Rawat diabetes

0 comments
PENINGKATAN jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di kalangan rakyat negara ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Di sebalik peringatan dan amaran, jumlah itu terus meningkat dari sehari ke sehari.

Saya menerima banyak pertanyaan mengenai kaitan masalah seksual dengan penyakit diabetes dan nasihat saya ialah supaya pesakit tidak menjalani perubatan tanpa rujukan pakar dan doktor kerana ia berisiko menimbulkan masalah lain.

Sebagai contoh, kes seorang lelaki yang berkahwin dan mempunyai anak. Selepas disahkan menghidap diabetes dia menjalani rawatan dengan mengambil ubat Methformin dan Daonil selama empat tahun.

Bagaimanapun, dia kemudian bertukar kepada rawatan lain. Penyakit diabetesnya berkurangan dan ‘pupus’ tapi satu hari dia mendapati zakarnya tidak boleh menegang langsung.

Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang mencukupi untuk membakar glukosa, sekali gus mengakibatkan perubahan kurang sihat kepada badan seperti tekanan kepada urat saraf.

Apabila ini berlaku, ia secara tidak langsung menyebabkan perubahan kepada pengaliran darah di penghujung badan seperti kaki, tangan dan anggota sulit. Justeru, tidak menghairankan jika kaki luka sukar sembuh.

Pada bahagian anggota sulit pula, aliran darah yang terganggu untuk lelaki boleh mengakibatkan mati pucuk, manakala wanita pula mati putik.

Diabetes bukan penyakit biasa. Ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi, termasuk koma dan kerosakan teruk buah pinggang.

Pesakit perlu dipastikan mendapat rawatan komprehensif, bukan sekadar rawatan tradisional atau alternatif.

Saya ingin mengingatkan yang tiada herba dapat menambah hormon insulin hanya sekadar merangsang sel menggunakan glukosa.

Sehubungan itu pesakit perlu mendapatkan rawatan menyeluruh, selain amalkan gaya hidup sihat, tidak merokok, melakukan senaman berkala dan kawal pemakanan.

Untuk pemulihan fungsi anggota sulit pula, mereka perlu lakukan senaman kemut atau ‘kegel’ dan membelai anggota sulit dua kali sehari menggunakan krim pelembap.

Bagaimanapun, nasihat saya ialah, dapatkan semua terapi ini daripada pakar kerana makan ubat tanpa maklumat dan keterangan adalah sangat berbahaya, terutama apabila berlaku kecemasan, kerana tiada siapa untuk dirujuk.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Rawat diabetes"

Catat Ulasan