Bulu tumbuh semakin lebat

0 comments
SAYA berusia 20 tahun dan kini mengalami masalah bulu yang tumbuh sekeliling zakar. Saya khuatir ia akan terus tumbuh dan lebat. Bagi mengelak semakin lebat dan terus bertambah, saya mencabutnya tetapi semakin dicabut semakin lebat.

Adakah tindakan saya salah? Adakah situasi itu akan memberi kesan kepada diri saya pada masa panjang? Adakah ubat khas di pasaran untuk menghentikannya?

INSAN KHUATIR

Kuala Lumpur


Kulit yang meliputi zakar adalah jenis lembut dan tiada lapisan lemak di bawahnya. Kulit itu juga tiada bulu roma, tetapi kulit di pangkal zakar mengandungi lemak dan jenis kulit yang menampung bulu roma.

Ada sesetengah lelaki yang menjalani prosedur berkhatan, kulit kulup dipotong dan ini membuatkan kulit pangkal zakar tertarik ke atas ketika ereksi. Jadi ada kemungkinan kulit kulup kepala zakar terpotong lebih ketika prosedur berkhatan dilakukan dulu.

Oleh itu, kini setiap kali anda mencapai ereksi, kulit pangkal zakar tertarik ke atas. Bulu roma yang ada di situ tetap akan kekal dan hanya boleh dihapuskan buat seketika melalui mencabut atau mencukur atau menghapuskannya dengan krim pemusnah bulu roma (depilatory cream).

Anda boleh mencuba mengurangkan bulu roma dengan teknik laser. Dengan cara itu akar bulu roma dapat dimatikan dan bulu roma tidak akan timbul.

Saya tidak syorkan anda mencabut bulu roma kerana kemungkinan boleh menimbulkan jerawat atau ketulan cista keras (cista epidermoid).

Pertumbuhan bulu roma tidak dapat dihentikan melalui ubat atau krim, sebaliknya hanya dengan tindakan memusnahkan akarnya melalui prosedur laser yang memusnahkan akar rambut dan juga electrolysis, yang mana akar bulu roma dimusnahkan melalui kuasa elektrik.

Kedua-dua prosedur itu sangat mahal dan perlu dilakukan oleh pakar.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Bulu tumbuh semakin lebat"

Catat Ulasan