Alami keputihan

0 comments
SOALAN

SAYA berusia 21 tahun dan berdepan masalah zakar mengalami keputihan seakan-akan kulat selain terasa gatal. Adakah ia satu daripada gejala jangkitan akibat seks walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan seks? Adakah ubat untuk menghilangkan keputihan itu jika ia adalah kulat?

MADI
Kota Bharu, Kelantan


JAWAPAN


Penyakit jangkitan hubungan kelamin atau STI (Sexually Transmitted Infection) memberi maksud jelas bagaimana penyakit itu boleh dijangkiti dan anda yang tidak pernah melakukan hubungan seks tidak akan dapat jangkitan itu.

Bagaimanapun jangkitan kuman, kulat dan kuman virus boleh dijangkiti seperti memegang hujung zakar dengan tangan yang tersentuh lubang najis atau menyentuh mulut dan kebetulan menyentuh zakar yang mana kemungkinan ia berlaku sangat luar biasa.

Jika perubahan berlaku kepada penghujung zakar, iaitu kulit permukaannya kelihatan ada lapisan putih atau berbintik putih dan terasa gatal, kemungkinan ia simptom atau tanda gejala sesuatu penyakit seperti kulat.

Anda perlu rujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajarnya. Jika kebetulan ia bukan jangkitan, hanya lapis kulit lama atau kulit menggelupas, itu bukan masalah.

Jika jangkitan itu kulat, anda perlu tahu yang kulat itu ada pelbagai jenis dan rawatan untuknya juga berbeza. Ubat mengandungi ‘exfoliant’ atau bahan yang mengupas kulit tidak sesuai digunakan kepada penghujung zakar walaupun ubat ini biasa disapu kepada kulit luar.

Kulit penghujung zakar bukan kulit, ia sebenarnya lapisan mukosa yang lembut dan mudah tercedera dan rosak apabila ubat kulit yang tidak sesuai digunakan. Jadi adalah dinasihatkan anda jangan gunakan apa apa krim kulit tanpa rujukan doktor.

Masalah anda alami bukan sesuatu perlu anda rasa malu kerana kebetulan ia berlaku dan perlu dirujuk doktor. Jadi cepat jumpa doktor dan dapat rawatan sebaiknya.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Alami keputihan"

Catat Ulasan