Ketulan ibarat biji nasi

0 comments
SAYA ingin tahu mengenai air mazi yang keluar ketika saya bersama isteri kerana ada beberapa ketulan berbentuk bujur seperti biji nasi. Apa sebenarnya ketulan itu?

WANI

Muar, Johor


Sememangnya dalam keadaan teruja seksual, air mazi akan keluar dan isi padunya bergantung kepada tahap keterujaan dan umur lelaki itu. Ada lelaki menghasilkan banyak air mazi dan keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar.

Masalah ini berterusan sehingga ke peringkat lanjut usia, cuma isi padu kurang sedikit. Adakalanya pengeluaran air mazi berketul seperti kanji seperti yang anda alami dan ini juga adalah perubahan semula jadi.

Kebiasaannya air mazi lebih jernih walaupun ia berketul-ketul. Ini bukan penyakit dan anda tidak perlu khuatir.

Jangkitan itu boleh didapati daripada pasangan jika pasangan menghidap jangkitan kepada anggota kelamin seperti parasit. Jarang sekali jangkitan datang dari mulut dan lubang najis jika ereksi suami tersentuh di situ.

Jika suami dapat jangkitan dari ‘luar’, kemungkinan cecair kekuningan itu jangkitan penyakit kelamin kuman virus ‘chlaymidia’. Jika jangkitan kuman ‘gonorrhea’, cecair lebih banyak dan berbau!

Jika anda tidak pernah mengalami pengeluaran cecair yang luar biasa seperti itu, sebaik-baiknya anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Ketulan ibarat biji nasi"

Catat Ulasan