Luka lahir anak

0 comments
SAYA sudah berkahwin dan baru mempunyai seorang anak. Alhamdulillah, isteri saya melahirkan anak pada Januari lalu. Namun sejak itu isteri saya menghadapi masalah ketika kami bersama.

Bahagian kemaluannya yang dipotong (bahagian bawah) dan dijahit semula ketika dan selepas melahirkan anak masih terasa sakit dan ini menyebabkan posisi ketika bersama agak terhad.

Bagaimanapun ketika bukan masa bersama, bahagian jahitan berkenaan tidak mendatang apa-apa kesakitan. Saya ingin tahu, adakah jahitan itu masih belum pulih sepenuhnya walaupun apabila saya perhatikan secara luaran tiada apa-apa luka atau kesan melecet.

Untuk pengetahuan doktor, kami kembali melakukan hubungan seks bersama selepas isteri saya cukup pantang 100 hari. Saya sangat hargai asihat doktor kerana saya risaukan keadaan isteri saya.



ALONG

Serendah, Selangor




Anda suami yang prihatin kepada isteri dan ada menyatakan isteri anda menjalani pembedahan kecil untuk memudahkan kelahiran anak serta luka itu sudah pulih.

Pembedahan itu dikenali sebagai pembedahan ‘episiotomi’. Ada ketikanya pembedahan itu perlu dibuat jika pembukaan faraj masih sempit dan selepas bayi selamat dilahirkan, luka itu dijahit secara teliti.

Dalam masa seminggu atau 10 hari luka itu bercantum dan pulih. Anda perlu tahu luka itu menjadi parut dan parut biasanya boleh menebal dan mencerut. Ia tidak selembut kulit asal.

Jadi tidak hairan jika bahagian itu terasa sakit apabila tekanan berlaku kepadanya seperti tekanan pergerakan zakar yang keluar masuk ke dalam faraj. Jadi, anda perlu menukar posisi supaya tekanan tidak berlaku kepada bahagian itu.

Lagi satu cara untuk melegakan kesakitan di bahagian itu ialah menyapu krim pelembap ke tempat berparut itu seberapa kerap. Sebaik-baiknya selepas mandi, buang air kecil atau air besar supaya kulit itu lembut.

Jika anda dan pasangan sudah buat semuanya dan keadaan masih sama juga, mungkin anda perlu bawa isteri berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih teliti.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Luka lahir anak"

Catat Ulasan