Risau ketulan di dada semakin membesar

0 comments
SOALAN

SAYA lelaki berusia 30-an. Pada usia 12 tahun saya menyedari ada ketulan pada dada saya dan semakin lama ia semakin membesar. Saya ingin tahu, adakah ia ada kaitan dengan kanser payu dara lelaki dan bagaimana ia terjadi? Apa langkah yang patut saya lakukan untuk merawatnya?

INSAN RUNSING
Gombak


JAWAPAN


Sebilangan lelaki praremaja mengalami keradangan buah dada pada peringkat awal baligh dan ini dikenali sebagai ‘pubertal mastitis’. Ia disebabkan kesan hormon estrogen yang dihasilkan pundi andrenal.

Apabila tahap hormon testosterone meningkat dan hormon estrogen menurun, bengkak pada buah dada berkurangan tetapi ketulan itu tetap kekal. Dengan adanya ketulan itu buah dada anda kelihatan besar daripada lelaki lain.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘gynecomastia’ atau buah dada kelihatan macam buah dada perempuan. Ia bukan tanda kanser kerana hanya satu ketulan bekas ketumbesaran pundi dan salur susu yang tidak menjadi.

Ini tidak bermakna kanser buah dada tidak berlaku kepada lelaki. Kemungkinan lelaki mengalami kanser buah dada ialah satu peratus daripada kanser yang berlaku kepada lelaki.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Risau ketulan di dada semakin membesar"

Catat Ulasan