Sering terkoyak

0 comments
SOALAN

SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin dan belum ada cahaya mata. Selama setahun sebelum ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri. Bagaimanapun, sejak dua bulan lalu ketika zakar menegang (ereksi), berlaku luka kecil dengan kulit sebelum kepala zakar sering terkoyak.

Luka itu sembuh pada keesokan harinya tetapi terjadi semula apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak. Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi tetapi tidak berhasil.

Soalan saya, adakah kulit zakar saya menipis dan apakah sebabnya? Bagaimanakah cara untuk merawat masalah saya kerana selepas bersama, saya berasa pedih kerana luka itu.

WADI
Puchong


JAWAPAN


Kulit zakar jenis kulit nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar mengembang dan meluas. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.

Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak.

Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang patut disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi untuk membuat kulit lembap supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan.

Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir. Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu diperiksa dokor untuk menentukan masalah itu.
If you like this post, please share it!
Digg it StumbleUpon del.icio.us Google Yahoo! reddit

No Response to "Sering terkoyak"

Catat Ulasan