Jangkitan kudis

0 comments
TIDAK kira lelaki atau wanita, ramai sanggup membelanjakan ratusan ringgit sebulan semata-mata untuk menjaga penampilan, termasuk daripada segi penjagaan wajah hingga kepada wangian dan pakaian membabitkan jenama mahal.

Perbuatan itu tidak salah dan digalakkan kerana bersih dan wangi bukan saja dapat meningkatkan tahap kita menjauhi virus dan penyakit, tetapi juga keyakinan diri seseorang.

Namun, penjagaan anggota kelamin sebenarnya juga penting dan perlu diberi perhatian kerana ramai antara kita sering terlupa dan lebih menjurus kepada penampilan luaran.

Saya menerima banyak soalan daripada lelaki dan wanita berkenaan senario kurang selesa akibat bau ‘kurang enak’ yang hadir daripada kemaluan pasangan mereka.

Buat pengetahuan semua, penjagaan anggota kelamin adalah penting, terutama bagi pasangan kelamin yang aktif dalam hubungan seksual.

Sebagai contoh, ada soalan dikemukakan seorang pembaca yang mengadu zakarnya seperti berkudis, menggelupas dan timbul seperti kulit kering setiap kali selepas bersetubuh.

Faraj isterinya pula kelihatan mengeluarkan keputihan dalam bentuk ketul-ketul kecil dan sering mengadu kepedihan di sekitar faraj setiap kali selepas bersetubuh.

Isterinya juga mengalami bintik kecil yang sangat gatal di sekitar paha sehingga ke mulut faraj selepas haid.

Dalam keadaan itu saya ingin mengingatkan, sebenarnya anggota sulit wanita mudah terdedah kepada kulat dan kuman berikutan ia terletak berdekatan dua lubang najis.

Sehubungan itu, tidak hairan jika wanita mudah mengalami ketidakselesaan ketika bersetubuh kerana dia sebenarnya terkena jangkitan yang menyerang mukosa faraj, menyebabkan berlaku radang faraj.

Bagi soalan di atas dan mana-mana wanita yang mengalami simptom sama, ada kemungkinan mereka terkena jangkitan kulat yis.

Ini kerana satu daripada simptomnya ialah pengeluaran cecair putih yang berketul dan kelihatan bintik merah pada permukaan faraj.

Kebetulan pula pengadu lelaki mengalami radang alat sulit kerana jangkitan daripada kulat yang menyerang pasangannya.

Nasihat saya ialah masalah ini mudah diselesaikan dengan rawatan moden, justeru segera berjumpa doktor kerana ia boleh menghalang kesuburan.

Masalah jangkitan pada anggota sulit bukan hanya dapat dielak dengan tidak mengamalkan seks bebas, malah penjagaan kebersihan dengan menggunakan bahan tertentu yang diiktiraf Kementerian Kesihatan penting untuk mengelak jangkitan.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Jangkitan kudis"

Catat Ulasan