Alami lebam

0 comments
ZAKAR saya mengalami lebam dan sakit ketika hendak membuang air kecil. Saya baru berumur 16 tahun. Tidak pernah melakukan hubungan, apakah pandangan doktor mengenai masalah saya?



RID

Alor Gajah, Melaka




Kulit anggota kelamin lelaki dewasa memang gelap berbanding ketika lelaki itu belum baligh dan ia ada kaitan dengan peningkatan melanin atau pewarna kulit yang biasa berlaku kepada kulit anggota kelamin lelaki atau perempuan.

Tahap warna lebam itu boleh meningkat apabila anggota itu dirangsang secara ‘regular’ (kerap), lebih-lebih lagi apabila kulit itu kering dan menebal. Kulit anggota kelamin jenis lembut dan tidak bersisik.

Apabila kelembapan semula jadi kurang, kulit menjadi kering dan gatal. Menggaru kulit membuatkannya lebih tebal dan radang dan keradangan ini juga mengakibatkan warna kulit itu menjadi lebih gelap atau lebih lebam.

Sudah tentu anda yang mempunyai kulit gelap akan dapati kulit anggota kelamin lebih gelap dan ‘lebam’ apabila zakar mengecut atau tidak ereksi. Lelaki yang kerap melakukan onani akan dapati kulit anggota kelamin lebih ‘hitam’ atau ‘lebam’ apabila zakar dalam keadaan kecut.

Apabila ereksi berlaku, kulit tidak kelihatan lebam dan ini kerana ketika ereksi, kulit yang berkumpul dan kelihatan gelap itu tertarik dan kelihatan cerah. Lelaki yang beronani tanpa menggunakan pelembap untuk mengurut kulit zakar akan dapati kulit zakar lebih kering dan berwarna lebih gelap daripada lelaki yang menggunakan losyen untuk tujuan itu.

Jika lelaki itu menggunakan pam vakum untuk membesarkan zakar atau sebagai ‘senaman batin’, amalan itu memberi kesan buruk kepada kulit zakar, iaitu ia kelihatan lebih gelap dan menebal.

Jadi ada banyak sebab kulit anggota kelamin lelaki dan perempuan kelihatan lebih gelap, tapi ia bukan kerana jangkitan penyakit kelamin atau kerap melakukan seks!
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Alami lebam"

Catat Ulasan