Lemah selepas buang kanser usus

0 comments
SAYA pernah menjalani pembedahan pada 2004 kerana membuang kanser usus dan kini keadaan saya sudah beransur pulih. Apa yang menjadi kemusykilan kepada saya mengapa zakar saya tidak berfungsi iaitu tidak menegang selepas pembedahan itu. Apa pendapat doktor mengenainya?

MIL,

Johor Bharu


Anda sudah menjalani pembedahan pembuangan kanser usus lebih kurang empat tahun yang lalu dan dapati pula mengalami disfungsi erektil selepas pembedahan itu dilakukan.

Mungkin anda tidak dimaklumkan oleh pakar bedah yang salah satu kesan sampingan atau risiko pembedahan tersebut ialah akan menyebabkan berlakunya disfungsi erektil.

Sebenarnya, semua pembedahan membabitkan perut juga termasuk prosedur membuang batu karang dan hernia atau angin pasangan boleh mengganggu fungsi ereksi, lebih lagi untuk mereka yang sudah berusia, masalah itu lebih menjadi lebih ketara.

Dalam pembedahan bahagian perut, urat saraf terganggu dan adakalanya perlu dipotong. Ini membuatkan fungsi urat saraf tergendala dan apabila lelaki itu sudah sembuh dan mula ada perasaan untuk bersetubuh dengan isteri, fungsi ereksi mula meragam.

Perasaan syahwat membara tetapi tindak balas ereksi amat mengecewakan. Ada kalanya, zakar ada menunjukkan sedikit pejal dan ada mengeras tetapi tidak kekal.

Mungkin untuk orang muda, ereksi masih ada tapi kurang mantap. Untuk mereka ini, apabila luka sudah pulih dan tenaga badan juga kembali secara sempurna, mungkin ereksi menjadi kuat semula.

Bagi lelaki yang sudah berusia pula, luka mungkin lambat pulih dan badan tidak berdaya. Jika ereksi selama ini pun tidak begitu cergas sudah tentu akan mengalami kelemahan selepas menjalani pembedahan.

Jika pembedahan itu berat seperti yang anda jalani itu, situasi lagi berat. Jika lelaki itu masih berhajat untuk melakukan seks penetratif dengan pasangan, dia perlu dapatkan rawatan untuk mendapat ereksi yang mencukupi untuk tujuan itu.

Sekiranya urat saraf tercedera kerana pembedahan itu, ubat PDE-5 seperti Viagra, Cialis atau Levitra jarang berkesan. Mungkin terapi suntikan ubat pengembang pembuluh darah zakar saperti caverject boleh membantu.

Adakalanya alat pam vakum yang berkualiti (bukan pam vakum yang jual di Chow Kit atau pasar malam) seperti Pos-T Vac atau Osborne Vacum Pump berkesan untuk membantu memantapkan ereksi untuk hubungan seksual.

Bagaimanapun, alat berkenaan perlu preskripsi doktor dan hanya dijual di farmasi popular. Untuk lelaki yang berusia seperti anda, hormon syahwat mungkin rendah dan ia sedikit sebanyak melemahkan fungsi ereksi, jadi ujian hormon perlu dilakukan dan hormon gantian perlu diberi.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Lemah selepas buang kanser usus"

Catat Ulasan