Bagai agar-agar

0 comments
SOALAN

KETULAN jernih seperti agar-agar keluar bersama air mani setiap kali saya ejakulasi selepas bersetubuh. Adakah ini bermakna saya kurang subur?

WAN
Rompin, Pahang


JAWAPAN


Memiliki zakar mantap, mudah menegang dan buah zakar yang mampu menghasilkan sperma aktif antara ciri-ciri lelaki berkemampuan dalam aktiviti seksual. Lelaki memiliki buah zakar kecil mungkin tidak mampu menghasilkan sperma mencukupi atau mandul.

Begitu juga jika ketegangan zakar kurang daripada enam sentimeter kerana dikhuatiri sukar menyalurkan sperma ke dalam faraj. Jika tidak mengalami masalah seperti dinyatakan di atas, tiada sebab anda dikategorikan sebagai kurang subur.

Air mani sama ada cair, pekat atau mengandungi jeli adalah perkara biasa. Ia bukan petanda masalah kurang subur. Anda tidak perlu bimbang.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Bagai agar-agar"

Catat Ulasan