Khatan elak penyakit

0 comments
CUTI sekolah yang akan bermula tidak lama lagi lazimnya menjadi pilihan ibu bapa untuk mengkhatankan anak lelaki mereka.

Memang kebanyakan lelaki Islam di negara ini sudah berkhatan sebelum masuk ke alam remaja, begitu juga lelaki ‘saudara baru’ yang memeluk Islam.

Berkhatan diakui bukan saja baik untuk kebersihan alat sulit, tetapi juga mampu membantu memberi kenikmatan kepada pasangan ketika bersetubuh.

Bukan saja si lelaki lebih berkeyakinan dengan alat sulit yang terjamin kebersihannya, malah pasangannya juga yakin untuk melayari hubungan asmara tanpa memikirkan masalah dijangkiti penyakit kelamin.

Untuk makluman anda, kini berkhatan digalakkan oleh Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk penjagaan kesihatan seksual dan perlindungan daripada penyakit kelamin.

Galakan itu dibuat kerana ada kajian menunjukkan berkhatan membuatkan penghujung zakar terdedah dan kulit bahagian itu berubah menjadi lebih berdaya tahan dan lasak.

Mengikut pengalaman pakar perubatan di Afrika, terutama di Nigeria, kadar jangkitan HIV/Aids di kalangan lelaki berkhatan sangat rendah berbanding yang tidak berkhatan.

Berdasarkan rawatan purba Cina pula, berkhatan ialah satu daripada rawatan untuk mencegah masalah cepat klimaks!

Mungkin ada pihak yang tersilap, terutama bukan Islam, jika mendakwa berkhatan boleh menggugat keseronokan seks lelaki.

Bayangkan, lebih 80 peratus kanak-kanak lelaki di Amerika Syarikat menjalani prosedur berkhatan dan prosedur itu menjadi amalan yang digalakkan untuk kesihatan seksual.

Ramai, tidak kira yang beragama Islam atau tidak, tahu mengenai kelebihan berkhatan, tetapi tentu ramai bimbangkan mengenai prosedur membuang kulup atau kulit penutup pada penghujung zakar itu.

Diingatkan, tidak perlu dirisaukan dan anda tidak perlu takut kerana prosedur ini selamat dan cepat sembuh.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Khatan elak penyakit"

Catat Ulasan