Sakit prostat tiga tahun

0 comments
SAYA berusia 61 tahun dan menghidap sakit prostat selama tiga tahun. Saya dalam proses rawatan oleh doktor pakar. Masalah saya ialah air mani saya tidak terpancut keluar ketika ejakulasi. Saya minta nasihat doktor supaya air mani saya dapat terpancut seperti biasa ketika ejakulasi.

MAN

Grik, Perak


Mungkin tidak ramai lelaki tahu mereka mempunyai pundi atau kelenjar prostat yang sebesar biji walnut di depan pundi kencing dan salur kencing merentasinya, kecuali jika sesuatu masalah seperti yang anda alami itu berlaku.

Salur sistem ejakulasi juga merentasi kelenjar prostat untuk terbuka dalam salur kencing. Pundi prostat mula mengembang dan berfungsi dari peringkat baligh sehingga ke lewat dewasa menghasilkan sebahagian besar daripada air mani (60-70 peratus).

Kemudian pundi itu mengecut dan mengeras serta kurang menghasilkan air mani. Adakalanya ia mengembang dan membesar sebagai ketumbuhan tetapi jarang menyebabkan kanser.

Masalah prostat yang biasa berlaku kepada lelaki berusia ialah perubahan kepada saiz kelenjar itu. Kemungkinan ia berlaku ialah satu antara tiga hingga empat lelaki berusia 60 tahun ke atas.

Kelenjar prostat boleh membesar secara mendadak dan secara langsung menekan salur kencing dan ada kalanya ketumbuhan itu menutup pembukaan salur sistem ejakulasi. Ia secara langsung juga boleh menghalang ejakulasi sebahagian besar dari air mani.

Jadi ketika ejakulasi berlaku, lelaki itu akan dapati sedikit cecair keluar dan tiada pancutan. Ada juga situasi yang pembukaan salur sistem ejakulasi tidak sempit, tapi air mani tidak juga keluar atau memancut keluar ketika ejakulasi berlaku.

Sebenarnya air mani itu tersalur di belakang, iaitu masuk ke dalam pundi kencing. Situasi itu dikenali sebagai ‘ejakulasi hala ke belakang’ atau ‘retrograde ejaculation’.

Ini boleh berlaku apabila salur kencing di bahagian dalam pundi prostat itu sempit atau tercedera akibat prosedur memasukkan alat teropong dalam salur kencing untuk meneliti bahagian itu.

Jika kebetulan pembedahan dilakukan kepada pundi prostat dari dalam, melalui peralatan rectoscope, untuk mencungkil tisu prostat dari dalam kemungkinan ini boleh mencederakan sistem saluran ejakulasi dan tidak akan berlaku ketika klimaks.

Tidak ada cara untuk menyelesaikannya. Jika sistem ejakulasi itu tergendala akibat masalah urat saraf seperti yang berlaku kepada individu yang menghidap penyakit kencing manis, makan ubat yang dapat meningkatkan tahap hormon ‘acetyl choline’ di pengkalan urat saraf bahagian itu dapat membuatkan ejakulasi itu hala ke depan dan ke luar.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Sakit prostat tiga tahun"

Catat Ulasan