Tidak selesa

0 comments
SAYA berusia 23 tahun dan menghadapi masalah kepala zakar tidak selesa. Apabila tersentuh seluar ia terasa ngilu, manakala kencing kadangkala juga tidak selesa.

Sebelum ini zakar terasa sakit apabila ejakulasi dan selepas itu saya kencing terasa sakit mula-mula. Saya sudah berjumpa pakar dan daripada segi luaran zakar saya normal.

Testis, buah pinggang, prostat dan pundi kencing juga diperiksa dengan melakukan ultrasound dan semuanya normal. Jadi apa yang menyebabkan kepala zakar saya ngilu dan timbul masalah yang saya nyatakan?

AMAN

Klang


Sememangnya mukosa penghujung zakar atau kepala zakar terasa ngilu jika tersentuh. Ini kerana bahagian itu mengandungi banyak penghujung urat saraf seperti ‘Pacinian Corpuscles dan Messners Corpuscles’.

Lebih-lebih lagi jika bahagian itu mudah sangat tersentuh kain, tindak balas sentuhan itu ialah perasaan ngilu yang anda alami. Lebih-lebih lagi jika anda jenis yang mudah terangsang dan anda mencuba mengawal perasaan teruja.

Jika kepala zakar tersentuh, perasaan ngilu itu menjadi secara spontan. Jadi tidak hairan jika sesetengah lelaki yang berkhatan dan mengalami masalah seperti anda akan menggunakan pembalut (artificial foreskin) — tiada dalam pasaran di Malaysia — untuk melindungi penghujung zakar daripada tekanan dan kemungkinan bahagian menjadi ngilu.

Cara lain untuk melegakan perasaan ngilu itu adalah dengan menggentel hujung zakar dengan menggunakan krim supaya perasaan ngilu dapat dikawal atau tidak memberi tekanan.

Berkaitan ejakulasi yang menyakitkan salur kencing, sudah tentu bahagian yang sakit itu mengalami keradangan akibat tekanan.

Biasanya bahagian yang kerap terbabit ialah bahagian penghujung zakar, bahagian salur kencing bawah lekuk penghujung zakar. Jadi apabila air kencing keluar dan merentasi bahagian yang radang, sudah tentu terasa sakit.

Apabila keradangan lega, kesakitan itu juga lega. Ini pun biasa dan bukan masalah serius.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Tidak selesa"

Catat Ulasan