Lambat keluar

0 comments
SAYA berusia 32 tahun dan berkahwin dua tahun lalu tetapi belum dikurniakan anak. Selalunya masalah pada lelaki ialah cepat mengeluarkan air mani ketika persetubuhan, tetapi masalah saya adalah sebaliknya kerana saya sukar mengeluarkan air mani ketika bersama isteri.

Saya mencuba pelbagai cara dan imaginasi tetapi tidak mendatangkan hasil dan ada ketikanya sehingga empat kali seks baru saya mengalami ejakulasi. Adakah cara untuk mempercepatkan klimaks?

AWIE

Johor Bahru


Anda sudah pun beri jawapannya! Anda baru berusia 32 dan berkahwin dua tahun dan belum lagi dikurniakan cahaya mata. Anda boleh mencapai klimaks dan ejakulasi tapi perkara ini jarang berlaku.

Adakah anda tertekan kerana belum lagi dikurniakan cahaya mata? Jika jawapannya betul, masalah gagal untuk ejakulasi itu mungkin akibat tekanan.

Jika ditinjau masalah ejakulasi di kalangan lelaki, kita dapati ia masalah ketiga yang sering dialami lelaki. Yang pertama cepat klimaks, kedua mati pucuk dan ketiga gagal atau lambat, sukar, jarang mencapai ejakulasi seperti yang anda alami.

Masalah ini mungkin berlaku sepanjang hayat atau sekunder. Jika sepanjang hayat bermakna si polan itu tidak dapat mencapai ejakulasi langsung sama ada dengan cara onani atau dengan pasangan perempuannya.

Sebenarnya dia boleh mencapai ejakulasi melalui mimpi! Yang sekunder pula, ia berlaku mungkin akibat makan ubat (ubat penenang jiwa atau sesetengah ubat darah tinggi) atau kerap sangat buat hubungan seks sehingga gagal mencapai klimaks!

Atau akibat tekanan iaitu tidak fokus ketika bersetubuh, minda ada di tempat lain dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada keseronokan syahwat atau akibat masalah urat saraf akibat kencing manis atau kekurangan sensasi kepada anggota kelamin kerana lanjut usia!

Jadi anda sendiri boleh jangkakan, jika kerap buat seks, lagi baik tumpukan seks pada waktu isteri subur dan jika kebetulan anda makan ubat tertentu dan mengalami masalah itu, mungkin anda perlu rujuk kembali kepada doktor anda untuk bertanya sama ada ubat itu boleh memberi kesan sampingan itu!

Jika anda tidak fokus ketika bersetubuh, lebih baik jangan lakukannya kerana memaksa diri untuk bersama isteri akan membuatkan anda hilang keseronokan yang biasa ada apabila teruja sangat untuk bersetubuh.

Jika anda mengalami tekanan perasaan kerana menjalankan ‘tugas’ untuk menghamilkan isteri anda, itu puncanya yang anda tidak capai klimaks.

Untuk permulaan anda boleh amalkan kaedah ‘sensate focus’ iaitu tumpukan perhatian anda kepada keseronokan sentuhan tubuh badan dan tidak kepada anggota kelamin.

Dengan cara sedemikian anda dan pasangan akan dapat menghayati keseronokan sentuhan dengan lebih mendalam sambil mendapat kelegaan minda dan emosi serta tidak tumpukan kepada klimaks atau ejakulasi.

Klimaks akan berlaku apabila keadaan mengizinkan iaitu ketenangan minda dan penghayatan keseronokan yang berlaku akibat sentuhan intim itu dan rangsangan anggota kelamin dengan tumpuan kepada bahagian yang sensitif pasti akan mencetuskan ejakulasi.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Lambat keluar"

Catat Ulasan