Kemut keluar air

0 comments
SOALAN

SAYA berusia 33 tahun dan ada dua anak. Setiap kali membuang air kecil, secara semula jadi pada akhirnya ada satu kemutan untuk mengetoskan air kencing, tetapi apa yang berlaku pada saya sebaliknya.

Setiap kali selepas membuang air kecil, ketika mengemut akan terkeluar baki air kencing dalam kuantiti yang boleh dikatakan banyak. Jika saya mengemut lagi, ia terkeluar lagi.

Masalah ini berlarutan hingga ke ranjang. Pernah beberapa kali ketika isteri melakukan seks oral, saat kemuncaknya sungguh menghampakan, iaitu bermula dengan lelehan dan disusuli pancutan yang tidak memuaskan hati.

Buat pengetahuan doktor, saya menghidap sakit tulang belakang yang merangkumi pinggang. Saya kerap penat dan lenguh di bahagian itu.

Adakah masalah saya berpunca daripada jangkitan kuman di mana-mana bahagian alat kelamin saya atau berpunca daripada pinggang yang tidak kuat. Mungkin juga ada sebab lain kerana saya mengamalkan jamu dengan telur ayam kampung.

MAN
Johor Bahru, Johor


JAWAPAN


Segelintir lelaki mudah mengeluarkan air mazi dengan banyaknya apabila mengalami rangsangan seksual. Mereka mempunyai pundi dalam mukosa salur kencing yang sangat aktif.

Sama juga dengan lelaki kerap mengeluarkan lelehan daripada salur kencing setiap kali mengemut, seperti yang anda alami.

Sebenarnya ketika kemut, pundi cowper yang tertanam dalam otot kemut atau otot pelvis terangsang dan tercengkam, maka akan keluar cairan daripada pundi berkenaan. Jika anda lakukan beberapa kali, akan keluar lelehan sama, mungkin kandungannya berkurangan.

Ini ialah lelehan air mazi. Jika anda kemut ketika mengalami pancutan air mani, kekuatan pancutan tersentap dan air mani akan meleleh. Jika anda tidak kemut atau ketika merangsangkan anggota sulit anda kemut dan mencapai ejakulasi, pancutan akan berlaku secara cetusan.

Saya ingin menasihatkan, pengambilan herba yang tidak bertauliah dan tidak dapat kelulusan Kementerian Kesihatan, walaupun mengikut cara memakannya, bukan cara menyelesaikan masalah anda.

Nanti buah pinggang atau hati anda akan rosak akibat menggunakan herba itu. Amalkan gaya hidup sihat dan elak menggunakan herba perosak badan.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Kemut keluar air"

Catat Ulasan