin tahu bagaimana boleh membersihkan kesan daki yang amat gelap di celah kangkang saya sejak 10 tahun yang lalu? REMY, Petaling Jaya, Selangor Kulit di bahagian kelangkang dan berdekatan anggota kelamin ialah kulit yang berjenis lembut, licin dan mengandungi banyak tisu elastik dan pepundi peluh serta pelembap. Jika kebetulan individu itu gempal dan kulit kelangkangnya bergesel antara satu dengan yang lain, tisu kulit akan mengalami radang. Kulit akan hilang kelicinan dan kering. Bahagian lapisan kulit bergelar lapisan malphigian akan menjadi lebih gelap. Kegelapan, kekeringan dan penebalan kulit akibat keradangan yang kronik ini bukan daki! Apabila keradangan kulit reda dan kulit lembap...

Bukan lelaki saja

0 comments
SAYA ingin berkongsi satu masalah yang diajukan kepada saya oleh pasangan sudah lama berkahwin iaitu sudah 12 tahun berkahwin tetapi tidak pernah kecapi keseronokan dalam hubungan seksual. Agak malang dan sungguh kasihan kepada pasangan yang berdepan masalah seperti itu. Nasihat saya, pasangan terbabit serta yang menghadapi masalah serupa perlu membuka minda kerana hubungan seksual bukan untuk lelaki saja, wanita juga berhak menikmatinya. Kebiasaannya, ketika wanita mengalami rangsangan seksual, tindak balas semula jadi yang berlaku ialah perjalanan darah yang banyak ke anggota kelaminnya. Pepundi di bahagian antara dua bibir kecil yang dikenali sebagai `vestibule' akan mengembang dan menghasilkan...

Syahwat janin

0 comments
SEMUA individu dianugerahkan Tuhan dengan nafsu syahwat. Naluri itu tercetus sejak peringkat janin di dalam rahim ibu lagi dan kemudian berkembang dan semakin mantap ketika di peringkat baligh remaja, dewasa dan kekal ke akhir hayat. Bayi di dalam perut ibu mendapat pemantapan sistem syahwat melalui hormon syahwat yang dikeluarkan oleh ibu. Hormon ibu akan mempengaruhi pembentukan anggota syahwat dan sistem urat saraf berkenaan. Proses orientasi seks pula bermula dengan fasa ‘oral’ atau mulut dan bayi mendapat keselesaan serta ketenangan melalui rangsangan bahagian ini. Perkembangan kemudian beralih kepada fasa ‘anal’ atau lubang najis dan ‘urethral’ atau lubang kencing. Proses orientasi seksual...

Electrolysis tak jamin lenyapkan jambang

0 comments
SAYA ingin bertanya, apakah cara mudah untuk menghilangkan jambang? Untuk pengetahuan doktor, saya mempunyai jambang yang lebat dan terlalu cepat tumbuh. Bolehkah doktor beri cadangan? INGIN TAHU Bangi, Selangor Satu ketika dulu ramai lelaki suka simpan jambang. Jika tidak penuh, mereka melukisnya supaya nampak jelas. Keadaan itu sudah berubah, namun masih ramai lelaki kelihatan menyimpan jambang. Yang tidak ada jambang kini boleh ‘tatu’ atau mewarnakan kulit dengan pewarna jenis kekal, seperti sesetengah wanita tatukan kening dan kelopak untuk menonjolkan mata. Jika anda tidak suka menyimpan jambang, cukurlah ikut suka hati anda. Jika masih kelihatan, cukur lagi, tetapi jika anda mahu hapuskan jambang...

Ketulan hitam tumbuh pada alat kelamin

0 comments
SEJAK akhir-akhir ini saya perasan ada bintik ketulan hitam timbul sekitar bulu di tepi alat kelamin. Biji hitam itu lebih kurang macam tahi lalat tetapi ia kelihatan lebih menonjol. Keadaan itu merisaukan saya, apa sebenarnya berlaku dan adakah ia mendatangkan kesan tidak baik pada masa depan? KHAIRUL Kuantan, Pahang Kulit anggota kelamin lelaki dan wanita daripada jenis kulit yang halus dan tiada lapisan lemak, sebaliknya hanya lapisan tisu pengembang. Jika kulit itu radang akibat geselan, lebihan kulit atau ‘kutil’ boleh muncul. Kadangkala lebihan kulit itu timbul akibat tekanan kuman virus ketuat dan apabila kuman virus tak aktif lagi, kutil ketuat tertanggal atau hilang. Ketumbuhan kutil itu...