Tidak jejas janin

0 comments
RAMAI lelaki menghadapi dilema apabila isteri mereka hamil kerana ‘berpuasa’ daripada melakukan hubungan seksual selama sembilan bulan. Apabila isteri dalam pantang pula, tempoh ‘berpuasa’ menjadi lebih lama.

Mungkin bagi sesetengah orang keadaan itu menjadi bahan lawak, tetapi ia memang hakikat. Ini kerana memang ada pasangan berhenti mengadakan hubungan seksual selepas pasangan wanitanya disahkan hamil dengan alasan bimbang sesuatu yang buruk berlaku terhadap kandungan.

Perkara itu sering berlaku pada pasangan yang berdepan pengalaman pertama kehamilan akibat mendengar terlalu banyak nasihat daripada pihak tidak bertauliah yang memberi nasihat di luar konteks saintifik.

Secara saintifik, tiada sebab kenapa hubungan seksual tidak boleh dilakukan jika kehamilan wanita itu berjalan lancar, kecuali berlaku insiden tertentu dan anda dinasihatkan doktor supaya berhenti kerana mungkin membahayakan kandungan.

Tidak dinafikan, ada situasi tertentu seperti wanita mendapati pengeluaran darah atau tanda darah dari farajnya atau wanita itu mengalami kekejangan selepas selesai bersetubuh.

Jika kedua-dua masalah itu berlaku, anda dan pasangan perlu merujuk doktor kerana jika dibiarkan, ia berkemungkinan mendatangkan bahaya ke atas kandungan, termasuk keguguran janin.

Bagaimanapun, jika pemeriksaan rutin ditetapkan doktor menunjukkan tiada masalah pada kandungan selain tiada kejanggalan atau masalah apabila melakukan hubungan seksual, aktiviti itu tidak perlu dihentikan.

Sehubungan itu, tiada alasan untuk anda bimbang aktiviti seksual akan membahayakan kandungan isteri.

Namun perlu diingatkan juga, mengadakan hubungan seksual ketika kehamilan akan mendatangkan sedikit ketidakselesaan kepada pasangan lelaki atau wanita dan perbincangan perlu diadakan untuk memastikan apa yang dihajati tercapai.

Yang penting ialah hubungan seks atau naluri syahwat adalah lumrah semula jadi bagi manusia. Justeru, dibimbangi fakta salah akan menimbulkan masalah lain, terutama kegersangan kepada pasangan lelaki atau wanita, sedangkan mereka tidak sepatutnya berdepan masalah itu.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Tidak jejas janin"

Catat Ulasan