Belenggu saiz

0 comments
MUNGKIN ramai menyedari isu saiz zakar sudah banyak kali diketengahkan, namun soalan mengenainya masih banyak saya terima. Berikutan itu, untuk tidak menghampakan pihak yang bertanya minggu ini sekali lagi saya akan akan mengupas permasalahan mengenai saiz zakar terutama isu membesarkan zakar.

Saya percaya mungkin pada waktu ini ada di kalangan pembaca yang mencuba dalam diam untuk membesarkan alat kelamin sendiri sebelum akhirnya kecewa kerana usaha itu tidak mendatangkan hasil diharapkan biarpun sudah membelanjakan banyak wang.

Hasil pengamatan saya, ramai lelaki begitu mengambil berat mengenai saiz zakar atau mengidamkan untuk memiliki zakar bersaiz besar disebabkan mereka terpengaruh dengan tayangan lucah.

Nasihat saya, jangan mudah terpengaruh. Saiz yang dilihat dalam filem lucah itu luar biasa kerana ia membabitkan perlakuan seks melampau oleh ahli seks profesional.

Hakikatnya, seks untuk keseronokan bersama dan bukan suatu penderaan. Jika anda masih ragu-ragu mengenai keadaan anggota kelamin anda, segera dapatkan pemeriksaan profesional dari doktor.

Untuk makluman pembaca, sebilangan besar lelaki Asia mempunyai zakar berukuran 12 hingga 13 sentimeter secara purata dan ukur lilit yang berukuran sama. Saiz ukuran panjang ketika tegang untuk lelaki Melayu pula ialah antara 10 hingga 16 sentimeter dan ada juga yang lebih atau kurang daripada itu.

Namun, yang lebih mustahak ialah anggota kelamin itu dapat menjalankan tugas iaitu dapat disalurkan ke faraj dan dapat kekal dalam corong faraj dan menyalurkan air mani ketika pancutan berlaku.

Jika menegang hanya dapat masuk tetapi tidak dapat digerakkan tanpa terlucut, itu bermakna zakar itu berukuran kecil.

Kini, masalah zakar kecil atau micropenis bukan lagi suatu masalah rumit. Ia boleh dipulihkan secara selamat dan tanpa pembedahan.

Yang mustahak ialah jumpa doktor yang pakar dalam masalah berkenaan. Malangnya, ramai lelaki suka berjumpa bomoh dan tukang urut. Ada juga yang dapatkan rawatan dari pengamal perubatan tidak bertauliah dan lepas itu sesal tidak terhingga.

Bayangkan telatah seorang tabib rawatan tradisional memanjangkan zakar dengan menarik zakar secara kuat dan menyentap sehingga terkulai!

Bayangkan seorang tabib tidak bertauliah menyuntik bawah kulit zakar dengan minyak bunga atau minyak kayu cendana.

Memang, kulit zakar akan menebal dan zakar akan kelihatan besar tapi ia besar kerana kulit dan isi bawah kulit tebal dan radang.

Masalah bukan saja lepas disuntik, malah sepanjang hayatnya. Cara memulihkannya pula ialah melalui pembedahan yang mungkin akan memakan belanja ribuan ringgit dan hasilnya zakar tetap pendek!

Ramai juga menjadi mangsa tabib yang menggunakan pam vakum tanpa memberi maklumat teknikal mengenainya kepada pelanggan.

Jika tersalah pakai, kulit akan menggelembung atau lebam akibat takungan darah beku dan kesudahannya kulit panjang dan kelihatan gelap dan hilang keanjalannya.

Selain itu, kerap juga dihebahkan dalam laman web mengenai pendekatan yang kononnya moden untuk membesarkan zakar.

Hakikatnya, selepas makan ubat dan sapu minyak serta krim mendapati kesemua itu tak berhasil, hanya tipu helah saja.

Paling utama, setiap lelaki perlu sedar dan yakin yang anda mempunyai anggota kelamin yang padan dan sesuai mengikut baka dan keturunan anda.

Anda perlu tahu yang pembukaan faraj perempuan dalam kawalannya, iaitu wanita boleh melegakan faraj seluas yang mereka kehendaki dan boleh mengemutkan mengikut kehendaknya.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Belenggu saiz"

Catat Ulasan