Kencing tidak lawas

0 comments
SOALAN

SEJAK kebelakangan ini saya kerap kencing tidak lawas dan selepas kencing, keluar pula air mani. Boleh dikatakan saya kerap juga melakukan onani iaitu antara dua hingga tiga sebulan.


Ada kalanya juga saya jarang melakukannya kerana selepas melakukannya (onani) saya insaf, dan jika tiada apa yang menaikkan nafsu, saya dapat bertahan lebih kurang sebulan daripada melakukan perkara itu.

Adakah kekerapan melakukan onani menyebabkan kencing saya tidak puas dan keluar air mani selepas kencing?

Hal ini menyebabkan saya selalu ada lama dalam tandas, adakalanya 15 minit dan sampai 30 minit hanya kerana hendak kencing. Ini sedikit sebanyak mengganggu kerja dan rutin harian saya.

WAN
Besut, Terengganu


JAWAPAN,/b>

Sebagai lelaki yang melakukan onani memang menyebabkan sistem reproduktif anda dalam keadaan bersedia. Jika teruja, anda akan dapati pengeluaran air mazi dari salur kencing dan pundi kencing terasa ketat apabila pundi prostat mengembang.

Jika anda teruskan merangsang anggota kelamin anda, zakar mengembang dan kerandut mencengkam, dan anda sampai ke kemuncak dengan pengeluaran ejakulasi.

Kini anda mencuba mengurangkan amalan onani, namun adakalanya anda tidak berjaya mengharunginya.

Oleh itu, pada waktu teruja dan anda cuba mengawal perasaan teruja tadi, proses rangsangan sudah bermula dan pundi prostat anda mengembang dan menekan pundi kencing.

Jadi perasaan mahu kencing berlaku dan jika anda cuba melepaskan kencing dalam keadaan itu, yang keluar ialah air mazi (bukan air mani!) kerana ketika meneran air kencing, yang terperah bersama pundi kencing iaitu pundi prostat iaitu air kencing akan keluar bersama cecair dari pundi prostat atau air kencing dan diikuti cecair air mazi.

Apabila perasaan teruja itu lega dan bengkak prostat juga reda, mudah untuk anda keluarkan air kencing sampai habis. Perkara ini berulang setiap kali anda teras teruja tapi mengawal daripada melakukan onani.

Jika anda mahu mengelak ia berlaku, pastikan jangan berkhayal atau membaca buku romantis atau meneguk gambar yang mengghairahkan.

Lama kelamaan anda akan dapat mengawal tindak balas proses keterujaan kepada sistem reproduktif anda dan anda tidak lagi menanggung masalah kencing tidak lancar.

Jika perkara itu masih berulang, anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan pundi kencing dan pundi prostat kerana keradangan anggota itu boleh membuatkan anda mengalami simptom yang anda jelaskan tadi.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Kencing tidak lawas"

Catat Ulasan