Luka di hujung

0 comments
SAYA mengalami luka pada kepala zakar. Luka berkenaan tidak besar dan sudah disapukan ubat luka tetapi belum menampakkan hasil. Saya juga mengalami gatal-gatal dan kemerahan di sekitar kemaluan. Untuk pengetahuan doktor, saya masih bujang.

ZEEM

Pulau Pinang


Kulit permukaan penghujung zakar atau kepala zakar atau ‘Glans Penis’ ialah daripada jenis yang lembut dan licin yang bergelar mucous membrane.

Jadi ia jenis kulit yang tidak menggerutu atau bersisik seperti kulit badan.

Jika dilihat pada permukaan kulit kepala zakar, akan kelihatan bintik putih yang kadangkala timbul apabila bahagian itu disentuh.

Bintik itu dikenali sebagai ‘pearly white papules’ yang sebenarnya penghujung urat saraf ‘Pacinian’ dan ‘Meissners’ yang begitu banyak dan membuatkan bahagian itu sensitif.

Apabila bahagian itu terdedah, seperti selepas lelaki itu berkhatan, ia menjadi pudar dan kelihatan ‘menebal’. Jika lapisan mukosa itu kering, bahagian itu kelihatan kering serta boleh melecet jika sering digesel tanpa kelembapan.

Jadi tidak hairan jika ketika lelaki berkhatan itu menggesel penghujung zakar tanpa pelembap, kulit mukosa itu boleh radang dan melecet jika kulit mukosa itu luka.

Sama juga dengan penggunaan krim atau minyak mengandungi bahan alahan dengan mukosa seperti gambir Sarawak, minyak dhab atau bahan yang boleh mengakibatkan alahan kulit mukosa.

Sama juga dengan sabun, untuk mereka yang mengurut zakar dengan sabun, ia mengeringkan penghujung zakar. Jika mahu berbuat demikian juga, guna krim pelembap yang sesuai.

Jadi mustahak untuk lelaki mengenali bahan pelembap atau krim seks yang banyak di pasaran yang kononnya bagus untuk zakar tetapi sebenarnya mungkin boleh merosakkan kulit dan juga urat saraf bahagian itu.

Paling penting, jangan cuba merawat sendiri menggunakan minyak gamat atau segala minyak, nanti parah! Sebaik-baiknya jumpa doktor.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Luka di hujung"

Catat Ulasan