Kulit kecut

0 comments
SOALAN

KEBELAKANGAN ini alat kelamin saya tidak seperti dulu. Sebelum ini kulit luar zakar boleh ‘digerakkan’ ke bawah dan menampakkan buah zakar tetapi sekarang tidak boleh.

Kulitnya seperti mengecut pula dan untuk pengetahuan doktor, saya berkahwin setahun lalu dan sejak beberapa bulan ini saya tidak mengadakan hubungan kelamin dengan isteri.

Ini kerana zakar saya sakit dan merekah di hujung kepalanya dan ia tidak ‘kembang’ seperti sebelumnya. Ada juga butiran putih keluar dari celah zakar saya dan kadangkala menyebabkan gatal.

Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa membersihkannya tiga kali sehari. Saya berasa runsing dengan keadaan itu. Buat pengetahuan doktor, saya bukan Islam dan belum lagi berkhatan, tetapi merancang untuk berkhatan tidak lama lagi.

ALEX
Petaling Jaya


JAWAPAN

Kebiasannya untuk lelaki tidak berkhatan, kulit yang menutup penghujung zakar iaitu kulup zakar boleh ditarik ke belakang batang zakar untuk mendedahkan penghujung atau kepala zakar.

Jika ini sukar dilakukan, kemungkinan permukaan kepala zakar melekat kepada lapisan dalam kulup zakar.

Ini berlaku apabila cairan putih dikenali sebagai ‘smegma’ melekat antara lekuk dan kepala zakar kepada kulit lapisan dalam kulup.

Apabila lapisan itu dibersihkan, mudah untuk melakukannya. Anda ada menyatakan kulit penghujung zakar anda merekah dan ia membuatkan anda tidak selesa ketika bersetubuh dengan pasangan.

Jika dibiarkan, anda boleh mengalami keradangan dan bengkak pada penghujung zakar bergelar ‘balanitis’ dan jika kulup turut mengalami radang ia dikenali pula ‘balanophosphitis’.

Mengapa mahu merana sepanjang masa? Memang baik untuk anda menjalani prosedur berkhatan secepat yang mungkin.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Kulit kecut"

Catat Ulasan