Perlu rawatan untuk kurangkan bengkok

0 comments
SOALAN

ADAKAH hubungan suami isteri dapat dilakukan jika panjang zakar suami berukuran lapan hingga sembilan sentimeter?

Jika seseorang ada kekurangan pada zakarnya iaitu lubang air kecil tidak normal iaitu ke bawah sikit, adakah air mani dapat disalurkan ke dalam faraj wanita?

Adakah wanita itu akan hamil dan merasai kepuasan hubungan suami isteri?

INGIN KEPASTIAN
Kedah


JAWAPAN


Faraj wanita Asia berukuran satu sentimeter pada pembukaan dan lebih kurang enam sentimeter dalam ketika keadaan biasa.

Apabila wanita terangsang dan darah mula masuk dengan banyak ke dalam tisu dan mukosa faraj, faraj boleh meluas, memanjang dan mengembang.

Jadi zakar yang berukuran macam anda atau lebih daripada itu dapat diterima wanita dengan senang. Jika wanita itu sudah biasa dengan zakar besar, serasi dan seronok dengannya, zakar yang berukuran kurang daripada itu menyebabkan dia tidak seronok.

Jika pasangan anda hanya dengan anda, perkara itu tadi tidak timbul.

Dengan pembukaan salur kencing berdekatan pangkal atau bawah lekuk kepala zakar, kemungkinan air mani yang terkeluar itu tercicir keluar dan tidak masuk ke faraj jika anda ejakulasi sambil bergerak.

Mungkin anda perlu masukkan ereksi anda dengan penuh ke dalam faraj ketika ejakulasi dan diamkan ereksi dalam faraj untuk seketika dan menanggalkannya apabila ereksi lega dengan pasangan anda masih kekalkan posisi membuka pahanya, maka kemungkinan air mani terkeluar sangat kurang.

Bagaimanapun, elok jika anda jumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti keadaan zakar anda dan masalah kecacatan zakar yang anda alami.

Zakar yang pembukaan salur kencing di pangkal atau pertengahan atau bawah lekuk penghujung zakar mengalami masalah yang dikenali sebagai ‘epispadias’.

Untuk sebilangan zakar yang sedemikian, ia boleh melekuk ke bawah dan menyukarkan lelaki itu untuk bersetubuh dengan pasangan.

Jika ini berlaku lelaki itu perlu menjalani rawatan untuk mengurangkan bengkok supaya dia dapat bersetubuh kemudian hari.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Perlu rawatan untuk kurangkan bengkok"

Catat Ulasan