Berkedut, tidak bermaya

0 comments
SAYA berusia 22 tahun dan mendapati kepala zakar saya berkedut dan tidak licin. Saya ingin tahu, apakah caranya supaya ia kembali kelihatan lebih bermaya? Apakah caranya untuk menambah kemerahan kepala zakar dan menjadikan kulit kepala zakar licin dan lembab? Sebelum ini saya pernah amalkan sapu minyak zaitun ketika ingin tidur. Apakah ia memberi kesan baik atau sebaliknya?

WAN

Kota Tinggi, Johor


Lapisan kulit kepala zakar ialah lapisan mukosa. Apabila mukosa terdedah, ia akan kelihatan kering dan berkedut. Apabila mukosa itu lembap, ia akan kelihatan licin dan apabila ereksi berlaku, kelicinan meningkat dan mukosa kelihatan cerah dan menjadi berseri.

Bintik kecil yang kelihatan di keseluruhan mukosa dan di bahagian lekuk ialah bintik penghujung urat saraf. Gelembung yang kelihatan di permukaan lekuk itu ialah gelembung mukosa dan ia dikenali sebagai ‘pearly white papules’ dan ia normal.

Jika mahu kulit mukosa penghujung zakar kelihatan segar, anda boleh guna krim penyegar zakar yang diuji kaji dan biasanya hanya disapu di kepala zakar setiap kali selepas mandi.

Amalan menggunakan minyak zaitun untuk penghujung zakar baik, tetapi lebih baik gunakan krim atau loysen yang dapat mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit mukosa kepala zakar anda.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Berkedut, tidak bermaya"

Catat Ulasan