Usah gementar

0 comments
MEMBERI nafkah batin adalah tanggungjawab setiap pasangan berkahwin, baik oleh suami kepada isteri mahupun sebaliknya.

Namun perlu diingatkan, layanan itu hanya sebahagian daripada tanggungjawab kerana perkahwinan merangkumi banyak perkara lain.


Dalam aspek hubungan seksual, lelaki dan wanita yang pertama kali melakukan persetubuhan pasti menempuh pelbagai cabaran.

Saya berasa penting untuk menerangkan hal ini kerana banyak pasangan sekarang gagal dalam hubungan seks pada awal perkahwinan tetapi malu untuk mendapatkan rawatan perubatan, sebaliknya mengambil jalan mudah dengan bercerai.

Ada juga yang berjumpa tukang urut atau pengamal perubatan tradisional, menyebabkan masalah menjadi lebih kronik.

Nasihat saya, dapatkan rawatan moden atau berjumpa doktor keluarga. Jika tiada perubahan positif, rujuk kepada ahli urologi yang pakar dalam rawatan syahwat lelaki.

Berbalik kepada cabaran seksual pada awal perkahwinan, dalam melaksanakan hubungan itu seharusnya suami perlu memasukkan ereksi kepada anggota sulit pasangan dan pasangan pula memainkan fungsi dengan memudahkan kemasukan itu.

Memang diakui pada peringkat awalnya keadaan akan menjadi kelam kabut, terutama apabila suami mencapai klimaks sebelum memasukkan ereksi atau isteri terasa ‘seriau’ dan kaku sehingga pembukaan faraj tertutup.

Apabila pasangan mengenal pasti masalah dan cuba mengatasinya, keadaan menjadi lebih tenteram dan hubungan kelamin menjadi sempurna.

Namun ada masanya suami belum sampai ke tahap pemulihan walaupun pasangan wanita bersedia. Ini mungkin berlaku apabila suami kurang keyakinan diri.

Perasaan gementar dan kurang yakin mengakibatkan pencapaian ereksi tergendala. Oleh itu ereksi menjadi kurang tegang dan daya kawalan ejakulasi hilang. Ini bermakna cepat klimaks boleh berlaku.

Perasaan gementar mengakibatkan pengeluaran hormon adrenalin yang mengganggu perjalanan darah ke dalam otot anggota sulit lelaki dan mengurangkan tahap ereksi. Perasaan berdebar mengakibatkan kawalan ereksi hilang dan klimaks cepat berlaku.

Hubungan seksual adalah sesuatu yang menyeronokkan kepada pasangan kelamin, sekali gus meningkatkan lagi kemesraan mereka.

Bersentuhan secara intim meningkatkan keyakinan diri dan dalam keadaan terangsang, perjalanan darah ke dalam anggota syahwat menjadi bergelora.

Bagi lelaki, ereksi tercetus dan menjadi lebih padat, manakala bagi wanita pula otot anggota kemaluan menjadi lega, terkawal dan corong kemaluan lembap serta licin.

Suami boleh mengekalkan ereksi dengan ‘mengemut’ untuk memantapkan otot lantai pelvik dan memastikan pergerakan ereksi dalam kawalan otot kemut. Wanita pula perlu melegakan otot kemut supaya faraj lega dan selesa untuk kedua-dua pihak.

Mereka tidak perlu terburu-buru dan lakukan gerakan badan mengikut keselesaan dan ketenangan. Lelaki yang ereksinya sukar kekal lama mungkin mengalami masalah gangguan ereksi dan perlu berjumpa doktor.

Apabila lelaki itu tahu cara mengekalkan ereksi ke tahap padat, terutama melalui senaman kemutan atau dengan makan ubat yang dapat membantu kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar, mungkin masalah lemah syahwat dan cepat klimaks dapat diatasi.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Usah gementar"

Catat Ulasan