Dilema tunggang motosikal

0 comments
SOALAN

SETIAP hari saya menunggang motosikal untuk jarak jauh. Masalahnya saya cepat terangsang sehingga keluar air mazi dan sukar menghentikan alirannya.

Saya juga menghadapi kencing kurang lawas. Adakah masalah yang saya hadapi ada berkaitan dengan menunggang motosikal dalam jarak jauh atau ada sebab lain? Adakah cara atau ubat yang saya boleh makan untuk menyelesaikan masalah ini?

LAN
Negeri Sembilan


JAWAPAN

Jika anda jenis mudah terangsang sejak dulu, menunggang motosikal untuk tempoh panjang yang anda baru lakukan tiada kaitan dengan pengeluaran air mazi yang anda alami.

Mungkin kencing tidak lawas ada kaitan kerana ketika anda terangsang pundi prostat anda kembang akibat takungan darah yang banyak.

Ia kemudian bercampur pula dengan tekanan kepada kelangkang anda dan otot benteng pangkal zakar dan semua ini membuatkan tekanan kepada pundi dan salur kencing.

Jadi apabila kencing, anda akan terasa seperti ada lagi air kencing. Keadaan menjadi berat apabila anda tahan kencing, oleh itu jangan tahan kencing dan cuba lembutkan tempat duduk anda bagi mengurangkan tekanan kepada kelangkang.

Anda boleh berhenti beberapa kali dan berehat seketika untuk kurangkan tekanan kepada bahagian itu.

Anda perlu tahu, ada sebilangan lelaki yang menunggang basikal dan motosikal juga mengalami gangguan ereksi dan ini ada kaitan dengan tekanan kepada urat saraf bahagian zakar.

Jangan terperanjat apabila anda dapati ereksi tiba-tiba kuncup ketika berdayung!
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Dilema tunggang motosikal"

Catat Ulasan