Saling tidak rasa

0 comments
SAYA berkahwin lima tahun dan ada dua anak. Masalahnya sekarang, ketika bersama isteri, saya tidak rasa air mani memancut keluar dan isteri juga selalu bertanya sama ada saya sudah klimaks atau sebaliknya kerana dia tidak terasa pancutan air mani. Harap doktor dapat memberi nasihat bagi menangani masalah ini.

ZAHIR

Bandar Baru Bangi


Sememangnya ketika ejakulasi berlaku, otot kemut atau otot lantai pelvis mencengkam dan otot lembut sistem salur ejakulatori juga mencengkam untuk memancut keluar air mani. Pancutan berputar daripada cengkaman otot kemut dan otot sistem salur ejakulatori yang membuatkan air mani terpancut keluar.

Apabila ejakulasi berlaku secara spontan dan lelaki itu menahannya, daya pancutan tergendala dan air mani keluar secara meleleh atau tanpa dirasa oleh individu itu dan oleh pasangannya.

Jadi elak menahan ejakulasi atau menyentap ejakulasi kerana mahu memanjangkan dayungan dalam faraj. Selain itu cara berkesan untuk memastikan ejakulasi berjaya, amalkan senaman kemut atau senaman ‘kegel’ iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot kemut dan lakukannya seberapa banyak yang boleh dalam dua minit dan lakukannya empat hingga lima kali sehari.

Apabila cengkaman kuat lakukan cengkaman otot kemut sambil menahannya selama tiga saat dan tingkatkan penahanan otot kemut kepada lima hingga 10 saat sekali cengkam dan lakukannya dalam dua minit sekali,buat empat hingga lima kali sehari.

Lakukan gerakkan atau dayungan ereksi ke dalam faraj dengan mengemut sambil bergerak. Dalam keadaan begitu jika berlaku klimaks, ejakulas menjadi lebih berdaya dan pasangan dapat terasa semburan air mani dalam faraj seperti terasa perasaan kembang kuncup dan getaran kepala zakar dalam faraj.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Saling tidak rasa"

Catat Ulasan