Bosan dengan posisi atas

0 comments
SOALAN

SAYA hendak tahu cara bersetubuh yang disyorkan dalam Islam. Posisi mana yang sesuai kerana isteri saya mengadu dia bosan dengan posisi saya di atas.

Saya berkahwin hampir lima tahun dan dikurniakan seorang anak. Saya harap doktor dapat mencadangkan posisi untuk saya mengaplikasikannya dalam hubungan suami isteri.

RAD
Ipoh, Perak


JAWAPAN


Pernah sahabat bertanya Rasulullah SAW mengenai hubungan kelamin dari belakang, yang mana mengikut sahabat ia dilarang sama sekali.

Rasulullah SAW kemudian memaklumkan, melakukan hubungan seksual dari belakang adalah harus, dengan syarat anggota sulit lelaki masuk ke anggota sulit perempuan dari posisi itu.

Pendek kata, apa saja posisi boleh dilakukan, asalkan ereksi lelaki masuk ke dalam faraj wanita.

Sehubungan itu, anda boleh mencuba posisi persetubuhan dari belakang, atau pasangan di atas, sama ada tubuh badan depannya bertentangan atau membelakangkan muka anda atau cara mana yang anda dan dia rasa selesa serta mudah melakukannya.

Tidak semestinya hubungan seksual dilakukan di atas katil kerana ia juga boleh dilakukan di atas sofa dengan posisi duduk.

Elok hubungan kelamin itu dilakukan di dalam kamar tidur atau dalam rumah dan bukan di luar kerana tidak beradab dalam pandangan Islam.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Bosan dengan posisi atas"

Catat Ulasan