Kesan makan ubat darah tinggi

0 comments
SEJAK enam bulan lalu saya terpaksa makan ubat darah tinggi memandangkan bacaan bawah tekanan darah saya adalah di sekitar 100. Sejak mengamalkan memakan ubat darah tinggi ini saya tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar semasa ‘bersama’ isteri.

Pertanyaan saya, adakah dengan mengamalkan memakan ubat darah tinggi menyebabkan keadaan sedemikian berlaku? Bagi mengatasi atau memperbaiki keadaan apakah syor yang doktor cadangkan?

LEE,

Sungai Petani


Memang sebahagian besar ubat darah tinggi memberi kesan kepada fungsi ereksi, sama ada ubat itu mengurangkan tindak balas hormon syahwat testosterone atau merendahkan tekanan kelancaran darah dalam otot zakar dan membuatkan otot zakar kurang mantap ketika lelaki ghairah atau mengganggu kestabilan ereksi seperti membuatkan ereksi tidak kekal dan tidak sempat untuk disalurkan dalam faraj.

Ada sesetengah ubat darah tinggi yang membantu ereksi, tetapi ia tidak sesuai untuk kebanyakan mereka yang menghidap penyakit darah tinggi memandangkan kebanyakan lelaki yang makan ubat darah tinggi kerap mengalami masalah seperti anda alami itu.

Maka tidak hairan jika mereka elak makan ubat darah tinggi dan akhirnya mereka mengidap kesan sampingan darah tinggi seperti strok dan serangan sakit jantung. Jadi anda jangan pula tidak makan ubat darah tinggi.

Anda boleh memberitahu doktor mengenai masalah itu dan meminta ubat yang tidak memberi kesan atau kurang memberi kesan kepada fungsi ereksi.

Jika kebetulan selepas bertukar ubat dan masih lagi tiada perubahan, mungkin anda perlu makan ubat untuk membantu anda mencapai ereksi ketika ingin melakukan hubungan seksual.

Bagaimanapun, memang disyorkan lelaki yang mengalami disfungsi ereksi mendapat rawatan profesional dari pengamal perubatan atau pakar dan bukan dari tukang jual ubat mengarut. Jika berhajat untuk berjumpa saya, sila ke Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau layari www.dsh.com.my.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Kesan makan ubat darah tinggi"

Catat Ulasan